atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

KAJIAN GEOGRAFI SEMENYIH

Oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com

Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.

Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

Perletakan
Di dalam peta topografi, Semenyih terletak pada kedududukan 101.85 ` Timur dan 2.9 ` Utara.

Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut :

1.    Semenyih ke Kajang   
2.    ke Kuala Lumpur        
3.    ke Beranang        
4.    ke Broga           
5.    ke Kuala Klawang       
6.    ke Bangi lama         
7.    ke Bandar baru Bangi  
8.    ke Seremban            
9.    ke KLIA              
8   km
32 km
8    km
12 km
     km
8  km
20 km
32 km
    km

Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landasan keretapi, jalan air mahupun landasan kapal terbang.

Bentuk mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.

Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.

Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih.
Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu , iaitu tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.

Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.

Saliran
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut :-
1.    Sungai Semenyih
2.    Sungai Batangsi
3.    Sungai Lalang
4.    Sungai Saringgit
5.    Sungai Kachau
6.    Sungai Broga
7.    Sungai Rinching
8.    Sungai Purun
9.    Sungai Tekala
10.    Sungai Pening.

Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. . Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja.

Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.

Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah :

1.    Bukit Arang    
2.    Bukit Naning    
3.    Bukit Tekala    
4.    Bukit Pening    
5.    Bukit Berak    
6.    Bukit Ulu Beranang    
7.    Bukit Rambai    
8.    Bukit Buluh    
9.    Bukit Tempurung    
10.    Bukit Payung    
1838 kaki
1418 kaki
783 kaki
1068 kaki
331 kaki
2654 kaki
490 kaki
421 kaki
401 kaki
354 kaki

Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian , sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur , Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang , Kuala Langat dan lain-lain.

Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih.
Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.

Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan

Tumbuhan Semulajadi

Tumbuhan semulajadinya adalah jenis Hutan Hujan Khatulistiwa. Antaranya ialah pohon meranti, keruing, mahang, balau, cengal dan lain-lain.

Di beberapa kawasan Semenyih terutama kawasan berbukit-bukit terdapat kawasan hutan :
1.    Hutan darat 9 inland forest ) yang masih kekal sebagai hutan simpan.
2.    Hutan perlindungan 9 protective forest )
3.    Hutan tidak berhasil
4.    Hutan lipur ( amenity forest )

Air Terjun Sungai Tekala :

Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air Terjun Sungai Tekala ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Selain air terjun Sungai Tekala , terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :
1.    Kolam Air Panas Sungai Lalang
2.    Air terjun Sungai Gabai
3.    Air Terjun Sungai Batangsi.

Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
1.    Gerai menjual makanan dan minuman
2.    Surau
3.    Bilik persalinan
4.    Jambatan
5.    Kerusi
6.    Tempat teduh
7.    Tong sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang .

Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :
1.    Meranti
2.    meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
3.    meranti tembaga ( shorea leprosula )
4.    penarahan ( myristieaceae )
5.    keruing mempelas 9 diptrocarpus crinitus )
6.    semaian pokok petai
7.    durian
8.    jering.

Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.

Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala

1.    Kasai             
2.    kasai daun besar  
3.    terentang        
4.    medang
5.    jelawai jaha       
6.    keruing          
7.    keledang tampang
8.    kelat        
9.    cempedak         
10.    kenanga      
11.    kembang semangkok  
12.    balek angin   
13.    durian kampung   
14.    terap nasi           
15.    meranti paang     
16.    meranti tembaga 
17.    meranti melantai
18.    meranti rambai daun   
19.    meranti nemesu    
20.    meranti kepong   
21.    meranti sarang punai sesenduk
22.    damar hitam      
23.    damar hitam pipit    
24.    kedondong   
25.    kedondong sengkuang 
26.    kedondong kerantai licin  
27.    leban          
28.    merbau            
29.    melunak          
30.    ara          
31.    merawan siput jantan
32.    gapis             
33.    mahang        
34.    bayur bukit mempening 
35.    penarahan    
( pometia spp)
( pometia pinnata)
( campnoosperma spp)

( terminalia subspathulata hing )
( diptrocarpus spp )

( syzygium spp)
( artocarpus kemando)
( cananga odorata )
( serphium spp)
( mallotus spp)
( durio ziberthinus murray )
( artocarpus elasticus )
( shorea bracteolata dyer )
( shorea loprosula )

( shorea acuminate dyer )
( shorea pauciflora king )

( shorea ovalis )


( shorea spp )
( shorea multiflora symington )
( dacryodes spp)
( seutinanthe brunnea)
( santiria leevigata )
( vitex spp)
( linisia palembanica)
( pentace spp)
( ficus spp)
( hopea odorata )
(saraca spp)
( makaranga spp)
( lithocarpus spp)
(horsfielda spp)




Empangan Semenyih :

Empangan Semenyih dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan penduduk Lembah Kelang semakin bertambah. Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan Ulu Langat.

Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur . Empangan Semenyoh berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai , cuma penduduk orang Asli sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan oleh air masih ada sehingga sekarang ini.

Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar.Menampung bekalan air 120 juta gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.

Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang.

Pelbagai jenis ikan terdapat di empangan ini. Jabatan Pertanian dan perikanan ada melepaskan beberapa spesis ikan yang sesuai di perilhara di kawasan empangan. Projek menternak ikan juga dijalan .

Ada peringkat awal, ramai penduduk Semenyih mengambil kesempatan memacing di kawasan mepangan kerana jalan raya terletak bersembelahannya. Tetapi sejak tahun 2000 , papan tanda larangan memancing telah dipasang.

Di sepanjang jalan raya di empangan ini menjadi lokasi remaja ‘racing motor’. Beberapa kes khalwat juga dilaporkan . Ada juga kes pembunuhan dan kematian di kawasan empangan. Lantaran itu Jabatan Bekalan Air dan sekarang pihak swasta telah mengetatkan kawalan di kawasan empangan.

Kawasan empangan ini sangat cantik terutama pada waktu pagi, melihat matahari naik di sebalik pepohon tanpa daun. Airnya tenang membiru. Sejauh mata memandang. Di seberang empangan indah dilhat tapi tak boleh pergi menyeberang ke sana.

Oleh itu beberapa syarikat filem dan drama telah menjadikan empangan ini sebagai lokasi penggambaran..

.


kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..