atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

KAMPUNG SUNGAI KEMBUNG , sEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

Kampung Sungai Kembung terletak di mukim Semenyih. negeri Selangor Darul Ehsan.

Kampung ini dibuka 1901. Asal namanya ‘rotan yang kembung’.

Tahun 1995 , bilangan penduduknya sekitar 400 orang. Pekerjaan penduduk menoreh getah . Mereka naik teksi sapu untuk ke Pekan Semenyih. Peti pos diletakkan di Kedai Abdul Hamid. Telefon, air dan lektrik ada dibekalkan. Tidak ada sekolah rendah, murid-murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir. Penduduknya terdiri daripada keturunan Melayu dari Sumatera, Indonesia.

Semasa Jepun 1941-1945, kampung ini pernah jadi kubu dan tempat pertahanan tentera Jepun. Jepun mendapati kawasan  Semenyih ramai penduduk Cina . Menurut sejarah, Jepun memang China memang tak 'ngam'. 

1948 -1960 berlaku dharurat. Abdul Manan selaku ketua komunis dan tali barut komunis berpakat dengan ketua Kampung Sungai Kembung dan lain-lain ketua kampung di Jenderam , memujuk penduduk kampung menentang kerajaan British di Tanah Melayu. Turut hadir ialah   Tuan Imam Haji Abas, Abdul Malek Haji Salim dan Haji Osman bin Ali.

Fahaman komunis diterangkan dan meminta sokongan dari penduduk Melayu. Tekad membentuk pentadbiran yang adil dan saksama diwarwarkan.

Tapi  Komunis digesa keluar tapi belum ada kata putus.

Dipercayai tokoh komunis dari Indonesia Tan Malaka pernah datang ke Jenderam kerana mempunyai tali persaudaraan dengan sebahagian penduduk kampung. Di Jenderam , ramai orang Melayu simpati, menyokong dan terlibat dengan pergerakan komunis.

Kes itu dilaporkan kepada polis. Pasukan pengawal kampung ditubuhkan di Kampung Sungai Kembung . Anak kampung dibekalkan dengan senjata api.

Apabila Rancangan Brigg dilaksanakan, rumah penduduk kampung di Jenderam telah dibakar dan penduduk diarahkan pindah ke Keluang, Johor. Sebuah kem tentera terdapat di Keluang, Johor bagi mengawasi mereka.

Ada dua keramat di Kampung Sungai Kembung . Salah satu daripadanya ialah Datuk Batin Keramat Lidah Hitam.

Pada peringkat awal kampung ini termasuk dalam mukim Bangi / Sepang . Wakil rakyat Yang Berhormat Dato Abu Bakar Baginda telah membina jalan tanah merah.

Selepas tahun 1960, Sungai Kembung dimasukkan ke dalam mukim Beranang. Yang Berhormat Abdul Hamid Bachee telah membina jalan tar hingga ke Kampung Rinching Hilir. Zaman Yang Berhormat  Marwilis Yusof , penduduk bertambah dari 40 kepada 400 orang.

Kampung Sungai Kembung Baru dibina semula  untuk mengatasi kekurangan tanah .

Antara tokoh terkenal dari kampung ini ialah :
1.    Dato Osman bin Ali             -guru besar
2.    Haji Abdul Latif bin Ali         -guru
3.    Wahab Ali                          -penyarah universiti / penyair

Rujukan :
1.    Utusan Malaysia
2.    Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com/gefizikal.htm
3.    Cikgu Chong Tat Keong
4.    Puan Rahmah Hashim, UKM
5.    Raja Alias Raja Abdul Rahman


kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..