Make your own free website on Tripod.com
atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

PUSAT TAHANAN IMIGRESEN SEMENYIH

malekhanif@yahoo.com


Pusat Tahanan Imigresen Semenyih menyebabkan Semenyih popular di seluruh dunia melalui internet  sejak tahun 1998.

Pada tahun 1998,  search engine Yahoo dan Google mengesan 4000 website berkaitan dengan Semenyih.  Hampir semua website tersebut membicarakan   tentang layanan  terhadap pekerja asing di Tahanan  Imigresen Semenyih.   Beberapa orang  tahanan khususnya dari Acheh dikatakan telah :

  1. mati kerana keracunan makanan

  2. kebuluran kerana mogok lapar

  3. rusuhan bersenjata hingga menyebabkan mereka ditahan lebih lama

  4. membakar blok bangunan hingga ada yang terbunuh .

  5. layanan buruk  terhadap wanita dan kanak-kanak

Berita tersebut diributkan lagi oleh laporan Tenaganita  yang dipimpin oleh Irene Fernandes.

Lokasi :
Pusat Tahanan Imigresen Semenyih dibina tahun 1995 ,  terletak di Semenyih , berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih. Tanah ini memang asalnya kepunyaan Kementerian Dalam Negeri  seluas 10 ekar.   Atas beberapa sebab, tanah  itu ditukar  dengan tanah  yang dimiliki oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain.

Di sebelah kanan ialah Taman Desa Kenanga yang telah wujud  sejak tahun 1975.  Di hadapan pula ialah Taman Bunga Raya yang  dibina pada tahun 1992. di belakangnya merupakan  lawasan ladang getah , mungkin Sungai Purun Estate.

Berita penghantaran pekerja tanpa izin

Seramai  720 orang pendatang asing Indonesia dihantar pulang menaiki kapal KM Varuna Sakti di Pelabuhan Klang, Selangor

Kerajaan membelanjakan lebih RM9.2 juta untuk kos penghantaran pulang 97,281 orang pendatang tanpa izin sepanjang tahun 2003.

Penolong Pengarah Imigresen (Bahagian Penguat Kuasa), Rafeahh Nahar berkata, kos itu membabitkan RM95 seorang pendatang melibatkan pengangkutan darat dan kapal.

Kos itu tidak melibatkan:

  1. peruntukan makan dan minum sepanjang tempoh pendatang terbabit tinggal di depot tahanan sementara.

  2. Kawalan keselamatan di depot tahanan sementara

Daripada jumlah pendatang yang dihantar pulang itu, kira-kira 83,000 orang dari Indonesia.

Jabatan Imigresen mensasarkan jumlah pendatang tanpa izin yang bakal dihantar pulang tahun ini 100,000 orang.

Kemungkinan kemasukan pendatang tanpa izin ke Malaysia pada tahun 2004 bertambah terutama selepas Hari Raya Aidilfitri.

'Pada tahun 2003, 5,733 orang pendatang tanpa izin sedang ditahan di sembilan buah depot tahanan sementara tidak termasuk Sabah. Daripada jumlah itu, 720 orang Indonesia dari depot Semenyih dihantar pulang hari ini menggunakan Pelabuhan Klang. Ini penghantaran pulang yang pertama tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyelia penghantaran pulang 720 orang pendatang Indonesia yang terdiri daripada 636 lelaki, 82 wanita dan dua kanak-kanak perempuan di Pelabuhan Selatan di sini hari ini.

Pendatang tanpa izin berusia satu hingga 45 tahun itu dari depot tahanan Semenyih, pulang menggunakan kapal KM-Varuna Sakti ke Belawan berhampiran Medan.

Dalam penghantaran pulang hari ini, 10 trak polis, sembilan bas Transnasional dan sebuah bas Jabatan Imigresen digunakan dengan kawalan lebih 40 anggota Batalion 4 Pasukan Gerak Am (PGA) Cheras serta anggota-anggota Imigresen.

Jabatan Imigresen dalam proses memohon untuk menggunakan beberapa lagi kemudahan pelabuhan bagi tujuan penghantaran pulang pendatang tanpa izin.

Tiga pelabuhan digunakan untuk penghantaran pulang iaitu:

  1. Pelabuhan Klang

  2. Melaka

  3. Pulau Pinang.

kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..