KAJIAN GEOGRAFI SEMENYIH

 

Oleh Abd Malek Abd Hanif malekhanif@yahoo.com

 

Istilah

Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.

 

Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang negeri Sembilan yang bermaksud ' sembunyi '. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.

 

Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.

 

Perletakan

Di dalam peta topografi, Semenyih terletak pada kedududukan 101.85 ` Timur dan 2.9 ` Utara.

 

Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.

 

Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

 

Jarak

Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut :

1.        Semenyih ke Kajang   8 km

2.        ke Kuala Lumpur                         32 km

3.        ke Beranang                               8 km

4.        ke Broga                                    12 km

5.        ke Kuala Klawang                        km

6.        ke Bangi lama                            8 km

7.        ke Bandar baru Bangi 20 km

8.        ke Seremban                              32 km

9.        ke KLIA                                     km

 

Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landasan keretapi, jalan air mahupun landasan kapal terbang.

 

Bentuk mukabumi

Semenyih terletak pada ketinggian 150- 280 meter dari aras laut.

 

Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.

 

Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih.

Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu , iaitu tahun-tahun sebelum 1965 , kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.

 

Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.

 

Saliran

Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut :-

1.        Sungai Semenyih

2.        Sungai Batangsi

3.        Sungai Lalang

4.        Sungai Saringgit

5.        Sungai Kachau

6.        Sungai Broga

7.        Sungai Rinching

8.        Sungai Purun

9.        Sungai Tekala

10.      Sungai Pening.

 

Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. . Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja.

 

Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.

 

Tanah Tinggi

Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah :

1.        Bukit Arang                1838 kaki

2.        Bukit Naning              1418 kaki

3.        Bukit Tekala               783 kaki

4.        Bukit Pening               1068 kaki

5.        Bukit Berak                331 kaki

6.        Bukit Ulu Beranang     2654 kaki

7.        Bukit Rambai             490 kaki

8.        Bukit Buluh                421 kaki

9.        Bukit Tempurung         401 kaki

10.      Bukit Payung             354 kaki

 

Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian , sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur , Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang , Kuala Langat dan lain-lain.

 

Cuaca

Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih.

Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.

 

Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan.

 

Tumbuhan Semulajadi

 

Tumbuhan semulajadinya adalah jenis Hutan Hujan Khatulistiwa. Antaranya ialah pohon meranti, keruing, mahang, balau, cengal dan lain-lain.

 

Di beberapa kawasan Semenyih terutama kawasan berbukit-bukit terdapat kawasan hutan :

1.        Hutan darat 9 inland forest ) yang masih kekal sebagai hutan simpan.

2.        Hutan perlindungan 9 protective forest )

3.        Hutan tidak berhasil

4.        Hutan lipur ( amenity forest )

 

Air Terjun Sungai Tekala :

 

Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta. Air Terjun Sungai Tekala ini begitu jernih dan alam persekitaran begitu damai sekali serta boleh melapangkan fikiran.

 

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

 

Selain air terjun Sungai Tekala , terdapat tiga lagi kawasan rekreasi berhampiran iaitu :

1.        Kolam Air Panas Sungai Lalang

2.        Air terjun Sungai Gabai

3.        Air Terjun Sungai Batangsi.

 

Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Kelawang di Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan  seperti :

1.        Gerai menjual makanan dan minuman

2.        Surau

3.        Bilik persalinan

4.        Jambatan

5.        Kerusi

6.        Tempat teduh

7.        Tong sampah

Jumlah pelancong tempatan yang datang pada hari minggu lebih 3000 orang .

 

Terdapat juga kawasan tapak semaian Jabatan Hutan cawangan Sungai Lalang, Negeri Selangor. Antara semaian ialah :

1.        Meranti

2.        meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )

3.        meranti tembaga ( shorea leprosula )

4.        penarahan ( myristieaceae )

5.        keruing mempelas 9 diptrocarpus crinitus )

6.        semaian pokok petai

7.        durian

8.        jering.

Di negeri Selangor terdapat 183, 329 hektar kawasan hutan darat yang masih kekal sebagai hutan simpan dan merupakan 23 % sahaja dari kawasan tanahnya.

