atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

KEMUDAHAN SOSIAL DI SEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

Pusat Rekreasi

Di Semenyih tidak terdapat pusat rekreasi yang istimewa. Di sini juga tidak terdapat pusat rekreasi hasil kreativiti manusia. Apa yang ada Cuma pusat rekreasi semulajadi. Iaitu :
1.    Air terjun Sungai Tekala
2.    Air Terjun Batansi
3.    Air Terjun Sungai Gabai
4.    Air Terjun Sungai Lalang
5.    Empangan Semenyihair panas Broga.

Pada hujung minggu anda boleh pergi ke hutan rimba rekreasi di Sungai Tekala. Jauhnya kira-kira 16 kilometer dari Pekan Semenyih atau 48 kilomter dari Kuala Lumpur. Jika anda berkereta, masa yang diambil ialah 45 minit saghaja. Di sini anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi bersama kesejukan air terjun.

Ramai pelajar dari UKM datang ke sini setiap hujung minggu.

PUSAT IBADAT

Masjid Raja Muda Musa, Semenyih


Masjid dan surau adalajh tempat orang Islam sembahyang. Terdapat lima buah masjid di Semenyih iaitu :
1.    Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
2.    Masjid Kampung Pasir
3.    Masjid Rinching Hilir
4.    Masjid Batu Tiga
5.    Masjid Rinching Hulu

Surau juga terdapat di setiap kampung. Ia merupakan tempat pertemuan bagi orang Islam terutama sekali pada waktu maghrib dan Isya.

Bangunan baru Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah dibina pada tahun 1964. Pembinaan masjid ini dibina melalui derma dan sumbangan kerajaan pusat melalui wakil Parlimen Shariff Ahmad.

Jawatankuasa masjid yang awal ialah :
•    Imam     Ustaz Osman Abdul Ghani
•    Bilal    En Sari b. Hassan Rahmat
•    Siak    En Muhamad Ismail

Mesyuarat Agung diadakan setiap 3 tahun sekali.

Tokong Cina Xian Shi Ye Guan


Tokong adaah tempat sembahyang orang berugama Buddha. Terdapat sekurang-kurangnya tiga buah tokong di Kampung Baru Jaya.

Dalam tokong ini terdapat pelbagai patung tuhan / dewa seperti kuan Yin dan kuan Tai Yin. Tersapat juga patung Sin Ming Lee dan rakan disebelahnya.

Sin Ming Lee berani dan cerdik. Lahir di China dan n berhijrah ke Malaysia. Tujuannya untuk menyara keperluan keluarga yang miskin dan melarat di China. Bekerja keras sebagai pelombong. Yap ah loy dari Kuala Lumpur datang ke lombong Semenyih. Diapatinya Sin Ming Lee dan rakan-rakan sangat cekap dan pintar dalam menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih timah. Lalu dilantik sebagai penantu kapitan.

Penjahat dengkit dan tak puas hati dengan ketegasan Sin Ming Lee. Lalu Sin Ming Lee dan rakan-rakan dibunuh. Tapi darahnya dilihat berwarna putih. Darah putih menunjukkan tidak melakukan kesalahan dan berada di pihak yang benar , dewa yang baik hati. Untuk kenang jasanya , dibina patung tokong Cina. Usianya seratus tahun.

1963 pembinaan jalan raya dari kauala Lumpur ke Seremban dan melibatkan tapak tokong ini. Maka pada 29 September 1963, dipindahkan dan bangunan baru didirikan serta dirasmikan.

Mereka yang datang ke sini untuk menghalau hantu-hantu khususnya yang berkaitan dengan perniagaan. Dirayakan setiap 10 tahun sekali. Kemudian ditukar kepada 5 tahun sekali.
1987, kutipan derma untuk kubur sin Mibn Lee. Kutipan dilakukan oleh Lee Choon Nyen, Wong Yee, Pang Yu, Liua Foon Swe, Liow Kon Loong, Lock Fatt dan Lock Choy. Kubur dan tulang-temulang di Melaka dipindahkan ke Batu 19, Jalan Kajang. RM 37,000 diperlukan untuk bangunan kubur.

Antara kegiatan yang dilakukan di tokong ini ialah :
1.    pementasan opera Cina
2.    Nyanyian dan lagu Cina
3.    Kutipan derma
4.    Anugerah kepada pelajar cemerlang di Sekolah Sin Min dan Sekolah Sin Chun.

Kuil Seri Subramaniam

Kuil dibina bagi orang India yang beragama Hindu bersembahyang. Kebanyakan dibina berhampiran dengan kawasan ladang. Kuil hindu terdapat di :
1.    Pekan Semenyih
2.    Ladang Semenyih
3.    Kampung Rinching Tengah
4.    Sekolah Tamil Ladang Rinching
5.    Kampung Sireh

Kuil Seri Subramaniam adalah satu-satunya kuil yang rasmi. Kerja pembinaan dikatakan sejak 1968 lagi.

Encik Rasu orang pertama dilantik untuk menguruskan pembinaan kuil tapi gagal mendapatkan tanah yang sesuai.

