Oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com
Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di
dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang
dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa
lampau.
Menurut cerita lisan, istilah ini
merupakan dialek orang negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini
berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi
dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini
asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan
negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri
Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
Perletakan
Di dalam peta topografi, Semenyih
terletak pada kedududukan 101.85 ` Timur dan 2.9 ` Utara.
Semenyih terletak dalam negeri
Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih
menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9
buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat
ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.
Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang
berhampiran adalah seperti berikut :
1.
Semenyih
ke Kajang 8 km
2.
ke
3.
ke
Beranang 8
km
4.
ke
Broga 12
km
5.
ke
Kuala Klawang km
6.
ke
Bangi lama 8 km
7.
ke
Bandar baru Bangi 20 km
8.
ke
Seremban 32
km
9.
ke
KLIA km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke
tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landasan keretapi, jalan
air mahupun landasan kapal terbang.
Bentuk mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya
pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi
kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata
terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah
dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai
Semenyih.
Sementara di kawasan hilir Sungai
Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu , iaitu
tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan
limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing
sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun,
Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.
Kini, banjir tidak berlaku lagi
kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan
Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.
Saliran
Terdapat beberapa sungai yang utama
di Semenyih.
Sungai tersebut adalah seperti berikut :-
1.
Sungai
Semenyih
2.
Sungai
Batangsi
3.
Sungai
Lalang
4.
Sungai
Saringgit
5.
Sungai
Kachau
6.
Sungai
Broga
7.
Sungai
Rinching
8.
Sungai
Purun
9.
Sungai
Tekala
10.
Sungai
Pening.
Sungai yang utama dan terpanjang
ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang
berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. . Lebar
sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak
dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja.
Sungai Semenyih ini bercantum dengan
sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.
Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit
yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah :
1.
Bukit
Arang 1838 kaki
2.
Bukit
Naning 1418 kaki
3.
Bukit
Tekala 783 kaki
4.
Bukit
Pening 1068 kaki
5.
Bukit
Berak 331 kaki
6.
Bukit
Ulu Beranang 2654 kaki
7.
Bukit
Rambai 490 kaki
8.
Bukit
Buluh 421 kaki
9.
Bukit
Tempurung 401 kaki
10.
Bukit
Payung 354 kaki
Legeh pada bukit-bukit ini merupakan
kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini.
Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai.
Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian , sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan
air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan
penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur , Shah Alam, Putrajaya, Petaling
Jaya, Sepang , Kuala Langat dan lain-lain.
Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan
malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh
pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih.
Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah
Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari
jenis hujan perolakan.
Tumbuhan Semulajadi
Tumbuhan semulajadinya adalah jenis
Hutan Hujan Khatulistiwa. Antaranya ialah pohon meranti, keruing, mahang,
balau, cengal dan lain-lain.
Di beberapa kawasan Semenyih terutama kawasan berbukit-bukit
terdapat kawasan hutan :
1.
Hutan
darat 9 inland forest ) yang masih kekal sebagai hutan
simpan.
2.
Hutan
perlindungan 9 protective forest )
3.
Hutan
tidak berhasil
4.
Hutan
lipur ( amenity forest )
Air Terjun Sungai Tekala :
Jaraknya dari Semenyih ialah 16
kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan
berkereta. Air Terjun Sungai Tekala ini begitu jernih dan
alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.
Keluasan kawasannya lebih dua
setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke
puncaknya.
Selain air terjun Sungai Tekala ,
terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :
1.
Kolam
Air Panas Sungai Lalang
2.
Air
terjun Sungai Gabai
3.
Air
Terjun Sungai Batangsi.
Kedudukannya sangat strategik di
pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan seperti :
1.
Gerai
menjual makanan dan minuman
2.
Surau
3.
Bilik
persalinan
4.
Jambatan
5.
Kerusi
6.
Tempat
teduh
7.
Tong
sampah
Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih
3000 orang .
Terdapat juga kawasan tapak semaian
Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah
:
1.
Meranti
2.
meranti
sengkuang merah ( shorea sengkuang )
3.
meranti
tembaga ( shorea leprosula )
4.
penarahan
( myristieaceae )
5.
keruing
mempelas 9 diptrocarpus crinitus )
6.
semaian
pokok petai
7.
durian
8.
jering.
Di negeri Selangor terdapat 183, 329
hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan
23 % sahaja dari kawasan tanahnya.
Berikut adalah nama pokok-pokok yang
terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala
1.
2.
kasai
daun besar (
pometia pinnata)
3.
terentang
( campnoosperma spp)
4.
medang
5.
jelawai
jaha (
terminalia subspathulata hing )
6.
keruing
(
diptrocarpus spp )
7.
keledang
tampang
8.
kelat
(
syzygium spp)
9.
cempedak
( artocarpus kemando)
10.
kenanga
(
cananga odorata )
11.
kembang
semangkok ( serphium spp)
12.
balek
angin (
mallotus spp)
13.
durian
kampung ( durio
ziberthinus
14.
terap
nasi ( artocarpus elasticus )
15.
meranti
paang ( shorea
bracteolata dyer )
16.
meranti
tembaga ( shorea
loprosula )
17.
meranti
melantai
18.
meranti
rambai daun ( shorea acuminate dyer )
19.
meranti
nemesu ( shorea
pauciflora king )
20.
meranti
kepong ( shorea
ovalis )
21.
meranti
sarang punai sesenduk
22.
damar
hitam (
shorea spp )
23.