 

Berikut adalah nama pokok-pokok yang terdapat di Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala

 

1.        Kasai                                        ( pometia spp)

2.        kasai daun besar                        ( pometia pinnata)

3.        terentang                                   ( campnoosperma spp)

4.        medang

5.        jelawai jaha                                ( terminalia subspathulata hing )

6.        keruing                                      ( diptrocarpus spp )

7.        keledang tampang

8.        kelat                                         ( syzygium spp)

9.        cempedak                                  ( artocarpus kemando)

10.      kenanga                                    ( cananga odorata )

11.      kembang semangkok                 ( serphium spp)

12.      balek angin                                ( mallotus spp)

13.      durian kampung                          ( durio ziberthinus murray )

14.      terap nasi                                  ( artocarpus elasticus )

15.      meranti paang                            ( shorea bracteolata dyer )

16.      meranti tembaga                         ( shorea loprosula )

17.      meranti melantai

18.      meranti rambai daun                    ( shorea acuminate dyer )

19.      meranti nemesu                          ( shorea pauciflora king )

20.      meranti kepong                           ( shorea ovalis )

21.      meranti sarang punai sesenduk

22.      damar hitam                               ( shorea spp )

23.      damar hitam pipit                        ( shorea multiflora symington )

24.      kedondong                                 ( dacryodes spp)

25.      kedondong sengkuang                 ( seutinanthe brunnea)

26.      kedondong kerantai licin               ( santiria leevigata )

27.      leban                                         ( vitex spp)

28.      merbau                                      ( linisia palembanica)

29.      melunak                                    ( pentace spp)

30.      ara                                            ( ficus spp)

31.      merawan siput jantan                   ( hopea odorata )

32.      gapis                                         (saraca spp)

33.      mahang                                     ( makaranga spp)

34.      bayur bukit mempening               ( lithocarpus spp)

35.      penarahan                                  (horsfielda spp)

 

Empangan Semenyih :

 

Empangan Semenyih dibina berikutan kerajaan Malaysia menjangkakan keperluan  penduduk Lembah Kelang semakin bertambah.  Selama ini penduduk Lembah Kelang mendapat  bekalan air dari Empangan Batu dan Empangan …

 

Hulu Semenyih  telah dipilih  sebagai lokasi empangan yang baru kerana lokasinya yang dekat dengan Kuala Lumpur . Empangan Semenyoh berdekatan dengan sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

 

Penduduk di kawasan di kawasan empangan  tidak ramai , cuma penduduk orang Asli sekitar 120 orang.  Sebahagian jalan raya yang ditenggelamkan  oleh air masih ada sehingga sekarang ini.

 

Saiz keluasan empangan ini ialah 1500 ekar.Menampung bekalan air 120 juta  gelen sehari. Merupakan empangan air yang terbesar di Malaysia. Kos sebanyak RM 400 juta. Disiapkan pada tahun 1986.

 

Pada tahun 1993, sebahagian jalan raya di tepi Empangan Semenyih telah  runtuh  dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan.

 

Tahun 1997-1998 air di Empangan Semenyih menyusut dengan banyak  hingga menyebabkan  bekalan air terpaksa dicatu di Lembah Kelang.

 

Pelbagai jenis ikan terdapat di empangan ini.  Jabatan Pertanian dan perikanan  ada melepaskan beberapa spesis ikan yang sesuai di perilhara di kawasan empangan. Projek menternak ikan  juga dijalan .

 

Ada peringkat awal, ramai penduduk Semenyih mengambil  kesempatan memacing di kawasan mepangan  kerana   jalan raya  terletak bersembelahannya. Tetapi sejak tahun 2000 ,  papan tanda larangan memancing telah dipasang.

 

Di sepanjang jalan raya  di empangan ini menjadi lokasi  remaja ‘racing motor’. Beberapa kes khalwat juga  dilaporkan . Ada juga kes  pembunuhan dan kematian di kawasan empangan.  Lantaran itu Jabatan Bekalan Air dan sekarang  pihak swasta telah mengetatkan kawalan di kawasan empangan.

 

Kawasan empangan ini sangat cantik  terutama pada waktu pagi, melihat   matahari naik di sebalik pepohon tanpa  daun. Airnya tenang  membiru. Sejauh mata memandang.   Di seberang empangan indah dilhat tapi tak boleh  pergi menyeberang ke sana.

 

Oleh itu  beberapa syarikat filem dan drama  telah menjadikan empangan ini sebagai lokasi penggambaran.