Kemudian Encik Ponnusamy dipilih hasil mesyuarat di sekolah rendah .Cikgu N Ponnusamy dilantik sebagai ketua MIC Semenyih. Penghulu Semenyih turut hadir dalam mesyuarat tersebut . Masalah tapak yang sesuai dibangkitkan. Penghulu berjanji membantu mencari tapak yang sesuai.

Duit diperlukan RM30,000. Wakil rakyat menyumbang RM 2000. Tan Seri Dato Lee Siok Yew beri sumbangan RM1000.00 . Kerajaan melalui wakil rakyat Semenyih Pn Salmah memberi sumbangan RM24,000.00 . Mula dibina pada 24.12.1976 oleh kontraktor U. Mahalinggam dan Rakan-rakan daripada Pajam. Pembinaan kuil tergendala beberapa kali.

Patung-patung daripada N. Arumugam dari Ipoh. Patung dibawa dari india. Siap 20 .11.1977. Bangunan tambahan yang baru diirasmikan oleh Tun Sambanthan .

Jawatankuasa kuil ialah Encik Subramaniam, D Ayasamy dan En Karupaya.

1989 sebahagian bangunan dirobohkan untuk dibina bangunan tambahan yang baru.

Ada 3 patung iatu Virayagan , Murugan dan Amuran. Di luar ada 4 patung iaitu Vinagan , Muniandy dan Nayagaran. Sekiranya penganut agama Hindu ingin dapatkan anak ( mandul ) , mereka akan memuja di sini.

Di kuil ini turut diadakan :
1.    majlis sembahyang
2.    perkahwinan
3.    perayaan-perayaan agama Hndu.
4.    kelas tambahan kelas nyanyian
5.    kelas tarian klasik india.

Gereja Lutheran Semenyih

Gereja pula adalah pusat kegiatan agama Kristian. Terdapat dua buah gereja di Semenyih yang mempunyai bangunan khusus , iaitu di :
1.    Gereja Ladang Semenyih
2.    Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya.

Gereja Lutheran Semenyih dibina pada tahun 1955-1956 dengan keluasan 9000 kaki persegi. Dibiayai oleh Majlis Gereja Eropah. Paeri-paderi yang lari dari perang atau kekacauan di China 1950-an -1940an. Ahlinya seramai 70-80 orang. Hampir kesemuanya orang Cina. Gereja in turut menyediakan tadika iaitu Lutheran Kindergarten Semenyih mulai tahun 1957.

Acara yang diadakan di gereja ini ialah sembahyang, nyanyian dan sesi bercerita. Gereja ini menampung 150 orangh. Sumbangan kepada orang tua diberikan sermasa sambutan krismas. Kelas tuisyen percuma pernah diasakan . Sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1980. Paderi dan pengetua tadika ini ialah Pastor Lee. Kutipan yuran bulanan dikutip daripada setiap ahli.

Pejabat Pos Semenyih

Pada tahun 1990 sebuah bangunan Pejabat Pos telah dibina di Pekan Semenyih. Sebelum ini pejabat ;os hanya menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan yang berhampiran.

Balai Polis Semenyih

Balai Polis begitu penting di Semenyih. Pada poeringkat awal nya ia berperanan mengawasi kegiatan penduduk dari ancaman komunis, di samping pihak tentera. Balai polis Semenyih ini telah dibina pada tahun 1920-an. Bangunan baru telah didirikan pada 17 Mei 1975 yang dibina oleh Jabatan kerj Raya. Bangunan baru telah dirasmikan oleh Pengarah Penguasa Polis Diraja Malaysia. Ada 24 buah buah rumah polis. Ada 12 pegawai polis bertugas di sini.

Kes-kes yang biasa dilaporkan di balai polis ini ialah ;
1.    kecurian
2.    kemalangan jalan raya
3.    pergaduhan
4.    penagihan dadah

Perpustakaan Awam Semenyih

Sebuah perpuastakaan juga terdapat di Semenyih. Ia ditujukan kepada sermua golongan, tidak kira sama ada pelajar mahupun orang dewasa. Nsamun begitu pengnjung yang paling ramai ialah golongaj pelajar. Sebenarnya golongan pelajar pun tidak ramai mengunjungi perpustaaakmn awam negeri selangor ini..

PENDIDIKAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain.


Sekolah ini dahulu dikenali dengan nama Sekolah Menengah Semenyih sahaja. Mulanya menampung pelajar tingkatan 1 hingga 3. Kini pelajar dari kelas peralihan hingga tingkatan 5.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajiaj di sekolah menengah. Sebelum itu para perlajar yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Khir Johari Beranang atau Sekolah Tinggi Kajang.

Guru besar yang pertama ialah Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika itu beliau merupakan bekas guru besar Sekolah Rendah Semenyih . Antara guru yang terawal mengajar di sini ialah Cikgu Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu Amar Singh dan Tan Poh Beng.

Pada tahun 1990, sekolah ini menampung 1300 pelajar dari berbagai kaum.

