atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

KEMUDAHAN SOSIAL DI SEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

UNIVERSITI NOTTINGHAM DI SEMENYIH

Negeri Selangor merupakan negeri yang maju di Malaysia.  Salah satu sebab Selangor pantas membangun kerana ibu negara Kuala Lumpur  terletak betul-betul di tengah-tengah negeri Selangor. Selangor akan diisytiharkan sebagai negeri maju pada Ogos 2005 .

Semenyih menerima limpah rahmat daripada kemajuan negri Selangor khususnya di Lembah Sungai Kelang. Lembah Kelang usdah tidak dapat menampung keperluan pembangunan   perniagaan, perdagangan, pejabat mahupun  keperluan  pendididikan.

Lantas pihak kerajaan dan swasta beralih ke kawasan pinggir Kuala Lumpur untuk   menjimatkan  masa, ruang dan kewangan. Tambahan pula  Selangor mempunyai kelebihan dari segi :

  1. Respon kepada kehendak pelabor. Segala rungutan pelabur akan ditangani dengan segera.

  2. Sistem penukaran status tanah lebih mudah diuruskan. Tanah pertanian dapat ditukar kepada  tanah perumahan dan perindustrian  jika mengikut prosedur yang ditetapkan.

  3. Tanah-tanah yang ada adalah milik ladang-ladang yang besar seperti Guthrie dan Golden Hope.  Tanah-tanah ini asalnya  ladang getah milik orang British pada tahun-tahun 1930- 1970an.

Penubuhan universiti :

Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan untuk terus menghantar pelajar Malaysia ke luar negara pada tahun 1997.  Kos  setiap pelajar di Britain, Amerika dan Australia  semakin tingi  dan  terus meningkat. Bilangan pelajar Malaysia di  negara-negara tersebut antara yang teramai berbanding dengan negara-negara lain.

Lantaran itu penubuhan universiti amat dialu-alukan  terutama  universiti luar negara.   Syarikat swasta mengambil peluang itu dengan mengadakan   kerjasama dengan Universiti Nottingham di Britain.   Beberapa pelajar Malaysia pernah menuntut di sana. antaranyanya ialah Tan Seri Ahmad Rithaudhin.

Kawasan yang dipilih ialah  Ladang Balau Semenyih , sebuah ladang   3 kilometer dari pekan Semenyih menujun ke Broga. Sebelum ini  kawasan ini merupakan tapak pelupusan sampah dan telah dibangunkan dengan kawasan perumahan   iaitu Taman Tasik Semenyih.

Sejarah lokasi universiti

Novel Jungle Green patut dibaca  oleh semua penduduk Semenyih khususnya  pelajar Universiti Nottingham. Novel ini terdapat di Arkib Negara Malaysia.

Dalam novel ini diceritakan askar British pada zaman darurat 1950-1960  telah menjalankan operasi mengesan dan membunuh  pengganas komunis yang berleluasa di Semenyih . Regiment Suffolk telah  ditugaskan mengamankan kawasan Kajang, Semenyih, Sungai Jelok , Broga, Mantin , Seremban  dan Kanching Selangor.

Ladang Balau menempatkan ladang getah. Tetapi di pinggir hutan     Broga terdapat setinggan Cina yang mengusahakan   tanah   pertanian khususnya sayur dan  ternakan babi.

Kedatangan pekerja dari China diuruskan oleh kerajaan British di Tanah Melayu. Sementara yang lain  datang  sendiri-sendiri atau diuruskan oleh 'agen' khususnya perlindungan  yang bercorak kongsi gelap.

Askar British menemui khemah-khemah yang dipercayai   digunakan oleh pengganas komunis.  Pada waktu malam pengganas komunis datang ke kawasan setinggan  dan meminta bantua makanan, pakaian  , wang dan perubatan.   Kiranya  mereka tidak bekerjasama  terutama  jika memberi maklumat kepada polis, mereka akan dibunuh . Anak dan isteri  turut dibunuh. Kekejaman   mereka ini akan menjadi teladan kepada penduduk  pinggir hutan yang lain .