 

SISTEM PENTADBIRAN :

 

Pentadbiran Am :

 

Semenyih termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Beranang iaitu selepas persermpadanan semula kawasan plihanraya 1990.. Sebelum 1990, ia dinamakan Dewan Undangan Negeri Semenyih.

 

Dewan Undangan Negeri Beranang ini termasuklah  :

1.        Mukim Semenyih

2.        Mukim Ulu Semenyih

3.        Mukim Beranang.

 

Wakil rakyat DUN Semenyih / Beranang ini antaranya ialah :

1.        Dato Shuib bin Silin

2.        Datok Ahamed Kuris Mohd Noor

 

Dari segi pentadbiran pusat,  Semenyih termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Langat. Pejabat Daerah Hulu Langat terletak di Bandar Baru Bangi. Sementara pentadbiran  kemasyarakatan , kebajikan dan kebersihan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kajang. Pejabat MPKj terletak di Kajang.

 

Wakil rakyat Parliimen Hulu Langat antaranya ialah :

1.        Dato Lee Kim Sai

2.        Dato Badrul Hisyam Abdul Aziz

3.        Dato Markiman

 

Sistem Penghulu :

 

Penghulu merupakan pentadbir sesebuah mukim. Boleh dikatakan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mengamalkan sistem penghulu / penggawa ini.

 

Penghulu Semenyih bertanggungjawab  kepada kerajaan negeri Selangor kerana  dilantik  oleh kerajaan Negeri Selangor. Sebuah kompleks [enghulu telah dibina di pekan Semenyih bagi menempatkan :

1.        Pejabat penghulu

2.        Pejabat wakil rakyat ADUN Beranang ./ Semenyih

3.        Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

4.        Makmal Komputer

5.        Bilik Mesyuarat.

 

Penghulu yang pernah bertugas di sini ialah :

1.        En Badarudin bin Tawap

2.        En Mustafa

 

Penghulu akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua kampung dan wakil-wakil  masyarakat  . Kebanyakan  urusan  pentadbiran sesebuah kampung hendaklah melalui penghulu.

 

Sistem Ketua Kampung :

 

Ketua kampung  adalah ketua bagi sesebuah masyarakat kampung. Di Semenyih, ketua  kampung dikenali  juga sebagai Datuk Dagang. Istilah ini asalnya dari masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. 

 

Perlantikan Datuk Dagang adalah  berdasarikan  pilihan ramai. Ia bukan jaatan yang diwarisi dari turun –temurun. Namumn ada kalanya diwarisi daripada bapa kepada anak-anak atau kepada anak  saudara.  Mereka  mendapat sejumlah elaun daripada kerajaan negeri Selangor. Biasanya ketua kampung adalah ketua cawangan UMNO dan sepatutnya rapat dengan wakil rakyat masing-masing.

 

Tanggungjawab yang dipikul  oleh Datuk Dagang ialah :

1.        mengawasi kegiatan penduduk kampung. Tidak ada pergaduhan  berhubung tanah pusaka, ajaran sesat dan sebagainya.

2.        menyelia kebajikan anak-anak buahnya . Comtohnya anak yatim yang perlu bantuan, janda yang miskin, rumah penduduk yang daif dan sebagainya.

3.        menyalurkan maklumat dan projek daripada pihak kerajaan

4.        Menyuarakan masalah penduduk  kampung kepada pihak yang berwajib. Contoh masalah  surau sempit, jambatan runtuh, pergaduhan dan sebagainya.

Setiap kampung mempunyai organisasinya yang tersendiri. Mereka bermesyuarat di Balai Raya sesebuah kampung.  Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung   dibentuk  . Mesyuarat diadakan sebulan sekali atau apabila perlu.

