KEMELUT INSENARATOR SEMENYIH
BANTAHAN PENDUDUK DITERIMA
malekhanif@yahoo.com
Latar belakang
Sampah-sarap di Malaysia yang terlalu banyak mendapat perhatian kerajaan pusat. Kerajaan
pusat berhasrat membina lebih insenarator di seluruh negara untuk menyelesaikan masalah
sampah yang tertimbun .
Projek insinerator yang dianggarkan membabitkan kos RM1.5 bilion dijangka beroperasi pada
2007 dan akan dibina di tapak seluas 265 hektar
dengan keupayaan melupus kira-kira 1,500 tan metrik sampah sehari.
Mesyuarat Kabinet kerajaan pusat pada 21 November 2002 membuat keputusan memindahkan tapak
bagi pembinaan insinerator DARI Kampung Bohor, Puchong ke ke Broga Selangor yang
bersempadan dengan negeri Sembilan. (NST, Disember 3, 2002: 1).
MENGAPA SEMENYIH TAK SESUAI UNTUK INSENARATOR
1. Projek itu diragui kerana berada dalam kawasan tadahan air seperti
yang terkandung dalam Laporan Pemeriksaan Rancangan Negeri Selangor (2002-2020) yang
disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor yang menyatakan bahawa
kerajaan perlu memastikan tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan berada di kawasan
tadahan atau berhampiran.
2. Amat tidak wajar projek insinerator ini diteruskan di kawasan ini
kerana ia bertentangan dengan dengan dasar kerajaan Selangor sendiri.
3. Jika ia diteruskan, pastinya menjejaskan kesihatan dan alam sekitar
kerana insinerator ini mengeluarkan toksik dan sisa pepejal yang menjejaskan kualiti air
yang menjadi minuman kira-kira 1.5 juta penduduk di Selangor dan Negeri Sembilan.
4. Kawasan Broga adalah kawasan tadahan air yang sensitif dan sebarang
cadangan tempat pembakaran sampah boleh memberi kesan kepada kualiti air untuk 1.5 juta
orang di Selangor dan Negeri Sembilan.
5. Kawasan itu juga berbukit-bukau dan oleh itu, boleh mengakibatkan
kesan bahaya seperti tanah runtuh di masa hadapan
6. Kawasa ini merupakan kawasan tadahan air dan banyak sungai-sungai
kecil menyalurkan air ke Sungai Semenyih kemudian ke Loji Jenderam. Berkalan dari Loji
Jenderam menjadi air minuman kepada lebih 330 taman di sekitat Lembah Kelang dan Selangor
yang mengandungi lebih 1.5 juta penduduk.
7. Tapaknya di sekitar kawasan bukit bercerun yang kaya dengan flora dan
fauna .
8. Projek ini juga akan dibina di kawasan cerun yang melebihi 25 %. Ini
adalah bercanggah dengan pengumuman kabinet untuk memberhentikan pembangunan di kawasan
cerun yang melebihi 25 %.
9. Kawasan penempatan Kampung Orang Asli ( Kampung Donsong ) akan
menerima padah jika pencemaran berlaku nanti. Tanaman dan pepohon hutan dan ternakan
adalah punca pencarian mereka.
Jabatan Alam Sekitar perlu menjelaskan beberapa isu :
1. Jika kawasan tadahan air dijadikan alasan untuk tidak lulus laporan
EIA bagi pembinaan sanitary landfill kenapa alasan yang sama tidak digunakan dulu sewaktu
meluluskan laporan EIA pembinaan insinerator?
2. Adakah pembinaan insinerator masih hendak diteruskan kerana pembinaan
sanitary landfill telah diambil alih oleh syarikat Berjaya Group jv KUBB dan lokasinya
pula di tempat lain berhampiran Rawang
3. Apakah sebenarnya garispanduan yang digunapakai oleh JAS dalam
meluluskan laporan EIA ini,aspek teknikal dan saintifik ataupun tekanan serta lobi dari
pihak yang berkepentingan.
4. Kenapa JAS selalu lewat membuat keputusan berhubung dengan EIA
sehinggakan isu dah meletup baru nak buat keputusan yang kadangkala menimbulkan persoalan
dan implikasi baru.
5. Di mana tahap profesionalisma Ketua Pengarah dan sikap transparensi
serta akauntabiliti mengenai perkara ini?Sekejap nampak tegas,lepas tu berlembut dan
kemudian cabut.
6. Pada masa dulu, Ebara bawa deligasi penduduk Broga dan Semenyih ke
luar negara nak pujuk pasal teknologi insenarator. Mereka menjadi alat hendak propaganda
bagi sokong projek ini
7. Tapi penduduk kampung Broga cuba jumpa KPAS JAS tapi disekat dari
masuk dan polis menghalau penduduk.
