atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

PENDUDUK sEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

Keluasan dan Bilangan kampung di Semenyih

Mukim Bilangan kampung Melayu Kampung Cina
Mukim Semenyih 11 4
Mukim Hulu Semenyih 1 0

Penduduk di Semenyih terdiri daripada kaum :
1.    Melayu
2.    Cina
3.    India
4.    Orang Asli

Pada peringkat awal, sebelum 1990 , penduduk Melayu banyak bertumpu di kawasan kampung. Penduduk Cina bertumpu di Kampung Baru Jaya dan taman-taman. Pendudk India banyak bertumpu di kawasan ladang. Sementara orang Asli banyak bertumpu di kawasan penempatan orang Asli di Sungai Tekala.

Oleh yang demikian, kependudukan di Semenyih masih lagi mengikut kaum. Pengenalan tempat mengikut kaum adalah satu fenomena biasa di Malaydia.

Namun begitu , selepas tahun 1995, taman –taman perumahan tumbuh bagai cendawan tumbuh di Semenyih. Ini berikutan dari wujudnya Taman Bukit Mewah di Kajang, Bandar Teknologi , Bandar Rinching , Taman Tasik Semenyih dan Taman Tasik Kesuma. Taman perumahan yang terkini ialah Sunway Semenyih.

Bilangan Penduduk Semenyih

Tahun 1970 , penduduk Semenyih seramai 12140
Tahun 1980 , penduduk Semenyih seramai 16293

Tahun 1986 penduduk Semenyih dilaporkan oleh Majlis Daerah Hulu Langat adalah seperti berikut :
  

  Mukim Semenyih Mukim Hulu Semenyih
Melayu 5593 1131
Cina 4799 182
India 4100 659
Lain-lain 32 -
Lelaki 9678 980
Perempuan 9846 992
Jumlah 19524 1972

Pada tahun 1990 bilangan penduduk Semenyih seperti berikut :
Melayu        18402
Cina        11603
India        5840
Orang Asli        1065

Anggaran penduduk Semenyih 2005 yang dilaporkan oleh Majlis Perbandaran Kajang seperti berikut :

Hulu Semenyih    3408 orang
Semenyih        49076 orang
Mukim Beranang    163,560 orang

Orang Melayu

Pendudk Melayu kebanyakannya mempunyai kaitan yang erat dengan orang Minangkabau di Sumatera. Ara percakapan dan adat resam yang diamalkan lebih merupakan ikutan dari budaya Minangkabau. Sesetengah daripada mereka , datuknya baru datang dari tanah seberang. Ini bermakna belum sampai satu generasi mereka mengunsi ke Semenyih.

Sementara yang laian adalah terdiri daripada keturuan Jawa. Bahasa yang dituturkan di rumah adalah dalam bahasa Jawa.

Segelintirnya pula adalah orang Melayu yang datang dari negeri lain seperti dari negeri Johor, Perak dan Melaka.

Sebahagian besar orang Melayu tinggal di kampung-kampung-kampung tradisional. Kampung-kampung terletak di sebelah barat Sungai Semenyih.

Terdapat dua buah kampung yang ditempatkan secara agak terancang iaitu :
1.    Kampung Sentosa
2.    Kampung Pasir Baru
Kedua-dua kampung Melayu ini adalah merupakan kampung penempatan semula dalam Rancangan Brigg pada tahun 1958. Ini adalah keranan penduduk Melayu tinggal di pinggir hutan sedangkan Semenyih pada tahun-tahun tersebut merupakan sarang komunis.

Krsemusian orang Melayu berugama Islam. Mereka mendirikan surau dan dan masjid di kampung berkenaan.

Orang Cina

Penduduk Cina yang mendiami kawasan Semenyijh adalah berasal dari pelombong-pelombong bijih timah, pekerja balak , penjual dan lain-lain. Ini berikutan dari era pancutan bijih timah dari bumi Semenyih pada tahun-tahun 1920-an. Mereka akhirnya menjadi penduduk tetap di Semenyih . Mereka dibawa dari wilayah Kwantung, China.

Kaum Cina di Semenyih kebanyakannya dari keturunan Hokkien.

Pada peringkat awal kedatangan mereka, mereka tinggal berhampiran engan lmombong-lombong bijih timah. Sebahagian lagi tinggal di pingir-pingir hutan. Oleh yang demikian mereka ini menjadi masalah besar kerana terlibat dalak kegiatan pengganas komunis dan terpkasa membantu perjuangan komunis di hutan.