 

Senarai nama kampung di Semenyih , Ketua Kampung dan Setiausahanya (2005)

1.        Kg Sg Kembong Hilir                   En Mansor b. Abd Latif               

·          En Anuar b Mohd Arif

2.        Kg Sg Kembong Hulu                  En Mohamad Saat b. Bahaudin    

·          En Ramlan b Abdul Jabar

3.        Kg Rinching Hulu                        En Maarof b Abd Ghani                                                                Pn Sopiah bt Latif

4.        Kg Rincing Hilir                           Tn Hj Mohd Nor b. Dakrim           

·          En Sadiron b Sugayap

5.        Kg Rincing Tengah                      Tn Hj Abdullah b. Wasijan           

·          En Zainuddin Jamion

6.        Kg Batu 3, Jalan Bangi                En Othman b. Mohd Nor             

·          En Ahmad Joned b Rithwan

7.        Kg Sungai Purun                         En Mohammed Rosli b. Sanusi

·          En Mohd Yunos b Mohamad

8.        Kg Sungai Macang                      En Jalaluddin b. Yub 

9.        Kg Batu 5, Jalan Bangi                En Sangit b. Jamal                     

·          Pn Zaharah bt Kadir

10.      Kg Pasir Baru Semenyih              Tn Hj Mohd Rasip b Hj Yusop

·          En Suhaimi b Hj Hassan

11.      Kg Sentosa                                En Ahmad b Lahid Hussin           

·          En Abu Hassim b Abu Hassan

12.      Kg Tanjung                                 En Abd Majid b Jantan                                                                 En Mohd Ariffin

 

 

Taman Perumahan

 

Taman perumahan  telah dibina bagi menuhi permintaan pendudk Semenyih yang semakin bertambah. Ini adalah bersesuaian dengan perkembangan Semenyih yang boleh  menjadi sebuah bandar besar.

 

Taman Perumahan yang sedia ada di Semenyij adalah seperti berikut :

1.        Rumah Rakyat                                           1969

2.        Rumah Murah PKNS Jalan Bangi                  1987

3.        Taman Desa Kenanga                                 1975

4.        Taman Semenyih

5.        Taman Dusun Jaya

6.        Taman Permai

7.        Taman Gembira                                          1985

8.        Taman Sahabat

9.        Taman Aik Ann

10.      Taman Hiew Piow

11.      Taman Bunga Raya                                    1989

12.      Taman Bangi Jaya

13.      Taman Sambanthan

14.      Taman Paling Jaya                                     1990

15.      Taman Seri Semenyih

16.      Taman Desa Anggerik

 

Ladang- Ladang

 

Ladang-ladang yang terdapat  di Semenyih merupakan ladang yang telah diterokai sekian lama oleh syarikat besar dari Eropah. Hampir kesemua  hasil pengeluaran  tanaman getah dan kelapa sawit  datangnya dari ladang-ladang. Di Semenyih hampir  tiada kebun-kebun kecil getah.

 

Ladang-ladang yang terdapat di Semenyih ialah :

1.        Ladang Dominion

2.        Ladang Sam Poh

3.        Ladang Sungai Jrlok

4.        Ladang Sungai Lalang

5.        Ladang Sungai Pening

6.        Ladang Sydney

7.        Ladang Sungai Purun

8.        Ladang Balau

9.        Ladang New Semenyih

10.      Ladang Saringgit

11.      Ladang Connemara

12.      Ladang Glenworie

13.      Ladang Abaco

14.      Ladang Dunedin

15.      Ladang Kajang

 

PENDUDUK

 

Keluasan dan Bilangan kampung

 

 

Keluasan

Kampung
Melayu

Kampung

Cina

Mukim Semenyih

Keluasan

11

4

Hulu Semenyih

 

1

0

 

Penduduk di Semenyih terdiri daripada kaum :

1.        Melayu

2.        Cina

3.        India

4.        Orang Asli

 

Pada peringkat awal, sebelum 1990 , penduduk Melayu  banyak bertumpu di kawasan kampung. Penduduk Cina bertumpu di Kampung Baru Jaya dan taman-taman. Pendudk India banyak bertumpu di kawasan ladang. Sementara orang Asli banyak bertumpu di kawasan penempatan  orang Asli di Sungai Tekala.

 

Oleh yang demikian,  kependudukan di Semenyih masih lagi mengikut kaum. Pengenalan tempat mengikut kaum adalah satu fenomena biasa di Malaydia.

 

Namun begitu , selepas tahun 1995, taman –taman perumahan  tumbuh bagai cendawan tumbuh di Semenyih.  Ini berikutan dari  wujudnya  Taman Bukit Mewah di Kajang, Bandar Teknologi , Bandar Rinching , Taman Tasik Semenyih dan Taman Tasik Kesuma. Taman perumahan yang terkini ialah Sunway Semenyih.