damar
hitam pipit (
shorea multiflora symington )
24.
kedondong
(
dacryodes spp)
25.
kedondong
sengkuang ( seutinanthe
brunnea)
26.
kedondong
kerantai licin ( santiria
leevigata )
27.
leban
(
vitex spp)
28.
merbau
(
linisia palembanica)
29.
melunak
(
pentace spp)
30.
ara
(
ficus spp)
31.
merawan
siput jantan ( hopea odorata )
32.
gapis
(saraca
spp)
33.
mahang
(
makaranga spp)
34.
bayur
bukit mempening (
lithocarpus spp)
35.
penarahan
(horsfielda spp)
Empangan Semenyih :
Empangan Semenyih dibina berikutan kerajaan
Hulu Semenyih telah dipilih sebagai lokasi empangan yang baru kerana
lokasinya yang dekat dengan
Penduduk di kawasan di kawasan empangan tidak ramai , cuma penduduk orang Asli
sekitar 120 orang. Sebahagian jalan raya
yang ditenggelamkan
oleh air masih ada sehingga sekarang ini.
Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar.Menampung bekalan
air 120 juta gelen
sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di
Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan
Semenyih telah runtuh dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.
Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak hingga
menyebabkan bekalan air terpaksa dicatu
di Lembah Kelang.
Pelbagai jenis ikan terdapat di
empangan ini. Jabatan Pertanian dan perikanan ada melepaskan beberapa spesis ikan
yang sesuai di perilhara di kawasan empangan. Projek menternak ikan juga dijalan .
Di sepanjang jalan raya di empangan ini menjadi lokasi remaja ‘racing motor’. Beberapa kes khalwat juga dilaporkan .
Kawasan empangan ini sangat cantik terutama pada waktu pagi, melihat matahari naik di sebalik pepohon tanpa daun. Airnya tenang membiru. Sejauh mata
memandang. Di seberang empangan indah dilhat tapi tak boleh pergi
menyeberang ke
Oleh itu
beberapa syarikat filem dan drama
telah menjadikan empangan ini sebagai lokasi penggambaran.
SISTEM PENTADBIRAN :
Pentadbiran Am :
Semenyih termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri
Beranang iaitu selepas persermpadanan semula kawasan plihanraya 1990.. Sebelum 1990, ia dinamakan Dewan
Undangan Negeri Semenyih.
Dewan Undangan Negeri Beranang ini termasuklah :
1.
Mukim
Semenyih
2.
Mukim
Ulu Semenyih
3.
Mukim
Beranang.
Wakil rakyat DUN Semenyih / Beranang ini antaranya ialah :
1.
Dato
Shuib bin Silin
2.
Datok
Ahamed Kuris Mohd Noor
Dari segi pentadbiran pusat, Semenyih termasuk dalam kawasan
Parlimen Hulu Langat. Pejabat Daerah Hulu Langat terletak di
Bandar Baru Bangi. Sementara pentadbiran kemasyarakatan , kebajikan dan
kebersihan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Pejabat
MPKj terletak di Kajang.
Wakil rakyat Parliimen Hulu Langat antaranya ialah :
1.
Dato
Lee Kim Sai
2.
Dato
Badrul Hisyam Abdul Aziz
3.
Dato
Markiman
Sistem Penghulu :
Penghulu merupakan pentadbir sesebuah
mukim. Boleh dikatakan seluruh negeri di Semenanjung
Penghulu Semenyih bertanggungjawab kepada kerajaan negeri Selangor
kerana dilantik oleh kerajaan Negeri Selangor. Sebuah
kompleks [enghulu telah dibina di pekan Semenyih bagi menempatkan
:
1.
Pejabat
penghulu
2.
Pejabat
wakil rakyat ADUN Beranang ./ Semenyih
3.
Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli
4.
Makmal
Komputer
5.
Bilik
Mesyuarat.
Penghulu yang pernah bertugas di sini ialah
:
1.
En
Badarudin bin Tawap
2.
En
Mustafa
Penghulu akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua
kampung dan wakil-wakil
masyarakat . Kebanyakan urusan pentadbiran sesebuah kampung hendaklah
melalui penghulu.
Sistem Ketua Kampung :
Ketua kampung adalah ketua bagi sesebuah masyarakat
kampung. Di Semenyih, ketua
kampung dikenali juga
sebagai Datuk Dagang. Istilah ini asalnya dari masyarakat
Minangkabau di Negeri Sembilan.
Perlantikan Datuk Dagang adalah berdasarikan pilihan ramai. Ia
bukan jaatan yang diwarisi dari turun –temurun. Namumn ada kalanya diwarisi
daripada bapa kepada anak-anak atau kepada anak saudara. Mereka mendapat sejumlah elaun daripada
kerajaan negeri Selangor. Biasanya ketua kampung adalah ketua
cawangan UMNO dan sepatutnya rapat dengan wakil rakyat masing-masing.
Tanggungjawab yang dipikul oleh Datuk Dagang ialah :
1.
mengawasi kegiatan penduduk kampung. Tidak ada pergaduhan berhubung tanah pusaka, ajaran sesat
dan sebagainya.
2.
menyelia kebajikan anak-anak buahnya . Comtohnya anak yatim yang
perlu bantuan, janda yang miskin, rumah penduduk yang daif dan sebagainya.
3.
menyalurkan
maklumat dan projek daripada pihak kerajaan
4.
Menyuarakan
masalah penduduk
kampung kepada pihak yang berwajib. Contoh masalah surau sempit, jambatan runtuh,
pergaduhan dan sebagainya.
