atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

BANDAR RINCHING
malekhanif@yahoo.com

Kedudukan :

Bandar Rinching terletak di Semenyih, Selangor iaitu di selatan negeri Selangor . Bandar yang paling hampir dengan Bandar Rinching ialah Bandar Semenyih, Beranang dan Kajang. Bandar Rinching terletak di tepi jalan antara Semenyih dengan Beranang. Jika anda dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Seremban, Bandar Rinching terletak di sebelah kanan , selepas melalui Bandar Semenyih.

Bandar Rinching dipanggil bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan di sini. Bandar Rinching dibangunkan oleh pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Ada beratus-ratus rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan harganya juga berbeza-beza. Harga rumah semakin lama semakin mahal.

Asal nama:
Rinching ialah nama sebuah sungai berdekatan. Sungai Rinching mengalir dari bukit-bukit berdekatan dengan Banjaran Titiwangsa iaitu Bukit Rinching dan Bukit Ulu Beranang. Sungai ini bersambung dengan Sungai Semenyih di bahagian hilirnya. Kampung-kampung di sepanjang Sungai Rinching ialah Kampung Rinching Ulu, Kampung Rinching Tengah , Kampung Rinching Hilir dan Kampung Sungai Kembung.

Bandar Rinching merupakan sebuah taman yang cantik dan indah.Penduduknya yang berbilang kaum contohnya orang Melayu,India,Cina,Arab dan lain-lain.Di Bandar Rinching terdapat kedai-kedai contohnya kedai runcit, kedai internet,alat tulis,kedai makan,barang keperluan,dan lain-lain.


Perumahan
Bandar Rinching mempunyai 5 fasa kawasan perumahan . Fasa 1 dibina sejak tahun 1994 dan siap tahun 1996.

Fasa Dua yang mempunyai kira-kira 1,000 unit rumah teres dua ting kat berharga antara RM130,OOO hingga RM166,OO seunit, dua blok rumah . Fasa Dua banyak brhadapan dengan masalah seperti :
1.    lambat mendapat Sijil Kelulusan menduduki (CF)
2.    Bekalan air yang tidak teratur terutama tahun 2003 dan 2004
3.    Bekalan elektrik yang tidak sempurna.
4.    Talian telefon lambat dipasang

Seksyen Satu Bandar Rinching juga dikatakan turut mengalami masalah serupa. Projek Bandar Rinching dilancarkan pada 1996 dengan bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus dibuat ketika penempahan dan rumah dijanjikan siap dalam tempoh 24 bulan. .

Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Bagi orang yang berada,kebanyakannya membeli Rumah Banglo dan membesarkan mereka. Ada juga rumah murah yang dibina untuk orang kebanyakan . Masing-masing mebeli rumah mengikut kemampuan dan cita rasa . Keseluruhannya rumah-rumah di sini berpagar untuk mengelak daripada kecurian.

Bandar Rinching tidaklah sebaik mana .Pada waktu petang ada remaja bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen.

Pada waktu pagi banyak orang berjoging bagi menyihatkan badan.Terdapat juga taman permainan .Jumlah keseluruhan taman yang dibuat enam sahaja,sebab penduduknya terlalu ramai.

Di depan Bandar Rinching terdapat sebuah kawasan perumahan yang belum siap. Taman perumahan ini dijangka siap pada tahun 2005. Taman perumahan itu bernama Taman Pelangi Semenyih. Banyak kawasan perumahan telah dibina di kawasan Semenyih terutama antara bandar Semenyih hingga ke kawasan Beranang. Antaranya ialah Taman Tasik Kesuma, Taman Rinching Indah, Taman Senivasagam

Bandar Rinching tak pernah banjir kerana kediamannya terletak di atas bukit. Sungai yang berhampiran dengan Bandar Rinching ialah Sungai Rinching. Sungai ini kecil sahaja. Air sungainya mengalir dari bukit berdekatan . Air sungai ini agak kotor dan tercemar. Pencemaran dilakukan oleh kilang-kilang dan penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.

