Make your own free website on Tripod.com
atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 

BIODATA LAM YAU CHU

Oleh : Lam Yau Chu

Objektif Kajian Geografi

Melalui kajian ini, saya berharap dapat memenuhi objektif kajian ini. Antara objektif ialah mengetahui asal-asal diri dan ahli keluarga saya.

Saya berharap dapat mengenali saudara saya dengan lebih dalam serta mengeratkan hubungan kami dengan antara satu sama lain.

Saya juga harap agar kajian ini dapat memupuk perasaan cinta saya terhadap ahli keluarga saya dan juga harap mereka hidup ceria selalu.

Kaedah Kajian

Semasa menjalankan kajian ini saya telah menggunakan kaedah temu rumah dalam proses mendapatkan maklumat.Saya telah mengadakan beberapa sesi temu rumah dengan ahli keluaga saya.

Saya telah menanyakan soalan yang berkaitan dengan projek saya.

Di samping itu,saya telah mencatat butir yang penting untuk digunakan semasa membuat projek ini.

Penghargaan

Saya sangat gembira kerana saya telah menyiapkan projek sejarah ini. Di samping itu , saya telah mendapat bantuan dari guru Geografi saya ,ibu bapa saya dan kawan-kawan yang dikasihi.

Selain daripada itu,saya juga hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana mereka sentiasa menberikan sokongan dan maklumat kepada saya.

Projek saya mengandungi beberapa tajuk yang mengenai salasilah keluarga saya.

Di sini,saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih lagi kepada ibu bapa saya guru geografi saya dan juka kawan-kawan saya kerana mereka telah memberi pelbagai maklumat tentang projek ini.

Darihal Diri Saya

Saya bernama LAM YAU CHU.Saya berumur 15 tahun.Saya belajar di S.M.K. ENGKU HUSAIN dalam Tingkatan 2 Jujur.

Di sekolah ,saya amat berminat dalam permainan badminton. Pada waktu pagi,saya akan bermain badminton dengan abang saya dan kawan.

Mata pelajaran yang digemari adalah Matematik dan pernah mewakili sekolah pergi menyertai Kuiz Matematik.

Kadang kala saya akan menyusun setem dan menukarkan setem dengan kawan-kawan.

Keluarga Saya

Saya tinggal di Taman Desa Semenyih. Rumah saya ialah sebuah rumah teres. Di dalam keluarga saya,saya adalah anak sedang dalam keluarga saya.

Saya ada seorang abang dan satu adik.Jumlah ahli dalam keluarga saya ialah lima orang iaitu bapa,ibu,abang,saya dan adik.

Bapa saya bekerja sebagai jurubina.Ibu adalah seorang suri rumah tangga. Setiap pagi , bapa akan pergi bekerja dengan taktornya. Manakala ibu saya akan menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga pada waktu pagi..Ibu juga sibuk dengan mengemaskan rumah kami supaya sentiasa kelihatan lumas.

Abang saya pula belajar di SMJK Yua Hua.

Adik saya pula belajar di SRJK(C) Sin Ming. Mereka sangat rajin untuk belajar dengan mendapatkan keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan.

Keluarga bapa saya terdiri daripada 5 orang ahli keluarga.Mereka ialah datuk saya yang bernama LAM YIH FOONG.Nama nenek saya ialah WONG LAN.

Meraka mempunyai tiga orang anak,iaitu tiga orang anak lelaki.Bapa saya merupakan anak ketua dalam keluarga.Manakala pak cik pertama bernama LAMTIAN LOY dan pak cik bongsu adalah bernama LAM TIAN SONG.

Perkembangan Diri Dan keluarga Bapa

Datuk saya bernama LAM YIH FOONG dan nama nenek saya ialah WONG LAN. Meraka telah berhijrah ke Tamah Melayu setelah meraka berkahwin.

Setelah mereka berkahwin, mereka telah melahirkan 2 orang cahaya mata. Mereka ialah pak cik pertama bernama LAM TIAN LOY. Manakala pak cik bongsu saya bernama LAM TIAN SONG. Dia adalah seorang tukang kayu Bapa saya merupakan anak kedua adalah dalam keluarga.

Selepas datuk dan nenek berhijirah ke Tanah Melayu. Datuk telah membeli sebidang tanah untuk menanam getah di ladang getah orang lain.

Oleh kerana datuk terlalu penat dalam pekerjaannya, datuk telah jatuh sakit. Pada masa itu,keluarga bapa saya miskin dan tidak dapat hasil tanam yang banyak. Satu demi satu hari, akhirnya datuk telah meninggal dunia..

Walau bagai mana pun nenek tetap bersabah dan tabah. Nenek membesarkan anaknya yang masih kecil. Saya sangat menghormati ke atas sikap nenek yang bertanggungjawab serta tabah hati. Tetapi nenek telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.