8. Rancangan pembinaan insinerator di Broga menggantikan tempat asal di
Bohol, Puchong ini menelan belanja sebanyak RM2 billion yang akan menerima sampah sebanyak
1,500 tan sehari dari sekitar Kuala Lumpur Selatan.
9. Bagi keperluan tapak insinerator memerlukan tanah seluas 265 hektar.
Bagi memindahkan sampah berkenaan. Sebanyak 600 buah trak panjang akan keluar masuk ke
Broga setiap hari.
10. Ini akan mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang melibatkan
gangguan di jalan-jalan di Hulu Langat, khususnya Kajang, Semenyih dan Beranang. Muatan
berat itu kelak bukan saja merosakkan jalan, tetapi akan meyebarkan bau busuk dan
merosakkan kedamaian alam sekitar disepanjang perjalanan keluar-masuk ke lokasi.
11. Di tapak insinerator ini sampah akan dilambak sebelum melalui proses
pembakaran di insinerator. Ada dua kesan utama hasil dari lambakan dan pembakaran di
insinerator.
12. Pertama kawasan yang menjadi lokasi insinerator dan tapak lambakan
dan pelupusan adalah merupakan kawasan tadahan air yang berada pada lereng tanah tinggi
berbukit lebih dari 25 darjah, maka keberadaan tapak di kawasan ini membawa pencemaran
terhadap saliran air yang membawa racun-racun ke sungai Rinching, Sungai Semenyih dan
Sungai Langat yang menjadi sumber air bagi sebahagian penduduk di negeri Selangor.
13. Akibat dari pendirian insinerator di Broga, maka imej Broga dan
Semenyih terjejas, sebagai `Bandar Sampah` yang mengurangkan minat orang mau tinggal di
kawasan Semenyih. Dengan itu hartanah di kawasan tersebut juga jatuh.
14. Laporan EIA mengenai insinerator di Broga sudahpun dikeluarkan.
Mengikut komen seorang pakar dalam bidang ini, laporan EIA ini sebenarnya tidak menjawab
banyak soalan teknikal yang dihendaki dan terdapat banyak poin yang saling bercanggah.
15. Kenapakah tapak Broga dipilih sebagai tapak untuk membina
insinerator malah sebelum Laporan EIA diadakan?
16. Kawasan Semenyih merupakan kawasan simpanan air yang penting. Kita
juga tahu bahawa Sungai Semenyih telah banyak dicemarkan oleh kilang perindustrian di
sekitarnya. Sekiranya insinerator yang begitu besar dibina di tempat tersebut, bukankah
kerajaan mendedahkan tempat simpanan air dan Sungai Semenyih ke risiko pencemaran yang
lebih tinggi dan akhirnya mencemarkan air minuman kita?
17. Kawasan Broga dan Semenyih merupakan kawasan pertanian dan
penanaman. Terdapat sebahagian besar daripada tanah yang berhampiran dengan tapak cadangan
insinerator adalah estet getah dan buah-buahan dan juga tempat kediaman, ramai di antara
mereka telah bekerja dan bermastautin di tempat tersebut selama berpuluh-puluh tahun, jadi
macam manakah kerajaan akan memastikan penduduk berkenaan sihat dan selamat dengan adanya
insinerator di Broga tersebut? Apakah jaminan yang akan diberi oleh kerajaan kepada
penduduk dan penanam di kawasan Broga?
Kajian sains mendapati :
1. Bagi setiap satu kubik meter sampah yang dibakar akan menghasilkan
0.1 nanogram racun dioxin. Racun dioxin akan keluar melalui corong-corong insinerator dan
tersebar melalui udara atau turun mendap di bumi, kemudian di bawa air ke saliran-saliran
sungai yang diperkatakan di atas.
2. Racun dioxin ini amat bahaya, ianya boleh menyebabkan menular
penyakit kanser, penyakit kulit yang kronik, mandul, keguguran, kelahiran bayi yang tidak
cukup bulan, menyebabkan kerosakan ketahanan badan, mengganggu fungsi hormon, kesesakan
nafas, asma, kecacatan, pening dan mudah batuk-batuk, cirit birit, suasana yang tidak
kondusif dan kepupusan hidupan dan tanaman.
3. Tidakkah pelepasan pencemar udara seperti dioxin dan sebagainya
berpotensi juga mencemar sumber air melalui 'fallout'?