 

Bilangan Penduduk Semenyih

 

Tahun 1970 , penduduk Semenyih seramai 12140

Tahun 1980 , penduduk Semenyih seramai 16293

 

Tahun 1986 penduduk Semenyih dilaporkan oleh Majlis Daerah Hulu Langat adalah seperti berikut :

 

                                Mukim Semenyih        Mukim Hulu Semenyih

Melayu                      5593                         1131

Cina                          4799                         182

India                         4100                         659

Lain-lain                     32                             -

 

Lelaki                        9678                         980

Perempuan                9846                         992

 

Jumlah                      19524                        1972

 

Pada tahun 1990 bilangan penduduk Semenyih seperti berikut :

Melayu                      18402

Cina                          11603

India                         5840

Orang Asli                  1065

 

Anggaran penduduk Semenyih 2005 yang dilaporkan oleh Majlis Perbandar Kajang seperti berikut :

 

Hulu Semenyih           3408 orang

Semenyih                  49076 orang

Mukim Beranang         163,560 orang

 

Orang Melayu

 

Pendudk Melayu kebanyakannya mempunyai kaitan yang erat  dengan orang Minangkabau  di Sumatera. Ara percakapan   dan adat resam  yang diamalkan lebih merupakan ikutan dari budaya Minangkabau. Sesetengah daripada mereka , datuknya  baru datang dari tanah seberang. Ini bermakna belum sampai satu generasi mereka mengunsi ke Semenyih.

 

Sementara yang laian adalah terdiri   daripada keturuan Jawa. Bahasa yang dituturkan di rumah  adalah dalam bahasa Jawa.

 

Segelintirnya pula adalah orang Melayu yang datang dari negeri lain seperti dari negeri Johor, Perak dan Melaka.

 

Sebahagian besar orang Melayu tinggal di kampung-kampung-kampung tradisional. Kampung-kampung  terletak di sebelah barat Sungai Semenyih.

 

Terdapat dua buah kampung yang ditempatkan  secara agak terancang iaitu :

1.        Kampung Sentosa

2.        Kampung Pasir Baru

Kedua-dua kampung Melayu ini  adalah merupakan kampung penempatan semula  dalam Rancangan Brigg pada tahun 1958. Ini adalah keranan penduduk  Melayu  tinggal di  pinggir  hutan sedangkan Semenyih pada tahun-tahun tersebut merupakan sarang komunis.

 

Krsemusian orang Melayu berugama Islam. Mereka mendirikan  surau dan dan masjid di kampung berkenaan.

 

Orang Cina

 

Penduduk Cina yang mendiami  kawasan Semenyijh adalah berasal  dari pelombong-pelombong  bijih timah, pekerja balak , penjual dan lain-lain. Ini berikutan   dari era pancutan  bijih timah dari bumi Semenyih pada tahun-tahun 1920-an. Mereka akhirnya menjadi penduduk tetap di Semenyih . Mereka dibawa dari wilayah  Kwantung, China.

 

Kaum Cina di Semenyih kebanyakannya dari keturunan Hokkien.

 

Pada peringkat awal kedatangan mereka, mereka tinggal berhampiran engan lmombong-lombong bijih  timah. Sebahagian lagi tinggal  di pingir-pingir hutan. Oleh yang demikian mereka ini menjadi masalah besar  kerana terlibat dalak kegiatan pengganas komunis  dan terpkasa membantu perjuangan komunis di hutan.

 

Lantaran  itu rumah orang Cina yang mendfiamai pinggir   hutan di Kampung Kacahau telah dibakar pada malam 2 November 1952. Mereka dipindahkan ke beberapa tempat seperti di pekan Semenyih dan Keluang, Johor. Kini kampung baru ini pekan Semenyih dikenali sebagai  Kampung Jaya.

 

Kampung Jaya  ini terletak  di kiri dan kanan jalan utama Seremban dan Kuala Lumpur. Kawasan yang strategik di Semenyih adalah di sekitar kawasan kampung ini.

 

Orang Cina juga ramai  tinggal di  kwasan taman perumahan.

 

Kepercayaan yang dianuti oleh mereka adalah  kepercayaan lama orang Cina, Buddha dan Kristian .

 

Orang India

 

Seperti biasa, kebanyakan  orang India adalah bekas buruh ladang orang Eropah. Kni mereka bermastautin di Semenyih. Datuk nenek mereka berasal dari Kerala, India.