Lantaran itu rumah orang Cina yang mendfiamai pinggir hutan di Kampung Kacahau telah dibakar pada malam 2 November 1952. Mereka dipindahkan ke beberapa tempat seperti di pekan Semenyih dan Keluang, Johor. Kini kampung baru ini pekan Semenyih dikenali sebagai Kampung Jaya.

Kampung Jaya ini terletak di kiri dan kanan jalan utama Seremban dan Kuala Lumpur. Kawasan yang strategik di Semenyih adalah di sekitar kawasan kampung ini.

Orang Cina juga ramai tinggal di kwasan taman perumahan.

Kepercayaan yang dianuti oleh mereka adalah kepercayaan lama orang Cina, Buddha dan Kristian .

Orang India

Seperti biasa, kebanyakan orang India adalah bekas buruh ladang orang Eropah. Kni mereka bermastautin di Semenyih. Datuk nenek mereka berasal dari Kerala, India.

Mereka bekerja di ladang-ladang dan tinggal di rumah-rumah yang disediakan oleh pihak majikan.

Sebahagian lagi tinggal di taman-taman perumahan seperti di Taman Dusun Jaya , Taman Sambanthan dan Bandar Rinching. Bandar Rinching dan Tasek Kesuma dahulunya merupakan Ladang Glenworie dan Ladang Abaco . Pekerja-pekerja India yuang mendiami ladang-ladang ini diberi kemudahan untuk membeli rumah murah di Bandar Rinching.

Otang India juga ramai mendiami kawasan setinggan di Kampung Sireh. Rumah mereka dirobohkan bagi pembangunan Semenyih Sentral. Mereka diberi pampasan tertentu oleh pihak kerajaan.
Mereka menganut agama Hindu. Semakin ramai yang menganut agama Kristian. Ada juga yang memeluk agama Islam.

Orang Asli

Boleh dikatakan kesemua orang Asli yang ada di Semenyih tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Tekala.

Pentadbiran kampung Orang Asli ini dibawah naungan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Selangor ( JHEOA) yang terletak di Kompleks Balai Penghulu Semenyih.

Mulanya mereka tinggal di lereng dan hulu Sungai Semenyih. Apabila Empangan Semenyih dibina pada tahun 1985, perkampungan orang Asli ini telah tenggelam dan mereka dipindahkan ke kaawasan yang lebih strategik dan terancang iaitu di kiri air terjun Sungai Tekala.

Orang Asli ini adalah keturunan Temuan.

Kampung Nama ketua hektar Bil Penduduk Lelaki Perempuan
Sg Lalang Susah Atin 169.9 180 94 86
Kg Donglai Sani Sulung 66 90 48 42
Bg Beroga Manja Aman 202 83 41 49
Kg Dusun Berin Udah 20 -
Kg Kacau JKK 10 51 25 26


Kawasan tumpuan penduduk :

Sebelum tahun 1995, kawasannyang padat pendudi dalah di sekitar
1.    Pekan Semenyih
2.    sebelah barat Sungai Semenyih
3.    sebelah selatan jalanraya Seremban-Kuala Lumpur.

Kawasan ini padat pendudk kerana dipengaruhi le bberapa faktor :
1.    adanya pusat persimpangan laluan jalan raya iaitu jalan ke Kuala Lumpur, ke Seremban, ke Sungai Tekala ke Broga dan ke Bangi lama.
2.    Sistem jalan raya yang lebih baik
3.    Lebih hampir dengan kemudahan awam.
4.    kawasan itu adalah kawasan penemapatan awal.
5.    dirancang sedemikian rupa seperti Kampung Baru Jaya dan Kampung Sentosa.
6.    kawasan peertanian yang lebih utama dan strastegik.
7.    selamat dari ancaman dan keganasan komunis . Pada tahun 1948-1960 Semenyih merupakan sayap kanan gerakan komunis. Ini adalah kerana ia bersempadanan dengan negeri Sembilan. Kampung Kachau dikenali juga sebagai ‘Little Yenan’.
Kawasan yang kurang penduduk ialah di :
1.    Kawasan Hulu emenyih
2.    sebelah timur Sungai Semenyih
3.    Kawasan pedalaman.
.


kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..