Tahun 2005, sekolah ini menampung 2997 pelajar dari kawasan Semenyih.

Sekolah menengah lain yang terdapat di Semenyih ialah :
1.    Sekolah Teknik, Kajang
2.    Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma
3.    Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching

Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih
Sekolah rendah dikebangsaan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Antara sekolah tersebut ialah :
1.    SRK Semenyih
2.    SRK Hulu Semenyih
3.    SRK Rinching Hilir
4.    SRJKC Sin Min
5.    SRJKC Kampung Baru ( Sin Chun )
6.    SRJJKT Ladang Semenyih
7.    SRJKT Ladang Dominion

SRJK Tamil Ladang Dominion

Sekolah ini dibuka pada tahun 1938 oleh majikan ladang iaitu Ladang Dominion. Para pekerja india yang membawa anak dan isteri mereka ke sini memerlukan kemudahan pendidikan yang selesa. Pada peringkat awal, segelintir daripadanya pernah bekerja ladang di Seri Langka.

Guru besar yang pertama sekolah ini Mr Suntharam.

SRJK Cina Sin Min
Tahun 1918 dibuka kepada pelajar Cina sekitar Semenyih. Perngerusi pertama ialah Mr Lai Ming San. Lolasi sekolah ini ialah No 20 , Jalan Besar, Semenyih. Mulanya tapak sekolah ini disewa.

Guru Besar yang pertama ialah Mr Chong Moh yih. Muridnya seramai 30 orang.

Mr Chiang, Chu Jong dan Lee Heng Chou cuba membina bangunan tetap dan mula berkempen di kalangan masyarakat Cina Semenyih. Bangunan baru di No 3, Jalan Besar Semenyih.

Guru Besarnya ialah Mr Yap Teng Yun . Kemudian Mr Thong Teng Kong.

1923 Mr Yap Foh Zua memberi derma untuk membina bangunan baru. 926 guru besarnya ialah Mt Thong Teng Kong.

.1936 , 3 bilik darjah baru dibina sebagai tambahan bilik darjah sedia ada.

1941 Jepun menyerang Tanah Melayu. Semua dokumen musnah. Pengerusi sekolah iaitu Mr Pau Woon Tou dibunuh oleh Jepun. Begitu juga dengan Guru Besar Sek Shiang Chun.

1951 wujud sekolah lain iaitu SRJKC Kampung Baru .

SRJK Cina Kampung Baru.

Sekolah ini dibina tahun 1951 berikutan perpindahan penduduk dari Kachau, Bangi dan Broga. Semua orang Cina yang tinggal sebagai setinggan di pinggir hutan dan ladang dipercayai telah bersimpati dan membantu komunis.

General Brigg selaku Pengarah Keamanan dan Keselamatan Tanah Melayu ketika itu telah mengarahkan semua penduduk yang dipercayai membantu komunis supaya dipindahkan ke Kampung Baru agar mudah dikawal. Rumah-rumah di Kachau telah dibakar oleh pihak keselamatan British dan dipaksa pindah pada malam itu juga.

Bagi menjaga kebajikan penduduk, SRJK Cina Kampung Baru telah dibina.

Pusat Kesihatan Semenyih

Terdapat sebuah pusat kesihatan di Semenyih. Ia dikenlai sebagai Puat Kesihatan Besar Semenyih. ‘Klinik Semenyih’ ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Hospital Kajang.

Klinik ini dibuka pada tahun 1924. Kemudian bangunan baru telah didirikan dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Mohamad Samsunddin tahun 1961 . Kemudahan yang ada di klinik ini , antaranya ialah :
1.    Klinik pesakit luar
2.    Klinik gigi
3.    Klinik ibu dan Kanak-kanak
4.    Asrama
5.    Makmal
6.    Bilik untuk pelajar PHN

Klinik ini mempunyai 2 orang doktor , 2 pembantu kesihatan (MA) , 7 bidan, 5 jururawat dan 3 amah.

Fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi turut bekerjasama dengan Klinik Semenyih ini. Doktor pelatih UKM membuat praktikal amali di klinik ini. Doktor pelatih ini juga mengadakan sesi kempen kesihatan , pap smear , pemeriksaan gigi , ceramah pendidikan kesihatan dan amalan pemakanan di Kampung Pasir, Kampung Sungai Purun dan lain-lain di Semenyih.


Jabatan Haiwan

Jabatan Haiwan ini berfungsi memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penternakan hiwan. Ini termasuklah neasihat dari segi :
1.    bakai yang baik
2.    cara dan kaedah pemakanan
3.    pemeliharaabn dari serangan penyakit
4.    pemassaran
Pada tahun 1980an banyak ladang babi di Semenyih . Antaranya Ladang ternak babi di Sungai Purun ( seberang sungai Semenyih ) , di tepi Sungai Saringgit berhampiran dengan Tasik Semenyih dan di Bandar Teknologi sekarang. Namun bgitu kebananyakan daripadanya telahpun ditutup atau dipindahkan ke tempat lain.



kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..