Dalam novel itu diceritakan seorang pnternak  babi dan menanam sayur bernama Ah Chong telah dibunuh. Dia dibu8h kerana disyakki memberi   maklumat kepada polis Kajang .

Kursus yang ditawarkan
Universiti  Nottingham Cawangan Malaysia (UNiM) di Semenyih akan menawarkan program pengajian yang mempunyai piawai dan kualiti yang sama dengan kampus utamanya di United Kingdom (UK).

Pro-Naib Canselor UNiM, Profesor Christopher O'Brien berkata, pensyarah kanan Universiti Nottingham UK dilantik mengetuai tiga bahagian akademik yang ditubuhkan di kampus cawangan Malaysia bagi memastikan matlamat itu dicapai.

Ketiga-tiga bahagian akademik itu ialah Kejuruteraan, Pentadbiran dan Perniagaan serta Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Semua program itu akan ditawarkan pada tahun pertama penubuhan UNiM yang akan beroperasi di kampus sementara di Wisma MISC, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Setelah bangunan universiti siap sepenuhnya di Semenyih, para pelajar dan tenaga pengajar akan dipindahkan ke Semenyih.

Program ijazah pertama yang ditawarkan termasuklah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Elektronik dan Komunikasi, Pengurusan Operasi dan Pengeluaran, Sistem Maklumat dan Komputer serta Pengurusan, Perakaunan dan Kewangan.

Program ijazah pertama dengan kepujian di UNiM memakan masa tiga tahun pengajian.

Pelajar juga boleh memilih untuk meneruskan program ijazah di Universiti Nottingham UK selepas setahun menamatkan pengajian di UniM.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Akademik Kejuruteraan UNiM, Profesor Brian Tuck dan Ketua Bahagian Akademik Pengurusan Perniagaan, Profesor Christine Ennew.

Seramai 25 kakitangan akademik Universiti Nottingham UK akan berkhidmat di UNiM pada tahun pertama penubuhan universiti itu.

Menurut O Brien , ia bertujuan memastikan karektor dan etika kerja kakitangan Universiti Nottingham UK dapat diterjemahkan di kampus Malaysia.

UNiM akan mengambil kakitangan akademik terutama pensyarah tempatan untuk berkhidmat di universiti itu.

UNiM menjangka separuh daripada tenaga kerja di universiti itu akan terdiri daripada pensyarah tempatan. Pihaknya akan mengambil seberapa banyak kakitangan akademik tempatan di bawah polisi pembangunannya.

Mengenai kumpulan pertama pelajar, katanya, sebanyak 300 pelajar akan diambil bagi mengikuti program di UNiM mulai September 2004.

Selain itu katanya, dalam tempoh lima tahun penubuhan universiti itu, pihaknya akan mengambil 2,280 pelajar baru dan 130 kakitangan akademik.

'UNiM juga bercadang akan menambah pengambilan pelajar baru sehingga 4,000 orang selepas itu. Kampus tetap universiti di Ladang Balau, Semenyih, Selangor yang akan beroperasi pada tahun 2003 mampu menampung jumlah berkenaan.

Kampus Universiti Nottingham UK kini mempunyai 22,235 pelajar termasuk 320 pelajar Malaysia.

Hubungan universiti itu dengan Malaysia terjalin sejak 50 tahun lalu dan kira-kira 1,000 pelajar negara ini berjaya menamatkan pengajian di universiti berkenaan.

Antara graduan terkenal universiti itu ialah :

  1. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah

  2. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

  3. Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail

Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dilantik menjadi pengerusi pertama UNiM manakala Naib Canselornya ialah Profesor Sir Colin Campbell.

Colin juga adalah naib canselor untuk tiga kampus cawangan Universiti Nottingham di UK.




kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..