Setiap kampung mempunyai
organisasinya yang tersendiri. Mereka bermesyuarat di Balai Raya
sesebuah kampung. Satu
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
dibentuk .
Mesyuarat diadakan sebulan sekali atau apabila perlu.
Senarai nama kampung di Semenyih , Ketua Kampung dan Setiausahanya (2005)
1.
Kg
Sg Kembong Hilir En Mansor b. Abd Latif
·
En
Anuar b Mohd Arif
2.
Kg
Sg Kembong Hulu En Mohamad Saat b. Bahaudin
·
En
Ramlan b Abdul Jabar
3.
Kg
Rinching Hulu En
Maarof b Abd Ghani Pn
Sopiah bt Latif
4.
Kg
Rincing
·
En
Sadiron b Sugayap
5.
Kg
Rincing
·
En
Zainuddin Jamion
6.
Kg
Batu 3, Jalan Bangi En
Othman b. Mohd Nor
·
En
Ahmad Joned b Rithwan
7.
Kg
Sungai Purun En
Mohammed Rosli b. Sanusi
·
En
Mohd Yunos b Mohamad
8.
Kg
Sungai Macang En
Jalaluddin b. Yub
9.
Kg
Batu 5, Jalan Bangi En
Sangit b. Jamal
·
Pn
Zaharah bt Kadir
10. Kg Pasir Baru Semenyih Tn Hj Mohd Rasip b Hj Yusop
·
En
Suhaimi b Hj Hassan
11. Kg Sentosa En
Ahmad b Lahid Hussin
·
En
Abu Hassim b Abu Hassan
12. Kg Tanjung En
Abd Majid b Jantan En
Mohd Ariffin
Taman Perumahan yang sedia ada di Semenyij adalah seperti berikut :
1.
Rumah
Rakyat 1969
2.
Rumah
Murah PKNS Jalan Bangi 1987
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
Ladang- Ladang
Ladang-ladang yang terdapat di Semenyih merupakan ladang yang
telah diterokai sekian lama oleh syarikat besar dari Eropah. Hampir kesemua hasil
pengeluaran tanaman getah dan kelapa
sawit datangnya dari ladang-ladang. Di
Semenyih hampir tiada
kebun-kebun kecil getah.
Ladang-ladang yang terdapat di Semenyih ialah
:
1.
Ladang
Dominion
2.
Ladang
Sam Poh
3.
Ladang
Sungai Jrlok
4.
Ladang
Sungai Lalang
5.
Ladang
Sungai Pening
6.
Ladang
Sydney
7.
Ladang
Sungai Purun
8.
Ladang
Balau
9.
Ladang
New Semenyih
10.
Ladang
Saringgit
11.
Ladang
Connemara
12.
Ladang
Glenworie
13.
Ladang
Abaco
14.
Ladang
Dunedin
15.
Ladang
Kajang
PENDUDUK
Keluasan dan Bilangan
kampung
|
Keluasan |
Kampung |
Kampung Cina |
Mukim Semenyih |
Keluasan |
11 |
4 |
Hulu Semenyih |
|
1 |
0 |
Penduduk di Semenyih terdiri daripada kaum
:
1.
Melayu
2.
Cina
3.
4.
Orang
Asli
Pada peringkat awal, sebelum 1990 ,
penduduk Melayu banyak bertumpu di
kawasan kampung. Penduduk Cina bertumpu di Kampung Baru Jaya
dan taman-taman. Pendudk
Oleh yang demikian, kependudukan di Semenyih masih lagi
mengikut kaum. Pengenalan tempat mengikut kaum adalah satu
fenomena biasa di Malaydia.
Namun begitu , selepas tahun 1995,
taman –taman perumahan tumbuh bagai
cendawan tumbuh di Semenyih. Ini
berikutan dari
wujudnya Taman Bukit Mewah
di Kajang, Bandar Teknologi , Bandar Rinching , Taman Tasik Semenyih dan Taman
Tasik Kesuma.
Bilangan Penduduk
Semenyih
Tahun 1970 , penduduk Semenyih
seramai 12140
Tahun 1980 , penduduk Semenyih
seramai 16293
Tahun 1986 penduduk Semenyih dilaporkan oleh Majlis Daerah
Hulu Langat adalah seperti berikut :
Mukim
Semenyih Mukim Hulu Semenyih
Melayu 5593 1131
Cina 4799 182
Lain-lain 32 -
Lelaki 9678 980
Perempuan 9846 992
Jumlah 19524 1972
Pada tahun 1990 bilangan penduduk Semenyih seperti berikut :
Melayu 18402
Cina 11603
Orang Asli 1065
Anggaran penduduk Semenyih 2005 yang dilaporkan oleh Majlis
Perbandar Kajang seperti berikut :
Hulu Semenyih 3408
orang
Semenyih 49076
orang
Mukim Beranang 163,560
orang
Orang Melayu
Pendudk Melayu kebanyakannya mempunyai kaitan yang erat dengan orang
Minangkabau di Sumatera. Ara
percakapan dan adat resam yang diamalkan lebih merupakan ikutan
dari budaya Minangkabau. Sesetengah daripada mereka ,
datuknya baru datang dari tanah
seberang. Ini bermakna belum sampai satu generasi mereka
mengunsi ke Semenyih.
Sementara yang laian adalah
terdiri daripada keturuan Jawa. Bahasa yang dituturkan di rumah adalah dalam
bahasa Jawa.
