Make your own free website on Tripod.com
atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

WUJUDKAH SETINGGAN DI SEMENYIH

malekhanif@yahoo.com

Sejak zaman darurat, Semenyih berhadapan dengan setinggan.   Setinggan Cina meneroka tanah untuk ditanam dengan sayur dan kebun getah. Selain itu mereka menternak babi.

Sekarang lokasi yang sesuai untuk membina rumah setinggan ialah  di tanah - tanah kerajaan seperti di Kampung Sireh dan di sepanjang Sungai Semenyih.  Di Kampung Sireh   , penduduk setinggannya terdiri  daripada kaum India.

Di tepi Sungai Semenyih khususnya di Kampung Batu Tiga Jalan Bangi , penduduk setinggan terdiri daripada  pendatang Indonesia. Kewujudan mereka amat dirasakan sehingga wujud kampung seperti Kampoung Boyan dan Kampung Padang.

Tepian sungai merupakan tanah reserve sungai.  Sungai Semenyih telah diluruskan pada tahun 1965  kerana masalah banjir yang kerap berlaku di Sungai Purun, Batu Tiga dan sekitarnya. Sungai Semenyih yang berliku-liku telah diluruskan.

Berita : Setinggan halang kerja melebar, dalamkan sungai
KUALA LUMPUR 10 April 2003 - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor sehingga kini tidak dapat menyedia sistem perparitan yang sempurna kerana kebanyakan kawasan rizab sungai di negeri itu dijadikan kawasan setinggan.

Pengarah JPS Selangor, Ir. Abd. Rahim Kaparawi berkata, kewujudan setinggan itu telah menghalang pihaknya menjalankan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman sungai walaupun banyak peruntukan telah disalurkan kepada JPS.

``Oleh sebab itu, kita dapat melihat keadaan sungai-sungai di Selangor yang mempunyai setinggan sangat daif dan kotor kerana tidak diselenggara dengan baik.

``Jentera pengorek JPS tidak dapat memasuki kawasan sungai malah kadang kala jentera JPS terpaksa menjalankan kerja-kerja pendalaman sungai di dalam sungai.

``Apa yang lebih mengecewakan ada segelintir penghuni setinggan bertindak menghalang kerja penyelenggaraan sungai oleh JPS kerana bimbang rumah mereka terjejas,'' ujarnya ketika ditemui Utusan di sini, baru-baru ini.

Ir. Abd. Rahim memberitahu, antara sungai-sungai yang terjejas teruk dan sukar untuk diselenggara akibat setinggan ialah Sungai Kayu Ara, Sungai Ampang, Sungai Kertas, Sungai Langat, Sungai Semenyih, Sungai Klang, Sungai Damansara, Sungai Pencala, Sungai Pandamaran, dan Sungai Gombak.

Mengikut rekod JPS, sehingga kini terdapat sebanyak 4,117 unit setinggan yang didirikan di kawasan rizab sungai dan ini menunjukkan bahawa mereka juga terdedah kepada ancaman banjir kilat.

Ini kerana setinggan terbabit sebenarnya juga terletak di kawasan dataran banjir iaitu di kawasan 100 meter dari tebing sungai.

kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..