Kebajikan dan keselamatan :
Bandar Rinching juga diambil perhatian oleh Jabatan dan kakitangan yang bertugas seperti pihak polis,Jabatan Bekalan Air dan lain-lain.

Sewaktu musim cuti sekolah ramai yang ambil kesempatan untuk pergi berjalan bersama keluarga. Pada musim perayaan pula, ramai ahli keluarga yang berkunjung di rumah masing-masing.

Permainan yang selalu dimainkan oleh remaja ialah mercun dan bunga api. Polis juga meronda bagi memastikan tiada sebarang jenayah dan aktiviti berbahaya. Pada bulan puasa bagi orang Islam mereka tidak berkeliaran kerana takut kehausan.

Kenangan manis
Kenangan manis saya di Bandar Rinching ialah sewaktu Yang Berhormat Dato Ahamed Kuris bersama –sama isterinya datang ketika Hari Keluarga diadakan .. Pelbagai aktiviti diadakan ketika ADUN Kawasan Beranang datang ke kawasan ini. Semua pihak mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang diadakan .

Kenangan pahit
Kenangan pahit pula, sewaktu bekalan air putus pada tahun 2003 ,hampir 3 bulan kami berjimat bagi tidak membazir air. Ketika tiada bekalan air, keadaan hidup amat menyeksakan. Kanak-kanak yang buang air kecil dan besar tidak dapat dibasuh dengan sempurna . Kami mandi ala kadar sahaja kerana kehabisan air. Ibu bapa terpaksa mengangkut air dari tempat lain . Air hanya cukup untuk minum dan makan sahaja. Tidak boleh mandi lebih-lebih sangat. Kini,masalah bekalan air telah selesai mulai bulan Mac 2004 setelah kehadiran Menteri Besar Selangor meninjau permasalahan air di Bandar Rinching dan sekitarnya.

Aktiviti ekonomi :
Bandar Rinching merupakan sebuah bandar yang mempunyai kedai kedai yang banyak antaranya ialah :
1.    kedai yang menjual barangan runcit
2.    Cyber café
3.    kedai gunting rambut
4.    Kedai cenderahati
5.    Kedai makan dan minum
6.    Kedai menjual handphone
7.    Kedai menjual alat tulis
8.    Kedai menjual / membaiki basikal

Pasar malam
Di sini juga terdapat pasar malam .Ia diadakan setiap hari isnin .Pasar malam diadakan setiap malam hari Isnin .Di pasar malam ada menjual ayam goreng ,menjual baju ,perhiasan diri ,beg sekolah ,air minuman seperti air soya ,air kelapa ,air sirap ,dan bermacam -macam lagi .Di pasar malam juga terdapat sayur -sayuran seperti cili merah ,cili padi ,sayur bayam ,sayur kangkung ,kacang panjang ,kacang buncis dan lain -lain .

Cyber Cafe
Saya akan bercakap tentang cyber cafe sekarang .Cyber cafe ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 10.00malam ,bayaran satu jam ialah RM3.00.Ia dibuka setiap hari kecuali hari cuti umum.

Saya dan kawan-kawan selalu pergi ke Cyber café untuk bermain ‘games’ .

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Pada hari Sabtu sekolah mengadakan kokurikulum untuk membimbing pelajar yang cemerlang. Murid sekoilah ini datang dari sekitar Bandar Rinching . Mereka tidak perlu lagi pergi ke Sekolah Kebangsaan Semenyih. Oleh itu masa, tenaga dan wang ringgit dapat dijimatkan.

Disana ada 20 buah kelas terdiri daripada darjah 1,2,3,4 , 5 dan ada juga terdapat bilik guru ,kedai buku ,dan juga pejabat .

Pelajar sekolah menengah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain. Sejak tahun 2004, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma dan SMK Bandar Rinching telah dibina dan boleh digunakan.

Saya bersekolah di S.M.K Engku Husain . Cuma 5 minit sahaja jika naik van sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching terletak di seberang jalan iaitu di Fasa Lima, Bandar Rinching. Sekolah tersebut berdekatan dengan Taman Pelangi Semenyih.

