atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

BANDAR SUNWAY SEMENYIH
malekhanif@yahoo.com

Pada Mac 2002 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengeluarkan Draf Pembangunan Bangi - Semenyih - Beranang  bakal merubah wajah kawasan itu terutama Semenyih dan Beranang yang sudah lama bergelar pekan koboi.

Kini beberapa mercu tanda baru telah dibina di kawasan Semenyih . Antaranya  :
1.    Bandar Sunway Semenyih
2.    Bandar Tasik Kesuma
3.    Bandar Rinching
4.    Lebuhraya Lingkaran Kajang
5.    Lebuh raya KASEH.
6.    Universiti Nottingham di Semenyih
7.    Pusat Tahanan Imigresen Semenyih.
8.    Kem Setia Ikhlas – Program Latihan Khidmat Negara PLKN

Permintaan perumahan
Pemaju-pemaju harta tanah dan perumahan yang tampil dengan harga dan lokasi projek yang sesuai masih boleh meraih keuntungan dalam keadaan pasaran sekarang.

Permintaan bagi perumahan di sekitar Kuala Lumpur sentiasa ada kerana ia merupakan keperluan asas, tetapi ia juga bergantung kepada sama ada orang mempunyai kemampuan untuk membelinya.

Penurunan kadar faedah dan lanjutan tempoh pembayaran balik pinjaman yang ditawarkan oleh bank-bank telah membantu pembeli rumah selepas kelembapan ekonomi pada pertengahan tahun 1997.

Arah aliran sekarang ialah lebih ramai orang membeli rumah untuk kegunaan mereka sendiri. Malah ada ibu bapa yang membantu anak-anak mereka membayar wang pendahuluan.

Prospek syarikat Sunway City dijangka dapat menikmati pertumbuhan jualan yang kukuh tahun 2003 dengan beberapa projek baru dalam perancangan.

Sunway City merancang untuk membina 199 unit rumah berbandung di Semenyih sebagai permulaan. Setiap unit berharga di antara RM70,000 dan RM75,000.

Selain projek di Semenyih ini, Sunway City bercadang untuk melancarkan penjualan rumah-rumah di Ampang menjelang 2003.

Syarikat itu juga akan melancarkan projek hartanya, Monterez, di Bukit Jelutong, Shah Alam yang dibangunkan di atas tapak seluas 40 hektar awal tahun 2002.

Sunway City turut mengambil bahagian dalam Kempen Pemilikan Rumah Merdeka 2001 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, dari 11 hingga 14 Oktober 2001.

Sejarahnya
Bandar Sunway Semenyih asalnya merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Kilang kelapa sawit masih ada berhampiran dengan  bandar Sunway Semenyih.

Asalnya sebuah ladang orang British iaitu Sydney Estate  yang merupakan hasil usahawan dari Australia .  Usahawan ini sebenarnya berasal dari Scotland yang berhijrah ke Australia.

Terdapat  dua blok rumah pekerja  , lebih 20 unit rumah.  Pekerja-pekerja ladang akan tinggal di  rumah pekerja ini. Rumah pekerja ini  amat hampir dengan kilang memproses buah kelapa sawit sekarang ini iaitu Havy Oil Mill Sdn Bhd.

Tetapi setelah Sunway mengambilalih ladang kelapa sawit ini,  kesemua rumah pekerja telah dirobohkan. Kawasan tersebut telah diratakan. Sebahagiannya telah dibangunkan    untuk perumahan iaitu Taman Desa Mewah. Taman Desa Mewah dibangunkan oleh syarikat Metro Kajang.

Pada zaman darurat 1948-1960,  kawasan ladang Sydney ini merupakan kawasan yang mnejadi sasaran pengganas komunis. Ketika itu ladang Syney ditanamkan dengan pokok getah.

Bagi menjaga keselamatan  pengurus ladang dan para pekerjanya,  padar kawat telah dibina di sekeliling kawasan  rumah pengurus dan pekerja ladang.   Orang-orang Melayu tempatan yang terpilih menjadi special konstable (SC) telah ditugaskan  untuk menjaga kawasan ladang  tidak kira siang mahupun malam. Biasanya komunis 'ambush' pada waktu malam.

Salah seorang special constable / jungle squad  yang pernah bertugas menjaga keselamatan ladang ini ialah allahyarham Mohd Noor, dari Kampung Pasir, Semenyih. Allahyarham  ialah bapa kepada Cikgu Abdul Aziz Mohd Noor.

kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..