Segelintirnya pula adalah orang Melayu yang datang dari
negeri lain seperti dari negeri Johor, Perak dan
Melaka.
Sebahagian besar orang Melayu tinggal
di kampung-kampung-kampung tradisional. Kampung-kampung terletak di sebelah barat Sungai
Semenyih.
Terdapat dua buah kampung yang ditempatkan secara agak terancang iaitu :
1.
Kampung
Sentosa
2.
Kampung
Pasir Baru
Kedua-dua kampung Melayu ini adalah merupakan kampung penempatan
semula dalam Rancangan Brigg pada tahun
1958. Ini adalah keranan penduduk Melayu
tinggal di pinggir hutan sedangkan Semenyih pada tahun-tahun
tersebut merupakan sarang komunis.
Krsemusian orang Melayu berugama
Islam. Mereka mendirikan surau dan
dan masjid di kampung berkenaan.
Orang Cina
Penduduk Cina yang mendiami kawasan Semenyijh adalah berasal dari pelombong-pelombong bijih timah, pekerja balak , penjual dan
lain-lain. Ini berikutan dari era pancutan bijih timah
dari bumi Semenyih pada tahun-tahun 1920-an. Mereka akhirnya menjadi penduduk
tetap di Semenyih . Mereka dibawa dari wilayah
Kaum Cina di Semenyih kebanyakannya
dari keturunan Hokkien.
Pada peringkat awal kedatangan mereka, mereka tinggal
berhampiran engan lmombong-lombong bijih timah. Sebahagian lagi tinggal di
pingir-pingir hutan. Oleh yang demikian mereka ini menjadi masalah besar kerana terlibat
dalak kegiatan pengganas komunis dan
terpkasa membantu perjuangan komunis di hutan.
Lantaran itu rumah orang Cina yang mendfiamai pinggir hutan di Kampung Kacahau telah dibakar pada
malam 2 November 1952. Mereka dipindahkan ke beberapa tempat
seperti di pekan Semenyih dan Keluang, Johor. Kini kampung baru ini
pekan Semenyih dikenali sebagai Kampung Jaya.
Kampung Jaya ini terletak di kiri dan kanan jalan utama Seremban dan
Orang Cina juga ramai tinggal di kwasan taman perumahan.
Kepercayaan yang dianuti oleh mereka adalah kepercayaan lama orang Cina, Buddha
dan Kristian .
Orang
Seperti biasa, kebanyakan orang
Mereka bekerja di ladang-ladang dan tinggal di
rumah-rumah yang disediakan oleh pihak
majikan.
Sebahagian lagi tinggal di taman-taman perumahan seperti di Taman Dusun Jaya , Taman Sambanthan dan Bandar Rinching.
Bandar Rinching dan Tasek Kesuma dahulunya merupakan Ladang
Glenworie dan Ladang Abaco .
Otang
Mereka menganut agama Hindu. Semakin ramai yang
menganut agama Kristian.
Orang Asli
Boleh dikatakan kesemua orang Asli
yang dsa di Semenyih tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Tekala.
Pentadbiran kampung Orang Asli ini dibawah naungan Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli, Selangor ( JHEOA) yang terletak di Kompleks Balai Penghulu
Semenyih.
Mulanya mereka tinggal di lereng dan hulu Sungai
Semenyih. Apabila Empangan Semenyih dibina pada tahun 1985, perkampungan orang Asli ini telah tenggelam dan mereka dipindahkan ke kaawasan
yang lebih strategik dan terancang
iaitu di kiri air terjun Sungai
Tekala.
Orang Asli ini adalah keturunan Temuan.
Kawasan tumpuan penduduk :
Sebelum tahun 1995, kawasannyang padat pendudi dalah di sekitar
1.
Pekan
Semenyih
2.
sebelah
barat Sungai Semenyih
3.
sebelah selatan jalanraya Seremban-Kuala Lumpur.
Kawasan ini padat pendudk
kerana
dipengaruhi le bberapa
faktor :
1.
adanya pusat persimpangan laluan jalan raya iaitu
jalan ke Kuala Lumpur, ke Seremban, ke Sungai Tekala ke Broga dan ke Bangi lama.
2.
Sistem
jalan raya yang lebih baik
3.
Lebih hampir dengan kemudahan awam.
4.
kawasan itu adalah kawasan penemapatan awal.
5.
dirancang sedemikian rupa
seperti Kampung Baru Jaya dan Kampung Sentosa.
6.
kawasan peertanian yang
lebih utama dan strastegik.
7.
selamat dari ancaman dan keganasan komunis . Pada tahun 1948-1960
Semenyih merupakan sayap kanan gerakan komunis. Ini adalah kerana ia bersempadanan dengan negeri Sembilan. Kampung Kachau
dikenali juga sebagai ‘Little Yenan’.
Kawasan yang kurang penduduk ialah di :
1.
Kawasan
Hulu emenyih
2.
sebelah
timur Sungai Semenyih
3.
Kawasan
pedalaman.
KEGIATAN SOSIAL
Pusat Rekreasi
Di Semenyih tidak terdapat pusat rekreasi yang istimewa. Di sini juga tidak
terdapat pusat rekreasi hasil kreativiti manusia. Apa
yang ada Cuma pusat rekreasi semulajadi. Iaitu :
1.
Air
terjun Sungai Tekala
2.
Air
Terjun Batansi
3.
Air
Terjun Sungai Gabai
4.
Air
Terjun Sungai Lalang
5.