Tempat rekreasi
Kawasan rumah di sini juga mempunyai taman taman permainan dan padang bola sepak . Kanak-kanak dan remaja akan bermain di taman-taman permainan . Sementara golongan muda akan bermain bola sepak dan sepak takraw.

Surau Bandar Rinching
Di sini juga mempunyai surau bagi orang Islam menunaikan solat .Saya duduk di Fasa 1.

Pelbagai aktiviti diadakan , antaranya :
1.    Ceramah agama sempena Maulidur rasul
2.    Tabung khairat kematian
3.    Kelas pengajian agama
4.    Kelas tadika
5.    Gotong-royong membersihkan kawasan surau.

Ramai orang India
Di sini , penduduk yang paling ramai ialah orang India kerana kalau tak salah saya , orang yang membuat kawasan rumah ini ialah orang India. Mereka asalnya datang dari Ladang Rinching dan Ladang Glenworie. Bandar Rinching dibina di kawasan Ladang Rinching dan Ladang Glenwaorie. Setelah ladang getah dan kelapa sawit diratakan dan rumah-rumah pekerja ladang dipindahkan .

Rumah-rumah pekerja tersebut telah dirobohkan . Kebanyakan pekerja diberi pampasan tertentu agar mereka dipindahkan. Mereka tidak lagi dapat bekerja di ladang, sumber pendapatan mereka tidak ada lagi.

Oleh itu kilkang-kilang telah dibina di kawasan berhampiran dan para pekerja ladang boleh bekerja di kilang-kilang. Sebenarnya ladang getah tidak menguntungkan lagi berbanding dengan pembinaan kawasan perumahan. Itulah sebabnya pemilik ladang menjual ladang getah ini kepada syarikat Rhobus Sdn Bhd.

Orang Melayu
Orang Melayu ramai juga kerana tiap tiap tahun ada sahaja yang pindah ke sini tetapi ada juga yang berpindah keluar dari sini . Kedai makan dan minum ada 3 buah semuanya [2buah kedai orang Melayu sebuah kedai orang mamak muslim . Kedai mamak muslim ini ada menjual tosse,mee goreng mamak ,nasi lemak ,roti canai dan lain lain.

Kedai orang melayu pun macam itu tapi tak ada tosse . Kedai Melayu lagi satu pula hanya menjual nasi goreng alah jenis jenis nasi dan tomyam .Lain lain kedai hanya menjual barang barang runcit .Saya ingin bercerita tentang kedai yang lain .Kedai gunting rambut ada 2 ,satu cina satu lagi india.satu lagi kedai ialah kedai keranda yang pasal ini no komen .

Saya rasa ini sahajalah untuk cerita mengenai Bandar Rinching dan keadaan di sekelilingnya

Anjing liar

Haiwan yang berkeliaran di Bandar Rinching seperti anjing, kucing, dan burung. Haiwan yang dipelihara seperti kucing, anjing, arnab, angsa, itik , burung,dan lembu..

Di sini terdapat banyak anjing anjing liar . Anjing–anjing yang berkeliaran telahpun ditangkap kerana tidak memiliki lesen. Saya rasa anjing tidak begitu sesuai dipelihara di kawasan perumahan kerana ia boleh menggigit orang ramai terutama kanak-kanak.

Dalam surat khabar banyak diceritakan tentang anjing liar yang menggigit kanak-kanak dan orang tua. Sebenarnya anjing liar ini mempunyai tuannya tuannya tidak mengikat anjing dengan betul.

Sepatutnya tuan punya anjing mengikat anjing mereka dan hanya dibenarkan di kawasan rumah mereka sendiri sahaja.

Pencuri selalu juga masuk ke dalam rumah yang kosong. Banyak rumah yang belum berpenghuni. Oleh itu pencuri selalu datang mencuri besi pagar dan cermin rumah. Ada kalanya mereka mencuri dengan membawa lori , pada waktu siang pula.

Disediakan oleh :
KHAIRUNNISA BT KHAIRI ELVIN
NURUL JANNATUNNAIM BINTI HAMDAN





kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..