Make your own free website on Tripod.com
atas.jpg (9263 bytes)
 

.

 

 

 

     

 

 


KEMELUT INSENARATOR SEMENYIH
BANTAHAN PENDUDUK DITERIMA

malekhanif@yahoo.com

Latar belakang
Sampah-sarap di Malaysia yang terlalu banyak mendapat perhatian kerajaan pusat. Kerajaan pusat berhasrat membina lebih insenarator di seluruh negara untuk menyelesaikan masalah sampah yang tertimbun .

Projek insinerator yang dianggarkan membabitkan kos RM1.5 bilion dijangka beroperasi pada 2007 dan akan dibina di tapak seluas 265 hektar
dengan keupayaan melupus kira-kira 1,500 tan metrik sampah sehari.

Mesyuarat Kabinet kerajaan pusat pada 21 November 2002 membuat keputusan memindahkan tapak bagi pembinaan insinerator DARI Kampung Bohor, Puchong ke ke Broga Selangor yang bersempadan dengan negeri Sembilan. (NST, Disember 3, 2002: 1).

MENGAPA SEMENYIH TAK SESUAI UNTUK INSENARATOR
1.    Projek itu diragui kerana berada dalam kawasan tadahan air seperti yang terkandung dalam Laporan Pemeriksaan Rancangan Negeri Selangor (2002-2020) yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor yang menyatakan bahawa kerajaan perlu memastikan tapak pelupusan sampah tidak dibenarkan berada di kawasan tadahan atau berhampiran.
2.    Amat tidak wajar projek insinerator ini diteruskan di kawasan ini kerana ia bertentangan dengan dengan dasar kerajaan Selangor sendiri.
3.    Jika ia diteruskan, pastinya menjejaskan kesihatan dan alam sekitar kerana insinerator ini mengeluarkan toksik dan sisa pepejal yang menjejaskan kualiti air yang menjadi minuman kira-kira 1.5 juta penduduk di Selangor dan Negeri Sembilan.
4.    Kawasan Broga adalah kawasan tadahan air yang sensitif dan sebarang cadangan tempat pembakaran sampah boleh memberi kesan kepada kualiti air untuk 1.5 juta orang di Selangor dan Negeri Sembilan.
5.    Kawasan itu juga berbukit-bukau dan oleh itu, boleh mengakibatkan kesan bahaya seperti tanah runtuh di masa hadapan
6.    Kawasa ini merupakan kawasan tadahan air dan banyak sungai-sungai kecil menyalurkan air ke Sungai Semenyih kemudian ke Loji Jenderam. Berkalan dari Loji Jenderam menjadi air minuman kepada lebih 330 taman di sekitat Lembah Kelang dan Selangor yang mengandungi lebih 1.5 juta penduduk.
7.    Tapaknya di sekitar kawasan bukit bercerun yang kaya dengan flora dan fauna .
8.    Projek ini juga akan dibina di kawasan cerun yang melebihi 25 %. Ini adalah bercanggah dengan pengumuman kabinet untuk memberhentikan pembangunan di kawasan cerun yang melebihi 25 %.
9.    Kawasan penempatan Kampung Orang Asli ( Kampung Donsong ) akan menerima padah jika pencemaran berlaku nanti. Tanaman dan pepohon hutan dan ternakan adalah punca pencarian mereka.