Empangan
Semenyihair panas Broga.
Pada hujung minggu anda boleh pergi
ke hutan rimba rekreasi di Sungai Tekala. Jauhnya kira-kira 16 kilometer dari Pekan
Semenyih atau 48 kilomter dari
Ramai pelajar dari UKM datang ke sini
setiap hujung minggu.
PUSAT IBADAT
Masjid Raja Muda Musa,
Semenyih
Masjid dan surau adalajh tempat orang Islam sembahyang.
Terdapat
1.
Masjid
Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
2.
Masjid
Kampung Pasir
3.
Masjid
Rinching Hilir
4.
Masjid
Batu Tiga
5.
Masjid
Rinching Hulu
Surau
juga
terdapat di setiap kampung. Ia merupakan tempat pertemuan bagi orang Islam
terutama sekali pada waktu maghrib dan
Isya.
Bangunan baru Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah dibina pada tahun 1964. Pembinaan masjid
ini dibina melalui derma dan
sumbangan kerajaan pusat melalui wakil
Parlimen Shariff Ahmad.
Jawatankuasa masjid yang awal ialah :
·
Imam
Ustaz Osman Abdul Ghani
·
Bilal En Sari b. Hassan Rahmat
·
Siak En Muhamad Ismail
Mesyuarat Agung diadakan setiap 3 tahun sekali.
Tokong Cina Xian Shi Ye
Guan
Tokong adaah tempat sembahyang orang berugama
Buddha. Terdapat
sekurang-kurangnya tiga
buah tokong di Kampung Baru Jaya.
Dalam tokong ini terdapat pelbagai patung tuhan / dewa
seperti kuan Yin dan kuan Tai Yin. Tersapat juga patung Sin
Ming Lee dan rakan disebelahnya.
Sin Ming Lee berani dan cerdik. Lahir di China dan n berhijrah
ke
Penjahat dengkit dan tak puas hati
dengan ketegasan Sin Ming Lee. Lalu Sin Ming Lee dan rakan-rakan
dibunuh. Tapi darahnya dilihat berwarna putih. Darah putih menunjukkan tidak melakukan kesalahan dan berada di pihak yang benar ,
dewa yang baik hati. Untuk kenang jasanya , dibina
patung tokong Cina. Usianya
seratus tahun.
1963 pembinaan jalan raya dari kauala Lumpur ke
Seremban dan melibatkan tapak tokong
ini. Maka pada 29
September 1963, dipindahkan dan bangunan baru didirikan serta dirasmikan.
Mereka yang datang ke sini untuk menghalau hantu-hantu khususnya yang berkaitan dengan perniagaan.
Dirayakan setiap 10 tahun sekali. Kemudian ditukar kepada 5
tahun sekali.
1987,
kutipan derma untuk kubur
sin Mibn Lee. Kutipan dilakukan oleh Lee
Choon Nyen, Wong Yee, Pang Yu, Liua Foon Swe, Liow Kon Loong, Lock Fatt dan
Lock Choy. Kubur dan tulang-temulang di Melaka dipindahkan ke Batu 19,
Jalan Kajang. RM
37,000 diperlukan untuk bangunan kubur.
Antara kegiatan yang dilakukan di tokong ini ialah :
1.
pementasan
opera Cina
2.
Nyanyian dan lagu Cina
3.
Kutipan
derma
4.
Anugerah
kepada pelajar
cemerlang di Sekolah Sin
Min dan Sekolah Sin Chun.
Kuil Seri Subramaniam
Kuil dibina bagi orang
1.
Pekan
Semenyih
2.
Ladang
Semenyih
3.
Kampung
Rinching Tengah
4.
Sekolah
Tamil Ladang Rinching
5.
Kampung
Sireh
Kuil Seri Subramaniam adalah satu-satunya kuil yang rasmi. Kerja pembinaan dikatakan sejak 1968 lagi.
Encik Rasu orang pertama dilantik untuk menguruskan pembinaan kuil tapi
gagal mendapatkan tanah yang sesuai.
Kemudian Encik Ponnusamy dipilih hasil mesyuarat di sekolah rendah .Cikgu
Duit diperlukan RM30,000. Wakil rakyat menyumbang RM 2000. Tan Seri Dato Lee Siok Yew beri sumbangan
RM1000.00 . Kerajaan melalui wakil rakyat Semenyih Pn Salmah memberi sumbangan
RM24,000.00 .
Mula dibina
pada 24.12.1976 oleh kontraktor U. Mahalinggam dan
Rakan-rakan daripada Pajam. Pembinaan kuil tergendala
beberapa kali.
Patung-patung daripada N. Arumugam
dari
Jawatankuasa kuil ialah Encik Subramaniam, D Ayasamy dan En
Karupaya.
1989 sebahagian bangunan dirobohkan untuk dibina
bangunan tambahan yang baru.
Di kuil ini turut diadakan :
1.
majlis
sembahyang
2.
perkahwinan
3.
perayaan-perayaan agama Hndu.
4.
kelas
tambahan kelas nyanyian
5.
kelas tarian klasik
Gereja Lutheran
Semenyih
Gereja pula adalah pusat kegiatan
agama Kristian. Terdapat dua buah gereja di Semenyih yang
mempunyai bangunan
khusus , iaitu di :
1.
Gereja
Ladang Semenyih
2.
Gereja
Lutheran Kampung Baru Jaya.
Gereja Lutheran Semenyih dibina pada tahun
1955-1956 dengan keluasan 9000 kaki
persegi. Dibiayai oleh Majlis Gereja Eropah.