4. Di Amerika rakyatnya menolak insinerator. Lebih dari 4,000 dari 6,000
insinerator ditutup (BH, 31 Disember, 2002: 8).
5. Seorang ahli politik di Ukraine yang berkempen untuk pilihanraya 21
November 2004, iaitu Victor Yushchenko telah diracun oleh pihak lawannya dengan dioxine
yang dimasukkan ke dalam sop yang dimakannya, akibatnya ia mengalami sakit kulit dan rosak
mukanya.
Rekod Buruk Ebara Corporation :
Teknologi gasifikasi yang digunakan masih baru dan digunakan di Jepun sejak tahun 2000.
Insenarator yang akan dibina di Malaysia adalah insenarator gasifikasi terbesar di dunia.
Penduduk Semenyih tentulah tidak mahu kawasan ini menjadi tapak percubaan .
Akhbar Akahata bertarikh 2 April 2000 melaporkan :
1. Ebara Corporation telah diarah oleh kerajaan Jepun untuk menghentikan
operasi insenarator kerana mereka didapati mencemarkan Sungai Hikiji dengan bahan
pembuangan yang mengandungi dioksin dan bahan toksin lain bagi tujuh tahun yang lalu.
2. Laporan itu menyatakan bahawa Sungai Hikiji di Fujisawa, Kanagawa
telah dicemari dioksin, 8,100 kali lebih tinggi daripada paras dioksin yang dibenarkan
oleh pihak berkuasa Jepun.
3. Ebara Corp. merupakan syarikat Jepun yang diberi kontrak untuk mereka
dan membina insenarator jenis gasifikasi yang bernilai RM1.5 bilion di Malaysia.
4. Menurut suatu laporan bertarikh 30 April oleh berita Industri Nikkei,
baru-baru ini Ebara Corporation telah memecat 400 orang pekerja dari seluruh pekerja
sebanyak 1,800 di bahagian kejuruteraan akibat daripada teknologi yang teruk dan jangkaan
salah bagi kos pembinaan.
5. Syarikat itu telah kerugian sebanyak 27 bilion yen (US$ 225 juta)
tahun lalu akibat daripada kegagalan insenarator jenis gasifikasi. Kos pembinaan yang
dijangka oleh Ebara didapati lebih rendah daripada kos sebenar. Kos sebenar adalah lebih
tinggi kerana syarikat itu tidak dapat mengoperasikan kilang secara lancar.
6. Masalah ini timbul apabila teknologi baru yang digunakan oleh Ebara
menimbulkan masalah. Ebara perlu membelanjakan wang tambahan untuk menyelesaikan masalah
itu. Dalam Januari lalu, perbelanjaan tambahan dijangka sebanyak 7.5 bilion yen (US$62.5
juta).
7. Laporan yang sama berkata bahawa Ebara telah membelanjakan 6.8 bilion
yen (US$56.7 juta) untuk membaiki kilang yang dibina pada tahun 2002, dan tentunya ia
memerlukan wang yang lebih banyak untuk membaiki kilang-kilang yang dibina tahun ini.
Ebara telah menjangka kos pembinaan insenarator bagi tahun 2002 adalah sebanyak 73 bilion
yen, tetapi ia telah membelanjakan wang sebanyak 90 bilion yen untuk membina kilang-kilang
itu.
8. Mereka yang menonton program "Japan Today" di ASTRO akan
mengetahui bahawa orang Jepun kini menggesa kerajaan mereka supaya menutup semua
insenarator akibat daripada masalah alam sekitar yang serius.
9. Satu pembina insenarator, Mitsui Engineering & Shipbuilding Co.
didakwa oleh bekas pekerja insenarator di Osaka Prefecture. Mereka juga mendakwa Kerajaan
Pusat dan tempatan dan menuntut gantirugi bagi kesihatan yang dijejaskan.
10. Ramai lagi pengoperasi insenarator telah disaman kerana merosakkan
alam sekitar. Ramai petani dan nelayan telah menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa
kerana dioksin dan gas toksin lain yang dikeluarkan dari insenarator telah menjejaskan
kesihatan dan pencarian mereka.
11. Rakyat Malaysia tidak memerlukan insenarator. Dan tentunya kita
tidak mahukan seorang kontraktor yang menghadapi masalah membina insenarator di Malaysia.
Beberapa kritikan lain :
1. Dalam era globalisasi ini, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia semakin
mengambil berat terhadap isu alam-sekitar dan mengambil langkah untuk menyelesaikan
masalah pencemaran alam-sekitar dan juga kesihatan rakyat, kerajaan BN kelihatan hanya
berminat untuk mengambil langkah yang paling senang dan tidak berwawasan untuk menangani
masalah sampah-sarap, iaitu melalui pembakaran sahaja.