Jabatan Alam Sekitar perlu menjelaskan beberapa isu :
1.    Jika kawasan tadahan air dijadikan alasan untuk tidak lulus laporan EIA bagi pembinaan sanitary landfill kenapa alasan yang sama tidak digunakan dulu sewaktu meluluskan laporan EIA pembinaan insinerator?
2.    Adakah pembinaan insinerator masih hendak diteruskan kerana pembinaan sanitary landfill telah diambil alih oleh syarikat Berjaya Group jv KUBB dan lokasinya pula di tempat lain berhampiran Rawang
3.    Apakah sebenarnya garispanduan yang digunapakai oleh JAS dalam meluluskan laporan EIA ini,aspek teknikal dan saintifik ataupun tekanan serta lobi dari pihak yang berkepentingan.
4.    Kenapa JAS selalu lewat membuat keputusan berhubung dengan EIA sehinggakan isu dah meletup baru nak buat keputusan yang kadangkala menimbulkan persoalan dan implikasi baru.
5.    Di mana tahap profesionalisma Ketua Pengarah dan sikap transparensi serta akauntabiliti mengenai perkara ini?Sekejap nampak tegas,lepas tu berlembut dan kemudian cabut.
6.    Pada masa dulu, Ebara bawa deligasi penduduk Broga dan Semenyih ke luar negara nak pujuk pasal teknologi insenarator. Mereka menjadi alat hendak propaganda bagi sokong projek ini
7.    Tapi penduduk kampung Broga cuba jumpa KPAS JAS tapi disekat dari masuk dan polis menghalau penduduk.
8.    Rancangan pembinaan insinerator di Broga menggantikan tempat asal di Bohol, Puchong ini menelan belanja sebanyak RM2 billion yang akan menerima sampah sebanyak 1,500 tan sehari dari sekitar Kuala Lumpur Selatan.
9.    Bagi keperluan tapak insinerator memerlukan tanah seluas 265 hektar. Bagi memindahkan sampah berkenaan. Sebanyak 600 buah trak panjang akan keluar masuk ke Broga setiap hari.
10.    Ini akan mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang melibatkan gangguan di jalan-jalan di Hulu Langat, khususnya Kajang, Semenyih dan Beranang. Muatan berat itu kelak bukan saja merosakkan jalan, tetapi akan meyebarkan bau busuk dan merosakkan kedamaian alam sekitar disepanjang perjalanan keluar-masuk ke lokasi.
11.    Di tapak insinerator ini sampah akan dilambak sebelum melalui proses pembakaran di insinerator. Ada dua kesan utama hasil dari lambakan dan pembakaran di insinerator.
12.    Pertama kawasan yang menjadi lokasi insinerator dan tapak lambakan dan pelupusan adalah merupakan kawasan tadahan air yang berada pada lereng tanah tinggi berbukit lebih dari 25 darjah, maka keberadaan tapak di kawasan ini membawa pencemaran terhadap saliran air yang membawa racun-racun ke sungai Rinching, Sungai Semenyih dan Sungai Langat yang menjadi sumber air bagi sebahagian penduduk di negeri Selangor.
13.    Akibat dari pendirian insinerator di Broga, maka imej Broga dan Semenyih terjejas, sebagai `Bandar Sampah` yang mengurangkan minat orang mau tinggal di kawasan Semenyih. Dengan itu hartanah di kawasan tersebut juga jatuh.
14.    Laporan EIA mengenai insinerator di Broga sudahpun dikeluarkan. Mengikut komen seorang pakar dalam bidang ini, laporan EIA ini sebenarnya tidak menjawab banyak soalan teknikal yang dihendaki dan terdapat banyak poin yang saling bercanggah.
15.    Kenapakah tapak Broga dipilih sebagai tapak untuk membina insinerator malah sebelum Laporan EIA diadakan?
16.    Kawasan Semenyih merupakan kawasan simpanan air yang penting. Kita juga tahu bahawa Sungai Semenyih telah banyak dicemarkan oleh kilang perindustrian di sekitarnya. Sekiranya insinerator yang begitu besar dibina di tempat tersebut, bukankah kerajaan mendedahkan tempat simpanan air dan Sungai Semenyih ke risiko pencemaran yang lebih tinggi dan akhirnya mencemarkan air minuman kita?
17.    Kawasan Broga dan Semenyih merupakan kawasan pertanian dan penanaman. Terdapat sebahagian besar daripada tanah yang berhampiran dengan tapak cadangan insinerator adalah estet getah dan buah-buahan dan juga tempat kediaman, ramai di antara mereka telah bekerja dan bermastautin di tempat tersebut selama berpuluh-puluh tahun, jadi macam manakah kerajaan akan memastikan penduduk berkenaan sihat dan selamat dengan adanya insinerator di Broga tersebut? Apakah jaminan yang akan diberi oleh kerajaan kepada penduduk dan penanam di kawasan Broga?

Kajian sains mendapati :
1.    Bagi setiap satu kubik meter sampah yang dibakar akan menghasilkan 0.1 nanogram racun dioxin. Racun dioxin akan keluar melalui corong-corong insinerator dan tersebar melalui udara atau turun mendap di bumi, kemudian di bawa air ke saliran-saliran sungai yang diperkatakan di atas.
2.    Racun dioxin ini amat bahaya, ianya boleh menyebabkan menular penyakit kanser, penyakit kulit yang kronik, mandul, keguguran, kelahiran bayi yang tidak cukup bulan, menyebabkan kerosakan ketahanan badan, mengganggu fungsi hormon, kesesakan nafas, asma, kecacatan, pening dan mudah batuk-batuk, cirit birit, suasana yang tidak kondusif dan kepupusan hidupan dan tanaman.
3.    Tidakkah pelepasan pencemar udara seperti dioxin dan sebagainya berpotensi juga mencemar sumber air melalui 'fallout'?
4.    Di Amerika rakyatnya menolak insinerator. Lebih dari 4,000 dari 6,000 insinerator ditutup (BH, 31 Disember, 2002: 8).
5.    Seorang ahli politik di Ukraine yang berkempen untuk pilihanraya 21 November 2004, iaitu Victor Yushchenko telah diracun oleh pihak lawannya dengan dioxine yang dimasukkan ke dalam sop yang dimakannya, akibatnya ia mengalami sakit kulit dan rosak mukanya.



