- Pelbagai kemudahan terdapat di Semenyih hasil daripada peranan sektor kerajaan dan pihak swasta. Melalui pelan struktur
Semenyih yang dipamerkan dahulu, ternyata Semenyih menjanjikan sesuatu yang baru, benar-benar baru.
- Sektor ekonomi semakin bercambah di Semenyih. Simpang jalan ke Pasar raya Fajar telah diperbaharui berhampiran dengan
Poliklinik Fatimah . Pasar raya Econsave semakin rancak perniagaannya. Begitu juga dengan Pasar raya Billion yang
terletak berhampiran dengan Bandar Teknologi.
- Lebuh raya Seremban - Kajang ( KASEH) masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2007. Kemudahan
lebuh raya ini akan merubah sama sekali wajah Semenyih. Kesesakan di hadapan Sunway Semenyih tidak lagi berlaku pada ketika
itu nanti.
- Bidang pendidikan turut berkembang. Sekarang telah ada Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma.
- Di Semenyih juga terdapat Kem Setia Ikhlas yang ditujukan khusus untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara
sesi 2005.
- Sebuah universiti sedang rancak dibina di Semenyih iaitu di Ladang . Uniersiti ini merupakan cawangan Universiti Nottingham
di Britain.
- Untuk pengetahuan semua, kawasan tapak universiti ini merupakan kawasan pertempuran tentera British dengan
pengganas komunis di bawah pimpinan Law Yew, iaitu orang nombor dua selepas Chin Peng.
-
|
|
|