atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

SISTEM PENTADBIRAN :

Pentadbiran Am :


Semenyih termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Beranang iaitu selepas persermpadanan semula kawasan plihanraya 1990.. Sebelum 1990, ia dinamakan Dewan Undangan Negeri Semenyih.

Dewan Undangan Negeri Beranang ini termasuklah :
1.    Mukim Semenyih
2.    Mukim Ulu Semenyih
3.    Mukim Beranang.

Wakil rakyat DUN Semenyih / Beranang ini antaranya ialah :
1.    Dato Shuib bin Silin
2.    Datok Ahamed Kuris Mohd Noor

Dari segi pentadbiran pusat, Semenyih termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Langat. Pejabat Daerah Hulu Langat terletak di Bandar Baru Bangi. Sementara pentadbiran kemasyarakatan , kebajikan dan kebersihan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Pejabat MPKj terletak di Kajang.

Wakil rakyat Parliimen Hulu Langat antaranya ialah :
1.    Dato Lee Kim Sai
2.    Dato Badrul Hisyam Abdul Aziz
3.    Dato Markiman

Sistem Penghulu :

Penghulu merupakan pentadbir sesebuah mukim. Boleh dikatakan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mengamalkan sistem penghulu / penggawa ini.

Penghulu Semenyih bertanggungjawab kepada kerajaan negeri Selangor kerana dilantik oleh kerajaan Negeri Selangor. Sebuah kompleks [enghulu telah dibina di pekan Semenyih bagi menempatkan :
1.    Pejabat penghulu
2.    Pejabat wakil rakyat ADUN Beranang ./ Semenyih
3.    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
4.    Makmal Komputer
5.    Bilik Mesyuarat.

Penghulu yang pernah bertugas di sini ialah :
1.    En Badarudin bin Tawap
2.    En Mustafa

Penghulu akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua kampung dan wakil-wakil masyarakat . Kebanyakan urusan pentadbiran sesebuah kampung hendaklah melalui penghulu.

Sistem Ketua Kampung :

Ketua kampung adalah ketua bagi sesebuah masyarakat kampung. Di Semenyih, ketua kampung dikenali juga sebagai Datuk Dagang. Istilah ini asalnya dari masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Perlantikan Datuk Dagang adalah berdasarikan pilihan ramai. Ia bukan jaatan yang diwarisi dari turun –temurun. Namumn ada kalanya diwarisi daripada bapa kepada anak-anak atau kepada anak saudara. Mereka mendapat sejumlah elaun daripada kerajaan negeri Selangor. Biasanya ketua kampung adalah ketua cawangan UMNO dan sepatutnya rapat dengan wakil rakyat masing-masing.

Tanggungjawab yang dipikul oleh Datuk Dagang ialah :
1.    mengawasi kegiatan penduduk kampung. Tidak ada pergaduhan berhubung tanah pusaka, ajaran sesat dan sebagainya.
2.    menyelia kebajikan anak-anak buahnya . Comtohnya anak yatim yang perlu bantuan, janda yang miskin, rumah penduduk yang daif dan sebagainya.
3.    menyalurkan maklumat dan projek daripada pihak kerajaan
4.    Menyuarakan masalah penduduk kampung kepada pihak yang berwajib. Contoh masalah surau sempit, jambatan runtuh, pergaduhan dan sebagainya.
Setiap kampung mempunyai organisasinya yang tersendiri. Mereka bermesyuarat di Balai Raya sesebuah kampung. Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dibentuk . Mesyuarat diadakan sebulan sekali atau apabila perlu.

Senarai nama kampung di Semenyih , Ketua Kampung dan Setiausahanya (2005)
1.    Kg Sg Kembong Hilir      

2.    Kg Sg Kembong Hulu 

3.    Kg Rinching Hulu    

4.    Kg Rincing Hilir    

5.    Kg Rincing Tengah 

6.    Kg Batu 3, Jalan Bangi  

7.    Kg Sungai Purun   

8.    Kg Sungai Macang

9.    Kg Batu 5, Jalan Bangi

10.    Kg Pasir Baru Semenyih   

11.    Kg Sentosa   

12.    Kg Tanjung     
En Mansor b. Abd Latif    
En Anuar b Mohd Arif
En Mohamad Saat b. Bahaudin    
En Ramlan b Abdul Jabar
En Maarof b Abd Ghani 
Pn Sopiah bt Latif
Tn Hj Mohd Nor b. Dakrim    
En Sadiron b Sugayap
Tn Hj Abdullah b. Wasijan    
En Zainuddin Jamion
En Othman b. Mohd Nor    
En Ahmad Joned b Rithwan
En Mohammed Rosli b. Sanusi
En Mohd Yunos b Mohamad
En Jalaluddin b. Yub

En Sangit b. Jamal        
Pn Zaharah bt Kadir
Tn Hj Mohd Rasip b Hj Yusop
En Suhaimi b Hj Hassan
En Ahmad b Lahid Hussin    
En Abu Hassim b Abu Hassan
En Abd Majid b Jantan
En Mohd Ariffin


Taman Perumahan

Taman perumahan telah dibina bagi menuhi permintaan pendudk Semenyih yang semakin bertambah. Ini adalah bersesuaian dengan perkembangan Semenyih yang boleh menjadi sebuah bandar besar.

Taman Perumahan yang sedia ada di Semenyij adalah seperti berikut :

1.    Rumah Rakyat                          1969
2.    Rumah PKNS Jalan Bangi           1987
3.    Taman Desa Kenanga                1975
4.    Taman Semenyih
5.    Taman Dusun Jaya
6.    Taman Permai
7.    Taman Gembira                        1985
8.    Taman Sahabat
9.    Taman Aik Ann
10.    Taman Hiew Piow
11.    Taman Bunga Raya                 1989
12.    Taman Bangi Jaya
13.    Taman Sambanthan
14.    Taman Paling Jaya                   1990
15.    Taman Seri Semenyih
16.    Taman Desa Anggerik




Ladang- Ladang

Ladang-ladang yang terdapat di Semenyih merupakan ladang yang telah diterokai sekian lama oleh syarikat besar dari Eropah. Hampir kesemua hasil pengeluaran tanaman getah dan kelapa sawit datangnya dari ladang-ladang. Di Semenyih hampir tiada kebun-kebun kecil getah.

Ladang-ladang yang terdapat di Semenyih ialah :
1.    Ladang Dominion
2.    Ladang Sam Poh
3.    Ladang Sungai Jrlok
4.    Ladang Sungai Lalang
5.    Ladang Sungai Pening
6.    Ladang Sydney
7.    Ladang Sungai Purun
8.    Ladang Balau
9.    Ladang New Semenyih
10.    Ladang Saringgit
11.    Ladang Connemara
12.    Ladang Glenworie
13.    Ladang Abaco
14.    Ladang Dunedin
15.    Ladang Kajang

.


kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..