atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN DI SEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

PERTANIAN

Pada peringkat awal, sektor yang memajukan Semenyih ialah sektor pertanian. Sektor ini telah menggerakkan perkembangan pekan Semenyijh. Kesannya wujud pelbagai kaum di Semenyih, adanya rangkaian jalan raya yang memuaskan dan kemudahan yang diwujudkan beriringan.

Tanaman yang ditanam di sini ialah getah . Kemudian sebahagian ladang getah ditukar kepada tanaman kelapa sawit kerana harganya lebih kompetitif di dunia . Tanaman sawit begitu meluas sekali di Semenyih. Sebahagiannya besar diusahakan secara ladang. Manakala selebihnya ditanamkan di kebun-kebun kecil. Terdapat sekurang-kurangnya 15 ladang di Semenyih.

Beberapa buah ladang menyediakan kawasan perumahan untuk pekerjanya. Antara ladang yang menyediakan rumah-rumah pekerja ialah :
1.    Ladang Dunedin
2.    Ladang Geleworie
3.    Ladang Semenyih
4.    Ladang Sydney

Selain itu di sekitar perkampungan orang Melayu, terdapat dusun buah-buahan yang dipunyai oleh orang Melayu. Mereka menanam pokok durian, rambutan langsat dan manggis. Kini ramai juga orang Cina mengusahakan dusun durian dengan baka bermutu tinggi seperti D24..

SEKTOR PEDAGANGAN DAN PERNIAGAAN

Pasar raya

Di Semenyih terdapat buah pasar raya iaitu :
1.    Pasar raya Econsave di sebelah pasar baru
2.    Pasar raya Fajar di Semenyih Sentral
3.    Pasar raya Bilion di Bandar Teknologi

Dua buah lagi pasar raya baru dibuka di Kajang iaitu Mydin Mart iaitu di Taman Bukit Mewah, Kajang. Pasar raya Giant di Taman Prima Saujana . Pasar raya Fajar, Biillion, Mydin dan Giant dibuka hampir serentak iaitu pada tahun 2005. Ini menunjukkan betapa rancaknya pembangunan Lembah Kelang . Kerancakan ekonomi itu menjalar ke Kajang dan seterusnya melimpah ke Semenyih.

Stesen minyak

Semenyih juga terdapat 3 buah stesen minyak iaitu :
1.    Stesen minyak BP
2.    Stesen minyak Petronas
3.    Stesen minyak Esso

Stesen minyak BP ini asalnya ialah stesen minyak Mobil. Oleh kerana beberapa persaingan, stesen ini beralih kerjasama kepada stesen minyak BP. Stesen ini dahulunya hasil kerjasama dengan Datuk Dagang Sungai Lalang iaitu Malek bin Yatim. Selepas allahyarham meninggal dunia, kerjasama tersebut mungkin telah ditamatkan.

Stesen minyak Petronas diusahakan oleh keluarga allahyarham Encik Mohamad. Kini , stesen minyak ini diuruskan oleh oleh isteri dan anak-anaknya.

Bank perdagangan

Di Semenyih juga ada beberapa buah bank iaitu :
1.    Public Bank                        1984
2.    Bank Simpanan nasional    1987
3.    AmBank Finance                 2001
4.    Maybank                            2004
5.    Hong Leong Bank                2005

Bank Pasifik pernah juga beroperasi di Semenyih iaitu di sebelah stesen minyak BP/ Mobil. Kini bank tersebut diambilalih oleh Maybank dan dipindahkan ke lokasi yang baru.

Ang Giap adalah satu ‘jenama’ yang terkenal di Semenyih. Ang Giap sejak beberapa tahun dahulu telah membeli beberapa bidang tanah di Semenyih dan menjalankan sektor pruncitan khususnya dalam bidang pembinaan, sewa rumah kedai, perabot dan restoran.

Pasar

Di Semenyih terdapat dua buah pasar. Pasar di Semenyih lebih diminati kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding dengan pasar Kajang, pasar Bangi apa lagi di Putrajaya.

Penduduk dari Kajang sering ke Semenyih untuk mendapatkan bekalan ikan , daging dan sayur yang lebih murah Mereka juga ingin mengelakkan dari kesesakan jalan raya di Kajang dan susah mencari ‘parking’ .

Pasar malam

Di Semenyih juga terdapat beberapa pasar malam dan pasar pagi. Pasar malam terdapat di :
1.    Taman Paling Jaya     ( hari Rabu jam 6.00 - 10.00 malam )
2.    Pekan Semenyih    ( hari Sabtu jam 5.00 - 10.00 malam )
3.    Taman Desa Kenanga (hari khamis jam 6.00 - 9.00 malam )
4.    Bandar Rinching    (hari Isnin jam 6.00 - 9.00 malam )
5.    Bandar Teknologi    (Isnin & khamis jam 6.00 - 9.00 malam )
6.    Taman Seri Haneco    (hari Selasa jam 6.00 - 9.00 malam )

Tapak pasar malam di pekan Semenyih telah diubah 4 kali kerana jumlah pembeli dan pengunjung yang ramai dan yang terkahir Januari 2005. Tujuan perubahan tapak ini bagi memudahkan pengnjung datang, mengurangkan kesesakan jalan raya keselesaan membeli –belah dan dapat menampung tempat parkiong kereta. Tapak pasar malam yang baru ialah di sisi Semenyih Sentral.

Restoran

Makanan yang popular di Semenyih ialah tauhu , cucur udang dan nasi ayam di gerai Malek Tauhu. Gerai Malek Tauhu ini terletak berhadapan dengan padang Semenyih. Gerai ini dibuka setiap hari 7 hari seminggu dari jam 11.00 hingga 4.00 petang. Waktu puncaknya ialah jam 12.00 tengah hari.

Restoran Cina memang banyak terdapat di Semenyih kerana orang Cina suka makan di restoran dan berkemampuan berbuat demikian. Kita dapati setiap restoran Cina ini penuh dengan pelanggan terutama pada jam 6.00 petang.

Semenyih Sentral yang dibuka pada tahun 2005 juga ada 3 buah restoran Melayu iaitu Restoran D’ Angerik, Restoran Yus 2 dan Restoran Haji Irwan. Restoran Yus 2 merupakan cawangan Restoran Yus yang ke-4. Tauke restoran ini bernama Encik Yusuf, berasal dari Kampung Rinching Hilir , Semenyih.


kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..