2. Langkah ini bukannya satu rancangan menjaga alam-sekitar yang
menyeluruh dan pendekatan "sisa kosong" ataupun "Zero Waste" seperti
apa yang dilakukan di banyak negara-negara maju sekarang.
3. Dasar-dasar kerajaan secara keseluruhan tidak berminat untuk
mengadakan dasar yang menuju ke arah "Zero Waste".
4. Jabatan Alam Sekitar dilihat sekadar jabatan "window
dressing" yang tidak berfungsi .
5. Kempen kitar-semula yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan merupakan kegagalan yang besar. Ia hanya merupakan kempen pengiklanan
sahaja dan ia tidak ditekankan dengan penuhnya.
6. Walaupun kita tahu bahan plastik tidak boleh dikitar-semula dan
pembakaran plastik akan menghasilkan gas dioksin, tetapi plastik dibuat dan diguna-pakai
secara besar-besaran tanpa apa-apa sekatan.
7. Dasar yang kurang menyeluruh dan undang-undang yang kurang lengkap
ini menyebabkan sampah-sarap tertimbun, dan apabila sampah-sarap kita bertimbun, kerajaan
pun menggunakan alasan ini untuk menjustifikasi tentang keperluan untuk membina
insinerator yang berisiko tinggi.
Beberapa tindakan oleh penduduk :
1. Pada April 2004, penduduk-penduduk Broga mengemukakan lebih 1,000
tandatangan memprotes cadangan tapak pembuangan sampah, dengan berkata adalah salah untuk
menjalankan projek sedemikian di kawasan tadahan air.
2. Kumpulan tersebut akan membuat temujanji dengan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting secepat mungkin untuk menyuarakan protes mereka
terhadap projek insenarator di Broga.
3. Jawatankuasa Penaja `No Insinerator' Penduduk Broga dan Kawasan
Sekitarnya yang membantah pelaksanaan projek insinerator Semenyih, mendesak supaya Jabatan
Alam Sekitar (JAS) mengkaji semula kelulusan yang diberikan untuk meneruskan projek
berkenaan. Pengerusinya ialah Dr Zulkifly Mohamad Omar .
4. Penduduk Broga dan Semenyih bertemu dengan Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan menuntut mengotakan janjinya dengan menghalang projek
ini kerana bidang kuasa tanah terletak di bawah kerajaan negeri .
Jabatan Alam Sekitar menolak Laporan EIA :
Pengerusi pro tem untuk Kumpulan Penduduk Broga menentang Projek Insenarator, Zulkefly
Mohamad Omar bersama 50 penduduk dari Broga, Semenyih, telah ke Jabatan Alam Sekitar pada
30 Oktober 2004 untuk mengucapkan terima kasih kepada jabatan tersebut kerana :
1. Menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk cadangan
tapak pembuangan sampah sebagai langkah berani dan tepat.
2. Ketua Pengarah JAS Rosnani Ibrahim sudi bertemu dengan mereka dalam
pertemuan selama dua jam di Putrajaya.
3. dedikasi dan kebolehpercayaan Jabatan Alam Sekitar atas daya usaha
mereka melayan karenah dan tuntutan mereka selama ini.
4. Penduduk berbangga dan terharu di atas keberanian dan kebijaksanaan
JAS yang menolak laporan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tapak pelupusan sampah
Broga demi keselamatan dan kesihatan rakyat
Namun Puan Rosnani Ibrahim menjelaskan bahawa JAS tidak mempunyai sebarang kuasa mengenai
perkara itu kerana projek berkenaan terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.
Ketua Pengarah Alam Sekitar pernah berjanji kepada ketua-ketua kampung
di Semenyih sekitanya kawasan projek Insenarator adalah kawasan tadahan air, beliau adalah
orang pertama yang akan membatalkan projek tersebut.
Cadangan :
Langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah Pendekatan "Zero Waste"
. Pendekatan ini mengutamakan :
1. Menghapuskan sisa buangan
2. Mengurangkan kuantiti sampah dan keracunan bahan yang diguna-pakai
3. Mempromosi penggunaan semula,
4. Reclying / kompos barang buangan
5. Mewajibkan pihak pengilang ataupun "manufacturers" untuk
bertanggungjawab terhadap menghasilkan barang yang boleh dikitar-semula dan sebagainya.
Rujukan :
1. New Straits Times 28/09/2003
2.http://www.malaysia-today.net/blog/2004/10/penduduk-broga-terima-kasih-jabatan.htm 31
Oktober 2004
|