Paeri-paderi yang lari dari perang atau kekacauan di
Acara yang diadakan di gereja ini ialah sembahyang, nyanyian dan sesi
bercerita. Gereja ini menampung 150 orangh.
Sumbangan kepada orang tua diberikan sermasa
sambutan krismas. Kelas tuisyen percuma pernah diasakan .
Sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1980.
Paderi dan pengetua tadika ini ialah Pastor Lee. Kutipan yuran bulanan dikutip daripada setiap
ahli.
Pejabat Pos Semenyih
Pada tahun 1990 sebuah bangunan Pejabat Pos telah dibina di Pekan Semenyih.
Sebelum ini pejabat ;os hanya menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan yang
berhampiran.
Balai Polis Semenyih
Balai Polis begitu penting di
Semenyih. Pada
poeringkat awal nya ia berperanan mengawasi kegiatan
penduduk dari ancaman komunis, di samping pihak tentera. Balai polis Semenyih
ini telah dibina pada tahun 1920-an. Bangunan baru telah didirikan pada 17 Mei 1975 yang dibina oleh
Jabatan kerj Raya. Bangunan baru telah dirasmikan oleh
Pengarah Penguasa Polis Diraja
Kes-kes yang biasa dilaporkan di balai polis ini ialah ;
1.
kecurian
2.
kemalangan
jalan raya
3.
pergaduhan
4.
penagihan
dadah
Perpustakaan
Sebuah perpuastakaan juga terdapat di Semenyih. Ia ditujukan kepada sermua golongan, tidak kira sama ada pelajar mahupun orang dewasa. Nsamun begitu pengnjung yang paling ramai ialah golongaj pelajar.
Sebenarnya golongan pelajar pun tidak ramai mengunjungi perpustaaakmn awam
negeri selangor ini..
PENDIDIKAN
Sekolah Menengah Kebangsaan
Engku Husain.
Sekolah ini dahulu dikenali dengan nama
Sekolah Menengah Semenyih sahaja. Mulanya menampung pelajar
tingkatan 1 hingga 3. Kini pelajar dari kelas peralihan hingga tingkatan 5.
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan
keinginan untuk meneruskan pengajiaj di sekolah menengah. Sebelum itu para perlajar
yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Khir
Johari Beranang atau Sekolah Tinggi Kajang.
Guru besar yang pertama ialah Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika itu beliau merupakan bekas guru besar Sekolah Rendah Semenyih . Antara guru yang terawal
mengajar di sini ialah Cikgu Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu
Amar Singh dan Tan Poh Beng.
Pada tahun 1990, sekolah ini menampung 1300 pelajar dari berbagai kaum.
Tahun 2005, sekolah ini menampung 2997 pelajar
dari kawasan Semenyih.
Sekolah menengah lain yang terdapat di Semenyih ialah :
1.
Sekolah
Teknik, Kajang
2.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma
3.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
Sekolah Rendah
Kebangsaan Semenyih
Sekolah rendah dikebangsaan dibina bagi menampung bilangan pelajar yang
semakin meningkat. Antara sekolah tersebut ialah :
1.
SRK
Semenyih
2.
SRK
Hulu Semenyih
3.
SRK
Rinching Hilir
4.
SRJKC
Sin Min
5.
SRJKC
Kampung Baru ( Sin Chun )
6.
SRJJKT
Ladang Semenyih
7.
SRJKT
Ladang Dominion
SRJK Tamil Ladang
Dominion
Sekolah ini dibuka pada tahun 1938 oleh majikan ladang iaitu Ladang Dominion. Para
pekerja
Guru besar yang pertama sekolah ini
Mr Suntharam.
SRJK Cina Sin Min
Tahun 1918 dibuka kepada pelajar Cina
sekitar Semenyih. Perngerusi pertama ialah Mr Lai Ming San. Lolasi sekolah ini ialah No 20 , Jalan Besar,
Semenyih. Mulanya tapak sekolah ini disewa.
Guru Besar yang pertama ialah Mr
Chong Moh yih. Muridnya seramai 30 orang.
Mr Chiang, Chu Jong dan Lee Heng Chou
Guru Besarnya ialah Mr Yap Teng Yun .
Kemudian Mr Thong Teng Kong.
1923 Mr Yap Foh Zua memberi derma untuk membina
bangunan baru. 926 guru besarnya ialah Mt Thong Teng
Kong.
.1936 , 3 bilik darjah baru dibina
sebagai tambahan bilik darjah sedia ada.
1941 Jepun menyerang Tanah Melayu.
Semua dokumen musnah. Pengerusi sekolah iaitu Mr Pau Woon Tou dibunuh oleh Jepun. Begitu juga dengan Guru
Besar Sek Shiang Chun.
1951 wujud sekolah lain iaitu
SRJKC Kampung Baru .
SRJK Cina Kampung Baru.
Sekolah ini dibina tahun 1951 berikutan perpindahan
penduduk dari Kachau, Bangi dan Broga.
Semua orang
Cina yang tinggal sebagai setinggan di pinggir hutan dan ladang dipercayai telah bersimpati dan membantu komunis.
General Brigg selaku Pengarah Keamanan dan Keselamatan Tanah
Melayu ketika itu
telah mengarahkan semua penduduk yang dipercayai membantu komunis
supaya dipindahkan ke Kampung Baru agar mudah dikawal. Rumah-rumah di Kachau telah dibakar oleh
pihak keselamatan British
dan dipaksa pindah pada malam itu juga.