Bapa Saya

Bapa saya berumur 41 tahun.Dia bekerja sebagai seorang jurubina di pekan Semenyih , Kajang dan Kuala Lumpur. Bapa saya bernama LAM TIAN SANG dan adalah seorang yang peramah dan bertanggungjawab.

Oleh itu , kami sekeluarga amat sayang dan hormat kepadanya. Pada masa lapang , bapa suka bermain badminton dengan kami dan suka membaca suratkhabar dan majalah.

Bapa saya bersifat tegas terhadap kami.Oleh itu kami rajin membuat kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran. Apabila kami telah melakukan kesalahan, dia tidak mendenda kami.Sebaliknya dia cuma menasihati kami supaya jangan mengulangi kesalahan itu.

Pada cuti sekolah,bapa membawa kami bersiar-siar di tempat peranginan untuk melapangkan fikiran. Saya taat dan hormat kepada bapa.Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakannya terhadap pelajaran saya.

Ayah saya berasal dari Semenyih. Dia belajar di sebuah sekolah. Di Semenyih dia belajar sehingga ke tingkatan dua . Beliau lahir pada 20 Mac 1963.

Ibu saya berasal dari Kampung Pahang kecil,Kuala Lumpur. Beliau dilahir pada 13-6-1966. Tiap-tiap hari selepas belajar,ibu diminta menolong datuk dan nenek saya di ladang yang agak luas.

Tidak lama kemudian , ibu saya berkenalan dengan bapa saya semasa bapa saya bekerja di Kuala Lumpur. Selepas tiga tahun kemudian,ibu saya pun berkahwin dengan bapa saya.


Ibu Saya
Ibu saya berumur 38 thaun.Dia bersifat lemah lembut dan sentiasa tersenyum-senyum.Namanya adalah CHUNG LAI SIM.

Ibu saya adalah seorang suri rumah tangga.Pagi-pagi lagi sudah bangun dari tidur.Dia menyediakan sarapan untuk kami.Setelah kami pergi ke sekolah,barulah ibu mula mengemaskan rumah supaya rumah kita kelihatan sentiasa kemas dan bersih.Ibu saya juga sibuk untuk membuat kerja rumah seperti membasuh kain baju,membersihkan baju,lantai dan halaman rumah.Selain daripada itu,beliau juga sibuk menjaga adik yang masih belajar di tadika.

Pada waktu malam, ibu akan mengawasi pelajaran saya dan adik . Dia sangat mengambil berat terhadap pelajaran kami. Apabila kami jatuh sakit .Ibulah yang melayan kami di sisi katil sehingga kami sembuh dari penyakit.

Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang ibu yang begitu baik. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas budi baik ibu.

Abang saya

Abang saya bernama LAM YAU XIAN.Dia berumur 18 tahun.Dia belajar di sekolah S.M.K. YU HUA dalam tingkataan 5G .Tiap-tiap pagi dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.

Di sekolah, dia amat berminat dalam badminton dan bola sepak. Melalui permainan tersebut, kita dapat menyihatkan badan kita.

Mata pelajaran yang paling dia gemari ialah Sains dan Matematik. Pada masa lapang ,dia suka membaca buku cerita. Kadang-kadang dia menolong ibu mengemaskan rumah apabila ibu sibuk dengan kerja lain seperti menjuga adik yang masih kecil.

Abang saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli Sains apabila dia dewasa kelak.Oleh itu , saya terpaksa belajar dengan bersungguh-sungguh supaya boleh lulus dalam peperiksaan dan mencapai cita-cita abang saya.

Adik saya
Adik saya bernama LAM YAU CHIN dan berumur 10 tahun sedang belajar di tadika.

Di rumah ,dia disayangi oleh kami sekeluarga. Dia juga berminat dalam permainan badminton. Walaupun dia kurang pandai tetapi dia cuba membelajari dengan bersungguh-sungguh.

Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis yang terkenal apabila dia dewasa kelak . Dia terpaksa belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-citanya.

Rumusan

Melalui kajian Geografi ini, saya mengetahui dan mengenali Geografi dari keluarga saya. Pekembangan dan kejayaan telah memberi kemajuan dan kebanggaan kepada keluarga kita.Selain itu,saya juga mendapat teladan dan pengajaran yang baik dengan mencontoh sikap kegigihan tokoh-tokoh keluaga. Jasa -jasa dan budi kepada mereka telah berbakti kepada keluaga juga akan saya ingatkan. Semangat sekeluaga,hormat-menghormati dan kasih sayang penting dalam mewujudkan sebuah yang bahagia.

Rujukan :

Untuk menghasilkan ini,saya telah merujuk kepada

1.    buku rujukan
2.    projek kawan
3.    bantuan guru dan lain-lain

Selain itu,orang yang membantu saya dalam projek ini ialah semua ahli keluarga.Meraka telah memberitahun saya banyak persitiwa tentang masa dahulu ,dan ini juga menjadikan saya lebih memahami keluarga saya dan menghormati meraka

kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..