Rekod Buruk Ebara Corporation :

Teknologi gasifikasi yang digunakan masih baru dan digunakan di Jepun sejak tahun 2000. Insenarator yang akan dibina di Malaysia adalah insenarator gasifikasi terbesar di dunia. Penduduk Semenyih tentulah tidak mahu kawasan ini menjadi tapak percubaan .

Akhbar Akahata bertarikh 2 April 2000 melaporkan :
1.    Ebara Corporation telah diarah oleh kerajaan Jepun untuk menghentikan operasi insenarator kerana mereka didapati mencemarkan Sungai Hikiji dengan bahan pembuangan yang mengandungi dioksin dan bahan toksin lain bagi tujuh tahun yang lalu.
2.    Laporan itu menyatakan bahawa Sungai Hikiji di Fujisawa, Kanagawa telah dicemari dioksin, 8,100 kali lebih tinggi daripada paras dioksin yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Jepun.
3.    Ebara Corp. merupakan syarikat Jepun yang diberi kontrak untuk mereka dan membina insenarator jenis gasifikasi yang bernilai RM1.5 bilion di Malaysia.
4.    Menurut suatu laporan bertarikh 30 April oleh berita Industri Nikkei, baru-baru ini Ebara Corporation telah memecat 400 orang pekerja dari seluruh pekerja sebanyak 1,800 di bahagian kejuruteraan akibat daripada teknologi yang teruk dan jangkaan salah bagi kos pembinaan.
5.    Syarikat itu telah kerugian sebanyak 27 bilion yen (US$ 225 juta) tahun lalu akibat daripada kegagalan insenarator jenis gasifikasi. Kos pembinaan yang dijangka oleh Ebara didapati lebih rendah daripada kos sebenar. Kos sebenar adalah lebih tinggi kerana syarikat itu tidak dapat mengoperasikan kilang secara lancar.
6.    Masalah ini timbul apabila teknologi baru yang digunakan oleh Ebara menimbulkan masalah. Ebara perlu membelanjakan wang tambahan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam Januari lalu, perbelanjaan tambahan dijangka sebanyak 7.5 bilion yen (US$62.5 juta).
7.    Laporan yang sama berkata bahawa Ebara telah membelanjakan 6.8 bilion yen (US$56.7 juta) untuk membaiki kilang yang dibina pada tahun 2002, dan tentunya ia memerlukan wang yang lebih banyak untuk membaiki kilang-kilang yang dibina tahun ini. Ebara telah menjangka kos pembinaan insenarator bagi tahun 2002 adalah sebanyak 73 bilion yen, tetapi ia telah membelanjakan wang sebanyak 90 bilion yen untuk membina kilang-kilang itu.
8.    Mereka yang menonton program "Japan Today" di ASTRO akan mengetahui bahawa orang Jepun kini menggesa kerajaan mereka supaya menutup semua insenarator akibat daripada masalah alam sekitar yang serius.
9.    Satu pembina insenarator, Mitsui Engineering & Shipbuilding Co. didakwa oleh bekas pekerja insenarator di Osaka Prefecture. Mereka juga mendakwa Kerajaan Pusat dan tempatan dan menuntut gantirugi bagi kesihatan yang dijejaskan.
10.    Ramai lagi pengoperasi insenarator telah disaman kerana merosakkan alam sekitar. Ramai petani dan nelayan telah menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa kerana dioksin dan gas toksin lain yang dikeluarkan dari insenarator telah menjejaskan kesihatan dan pencarian mereka.
11.    Rakyat Malaysia tidak memerlukan insenarator. Dan tentunya kita tidak mahukan seorang kontraktor yang menghadapi masalah membina insenarator di Malaysia.