Bagi
menjaga
kebajikan penduduk, SRJK Cina Kampung Baru telah dibina.
Pusat Kesihatan
Semenyih
Terdapat sebuah pusat kesihatan di Semenyih. Ia dikenlai sebagai Puat Kesihatan Besar Semenyih. ‘Klinik Semenyih’ ini dikendalikan oleh
Klinik ini dibuka pada tahun 1924. Kemudian bangunan baru telah
didirikan dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan
Datuk Mohamad Samsunddin tahun 1961
. Kemudahan yang ada di klinik ini , antaranya ialah :
1.
Klinik
pesakit luar
2.
Klinik
gigi
3.
Klinik
ibu dan Kanak-kanak
4.
Asrama
5.
Makmal
6.
Bilik
untuk pelajar PHN
Klinik ini mempunyai 2 orang doktor , 2 pembantu kesihatan
(MA) , 7 bidan, 5 jururawat dan 3 amah.
Fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi turut bekerjasama
dengan Klinik Semenyih ini. Doktor
pelatih UKM membuat praktikal amali di klinik ini. Doktor pelatih ini juga
mengadakan sesi kempen kesihatan , pap smear , pemeriksaan gigi , ceramah pendidikan kesihatan dan
amalan pemakanan di Kampung Pasir,
Kampung Sungai Purun dan lain-lain di Semenyih.
Jabatan Haiwan
Jabatan Haiwan ini berfungsi memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penternakan hiwan. Ini
termasuklah neasihat dari segi :
1.
bakai
yang baik
2.
cara
dan kaedah pemakanan
3.
pemeliharaabn
dari serangan penyakit
4.
pemassaran
Pada tahun 1980an banyak ladang babi di Semenyih . Antaranya Ladang ternak babi di Sungai Purun (
seberang sungai Semenyih ) , di tepi Sungai Saringgit berhampiran dengan Tasik
Semenyih dan di Bandar Teknologi sekarang. Namun bgitu kebananyakan daripadanya
telahpun ditutup atau
dipindahkan ke tempat lain.
PERTANIAN
Pada peringkat awal, sektor yang
memajukan Semenyih ialah sektor pertanian. Sektor ini telah menggerakkan
perkembangan pekan Semenyijh. Kesannya wujud pelbagai kaum di Semenyih,
adanya rangkaian jalan raya yang
memuaskan dan kemudahan yang diwujudkan
beriringan.
Tanaman yang ditanam di sini ialah getah . Kemudian sebahagian ladang getah ditukar kepada tanaman kelapa sawit kerana harganya lebih kompetitif di dunia . Tanaman sawit begitu meluas sekali di Semenyih.
Sebahagiannya besar diusahakan secara ladang. Manakala
selebihnya ditanamkan di kebun-kebun kecil. Terdapat
sekurang-kurangnya 15 ladang di Semenyih.
Beberapa buah ladang menyediakan kawasan perumahan untuk pekerjanya.
Antara ladang yang menyediakan rumah-rumah
pekerja ialah :
1.
Ladang
Dunedin
2.
Ladang
Geleworie
3.
Ladang
Semenyih
4.
Ladang
Sydney
Selain itu di sekitar perkampungan orang Melayu, terdapat
dusun buah-buahan yang dipunyai oleh orang Melayu. Mereka menanam pokok durian,
rambutan langsat dan manggis. Kini ramai
juga orang Cina
mengusahakan dusun durian dengan baka bermutu tinggi seperti D24..
SEKTOR PEDAGANGAN DAN
PERNIAGAAN
Pasar raya
Di Semenyih terdapat buah pasar raya iaitu :
1.
Pasar
raya Econsave di sebelah pasar baru
2.
Pasar
raya Fajar di Semenyih Sentral
3.
Pasar
raya Bilion di Bandar Teknologi
Dua buah lagi pasar raya baru dibuka di Kajang iaitu Mydin Mart iaitu di Taman Bukit
Mewah, Kajang. Pasar raya Giant di Taman Prima Saujana . Pasar raya Fajar, Biillion, Mydin dan Giant dibuka hampir serentak
iaitu pada tahun 2005. Ini menunjukkan
betapa rancaknya pembangunan Lembah Kelang . Kerancakan
ekonomi itu menjalar ke Kajang dan seterusnya melimpah ke Semenyih.
Stesen minyak
Semenyih juga terdapat 3 buah stesen minyak iaitu :
1.
Stesen
minyak BP
2.
Stesen
minyak Petronas
3.
Stesen
minyak Esso
Stesen minyak BP ini asalnya ialah
stesen minyak Mobil. Oleh kerana beberapa persaingan, stesen ini beralih kerjasama kepada
stesen minyak BP. Stesen ini dahulunya hasil kerjasama dengan Datuk Dagang
Sungai Lalang iaitu Malek bin Yatim. Selepas allahyarham meninggal dunia, kerjasama tersebut
mungkin telah ditamatkan.
Stesen minyak Petronas diusahakan
oleh keluarga allahyarham Encik Mohamad.
Kini ,
stesen minyak ini diuruskan oleh oleh isteri dan anak-anaknya.
Bank perdagangan
Di Semenyih juga ada beberapa buah bank iaitu :
1.
Public
Bank 1984
2.
Bank
Simpanan nasional 1987
3.
AmBank
Finance 2001
4.
Maybank 2004
5.
Hong
Leong Bank 2005
Banak Fasifik pernah juga
beroperasi di Semenyih iaitu di sebelah
stesen minyak BP/ Mobil. Kini bank tersebut diambilalih oleh
Maybank dan dipindahkan ke tanpak yang baru.
Ang Giap adalah satu ‘jenama’ yang terkenal di Semenyih. Ang Giap
sejak beberapa tahun dahulu memebeli beberapa bidanfg tanah di Semenyih dan
menjalankan sektor pruncitan khususnya dalam bidang pembinaan, sewa rumah kedai, perabot dan restoran.
Pasar
Di Semenyih terdapat dua buah pasar. Pasart di Semenyih lebih diminati kerana harga
yang ditawarkan lebih murah berbanding dengan
pasar Kajang, pasar Bangi apa lagi
di Putrajaya.
Penduduk dari Kajang
sering ke Semenyih untuk
mendapatkan bekalan ikan , daging sdan sayur
yang lebih murah Mereka juga
ingin mengelakka dari kesesakan jalan raya di Kajang dan susah mencari ‘parking’ .
Pasar malam
Di Semenyih juga
terdapat beberapa pasar malam dan pasar
pagi. Pasar malam terdapat di :
1.
2.
Pekan
Semenyih ( hari Sabtu jam 5.00 - 10.00 malam )
3.
Taman
Desa Kenanga (hari khamis jam 6.00 -
9.00 malam )
4.
Bandar
Rinching (hari Isnin jam 6.00 - 9.00 malam )
5.
Bandar
Teknologi (Isnin & khamis jam 6.00 - 9.00 malam )
6.
Tapak pasar malam di pekan Semenyih telah diubah 4 kali kerana jumlah pembeli dan pengunjung yang
ramai dan yang terkahir Januari 2005. Tujuan perubahan tapak
ini bagi memudahkan pengnjung
datang, mengurangkan kesesakan jalan raya
keselesaan membeli –belah dan
dapat menampung tempat parkiong kereta. Tapak pasar
malam yang baru ialah di sisi Semenyih Sentral.
Restoran
Makanan yang popular di Semenyih ialah tauhu
, cucur udang dan nasih ayam di gerai Malek Tahu. Gerai Malek Tauhu ini
terletak berhadapan dengan
Restoran Cina memang banyak terdapat di Semenyih kerana
orang Cina suka makan
di restoran dan berkemampuan berbuat demikian. Kita dapati setiap restoran Cina ini penuh dengan
pelanggan pada jam 6.00 petang.
Semenyih Sentral yang dibuka pada tahun 2005 juga ada
beberapa buah 3 buah restoran iaitu
Restoran D’ Angerik, Restoran Yus
2 dan Restoran Haji Irwan. Restoran Yus 2 merupakan cawangan Restoran Yus yang ke-4. Tauke restoran ini bernama Encik
Yusuf, berasal dari Kampung Rinching Hilir , Semenyih.
KAMPUNG SUNGAI KEMBUNG
Kampung ini dibuka 1901. Asal namanya ‘rotan yang kembung’.
Tahun 1995 ,penduduknya sekitar 400
orang. Pekerjaan pendudk menoreh getah . Mereka naik teksi sapu untuk ke
Pekan Semenyih. Peti pos diletakkan di Kedai Abdul Hamid. Telefon, air dan leketrik
ada dibekalkan. Tidak ada sekolah rendah, murid-murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Rinching Hilir. Ramai
Melayu dari
Semasa Jepun 1941-1945, kampung ibi pernah jadi kubu dan tempat
pertahanan tentera Jepun.
1948 -1960 berlaku dharurat.
Abdul Manan selaku ketua komunis dan tali barut komunis berpakat dengan ketua Kampung Sungai
Kembung dan lain-lain ketua kampung di
Jenderam , memujuk penduduk kampung
menentang kerajaan British di Tanah Melayu.
Turut hadir Tuan Imam Haji Abas, Abdul Malek Haji Salim dan Haji Osman
bin Ali. Komunis
digesa keluar tapi belum ada kata putus.
Tokoh komunis dari
Kes itu dilaporkan kepada polis. Pasukan pengawal kampung ditubuhkan di
Kampung Sungai Kembung
. Anak kampung dibekalkan dengan senjata api.
Apabila Rancangan Brigg dilaksanakan, rumah penduduk kampung di
Jenderam telah dibakar dan penduduk diarahkan
pinsdah ke Keluang, Johor. Sebuah
kem tentera terdapat di Keluang, Johor
bagi mengawasi mereka.
Pada peringkat awal kampung ini termasuk dalam mukim Bangi / Sepang . Wakil rakyat Yang
Berhormat Dato Abu Bakar Baginda telah membina jalan tanah merah.
Selepas tahun 1960, Sungai Kembung dimasukkan ke dalam mukim Beranang. Yang Berhormat Abdul
Hamid Bachee telah
membina jalan tar hingga ke Kampung Rinching Hilir. Zaman YB Marwilis Yusof ,
penduduk bertambah dari 40 kepada 400 orang.
Kampung Sungai Kembung Baru dibina untuk mengatasi kekurangan tanah .
Antara tokoh kampung ialah :
1.
Dato
Osman bin Ali -guru
besar
2.
Haji
Abdul Latif bin Ali -guru
3.
Wahab
Ali -penyarah
universiti / penyair
Rujukan :
1.
Utusan
2.
Abd
Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com/gefizikal.htm
3.
Cikgu
Chong Tat Keong
4.
Puan
Rahmah Hashim, UKM
5.
Raja
Alias Raja Abdul Rahman