Beberapa kritikan lain :
1.    Dalam era globalisasi ini, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia semakin mengambil berat terhadap isu alam-sekitar dan mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam-sekitar dan juga kesihatan rakyat, kerajaan BN kelihatan hanya berminat untuk mengambil langkah yang paling senang dan tidak berwawasan untuk menangani masalah sampah-sarap, iaitu melalui pembakaran sahaja.
2.    Langkah ini bukannya satu rancangan menjaga alam-sekitar yang menyeluruh dan pendekatan "sisa kosong" ataupun "Zero Waste" seperti apa yang dilakukan di banyak negara-negara maju sekarang.
3.    Dasar-dasar kerajaan secara keseluruhan tidak berminat untuk mengadakan dasar yang menuju ke arah "Zero Waste".
4.    Jabatan Alam Sekitar dilihat sekadar jabatan "window dressing" yang tidak berfungsi .
5.    Kempen kitar-semula yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan kegagalan yang besar. Ia hanya merupakan kempen pengiklanan sahaja dan ia tidak ditekankan dengan penuhnya.
6.    Walaupun kita tahu bahan plastik tidak boleh dikitar-semula dan pembakaran plastik akan menghasilkan gas dioksin, tetapi plastik dibuat dan diguna-pakai secara besar-besaran tanpa apa-apa sekatan.
7.    Dasar yang kurang menyeluruh dan undang-undang yang kurang lengkap ini menyebabkan sampah-sarap tertimbun, dan apabila sampah-sarap kita bertimbun, kerajaan pun menggunakan alasan ini untuk menjustifikasi tentang keperluan untuk membina insinerator yang berisiko tinggi.


Beberapa tindakan oleh penduduk :
1.    Pada April 2004, penduduk-penduduk Broga mengemukakan lebih 1,000 tandatangan memprotes cadangan tapak pembuangan sampah, dengan berkata adalah salah untuk menjalankan projek sedemikian di kawasan tadahan air.
2.    Kumpulan tersebut akan membuat temujanji dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting secepat mungkin untuk menyuarakan protes mereka terhadap projek insenarator di Broga.
3.    Jawatankuasa Penaja `No Insinerator' Penduduk Broga dan Kawasan Sekitarnya yang membantah pelaksanaan projek insinerator Semenyih, mendesak supaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengkaji semula kelulusan yang diberikan untuk meneruskan projek berkenaan. Pengerusinya ialah Dr Zulkifly Mohamad Omar .
4.    Penduduk Broga dan Semenyih bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan menuntut mengotakan janjinya dengan menghalang projek ini kerana bidang kuasa tanah terletak di bawah kerajaan negeri .

Jabatan Alam Sekitar menolak Laporan EIA :

Pengerusi pro tem untuk Kumpulan Penduduk Broga menentang Projek Insenarator, Zulkefly Mohamad Omar bersama 50 penduduk dari Broga, Semenyih, telah ke Jabatan Alam Sekitar pada 30 Oktober 2004 untuk mengucapkan terima kasih kepada jabatan tersebut kerana :
1.    Menolak laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk cadangan tapak pembuangan sampah sebagai langkah berani dan tepat.
2.    Ketua Pengarah JAS Rosnani Ibrahim sudi bertemu dengan mereka dalam pertemuan selama dua jam di Putrajaya.
3.    dedikasi dan kebolehpercayaan Jabatan Alam Sekitar atas daya usaha mereka melayan karenah dan tuntutan mereka selama ini.
4.    Penduduk berbangga dan terharu di atas keberanian dan kebijaksanaan JAS yang menolak laporan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tapak pelupusan sampah Broga demi keselamatan dan kesihatan rakyat

Namun Puan Rosnani Ibrahim menjelaskan bahawa JAS tidak mempunyai sebarang kuasa mengenai perkara itu kerana projek berkenaan terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
    Ketua Pengarah Alam Sekitar pernah berjanji kepada ketua-ketua kampung di Semenyih sekitanya kawasan projek Insenarator adalah kawasan tadahan air, beliau adalah orang pertama yang akan membatalkan projek tersebut.

Cadangan :
Langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah Pendekatan "Zero Waste" . Pendekatan ini mengutamakan :
1.    Menghapuskan sisa buangan
2.    Mengurangkan kuantiti sampah dan keracunan bahan yang diguna-pakai
3.    Mempromosi penggunaan semula,
4.    Reclying / kompos barang buangan
5.    Mewajibkan pihak pengilang ataupun "manufacturers" untuk bertanggungjawab terhadap menghasilkan barang yang boleh dikitar-semula dan sebagainya.

Rujukan :
1.    New Straits Times 28/09/2003
2.http://www.malaysia-today.net/blog/2004/10/penduduk-broga-terima-kasih-jabatan.htm 31 Oktober 2004






kiri6.gif (10355 bytes)
kiri5.gif (10024 bytes)

..