 

Mereka bekerja  di ladang-ladang dan tinggal di rumah-rumah  yang disediakan oleh pihak majikan.

 

Sebahagian lagi  tinggal di taman-taman perumahan  seperti di Taman Dusun Jaya  , Taman Sambanthan dan Bandar Rinching. Bandar Rinching dan Tasek Kesuma  dahulunya merupakan Ladang Glenworie  dan Ladang Abaco . Pekerja-pekerja India yuang mendiami ladang-ladang ini  diberi kemudahan untuk membeli rumah  murah di Bandar Rinching.

 

Otang India  juga ramai mendiami kawasan  setinggan di Kampung Sireh. Rumah mereka dirobohkan   bagi   pembangunan Semenyih Sentral. Mereka diberi pampasan tertentu oleh pihak kerajaan.

Mereka menganut agama Hindu. Semakin ramai yang menganut agama Kristian. Ada juga yang memeluk agama Islam.

 

Orang Asli

 

Boleh dikatakan kesemua orang Asli yang dsa di Semenyih tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Tekala.

 

Pentadbiran  kampung Orang Asli ini dibawah naungan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Selangor ( JHEOA) yang terletak di Kompleks Balai Penghulu Semenyih.

 

Mulanya mereka  tinggal di lereng dan hulu Sungai Semenyih. Apabila Empangan Semenyih dibina pada tahun 1985,  perkampungan orang Asli ini telah  tenggelam dan mereka dipindahkan ke kaawasan yang lebih strategik dan terancang  iaitu  di kiri air terjun Sungai Tekala.

 

Orang Asli ini adalah keturunan  Temuan.

 

Kawasan tumpuan penduduk :

 

Sebelum tahun 1995,  kawasannyang padat pendudi  dalah di sekitar

1.        Pekan Semenyih

2.        sebelah barat Sungai Semenyih

3.        sebelah selatan jalanraya Seremban-Kuala Lumpur.

 

Kawasan ini padat pendudk   kerana  dipengaruhi le  bberapa faktor :

1.        adanya   pusat persimpangan laluan jalan raya iaitu jalan ke Kuala Lumpur, ke Seremban, ke Sungai Tekala ke Broga  dan ke Bangi lama.

2.        Sistem jalan raya yang lebih baik

3.        Lebih  hampir dengan kemudahan awam.

4.        kawasan  itu adalah kawasan penemapatan awal.

5.        dirancang sedemikian  rupa seperti Kampung Baru Jaya dan Kampung Sentosa.

6.        kawasan peertanian  yang lebih  utama  dan strastegik.

7.        selamat dari ancaman dan keganasan komunis . Pada tahun 1948-1960 Semenyih merupakan sayap kanan gerakan komunis. Ini adalah kerana  ia bersempadanan  dengan negeri Sembilan. Kampung Kachau dikenali juga sebagai ‘Little Yenan’.

Kawasan yang kurang penduduk  ialah di :

1.        Kawasan Hulu emenyih

2.        sebelah timur Sungai Semenyih

3.        Kawasan pedalaman.

 

KEGIATAN SOSIAL

 

Pusat Rekreasi

 

Di Semenyih tidak terdapat  pusat rekreasi yang istimewa. Di sini  juga tidak terdapat pusat rekreasi hasil kreativiti manusia. Apa yang ada Cuma pusat rekreasi semulajadi. Iaitu :

1.        Air terjun Sungai Tekala

2.        Air Terjun Batansi

3.        Air Terjun Sungai Gabai

4.        Air Terjun Sungai Lalang

5.        Empangan Semenyihair panas Broga.

 

Pada hujung minggu anda boleh pergi ke hutan rimba rekreasi di Sungai Tekala. Jauhnya  kira-kira 16 kilometer dari Pekan Semenyih atau 48 kilomter dari Kuala Lumpur. Jika anda berkereta, masa yang diambil  ialah 45 minit  saghaja. Di sini anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi bersama kesejukan air terjun.

 

Ramai pelajar dari UKM datang ke sini setiap hujung minggu.

 

PUSAT IBADAT

 

Masjid Raja Muda Musa, Semenyih

 

Masjid dan surau adalajh  tempat orang Islam sembahyang. Terdapat lima buah masjid di Semenyih iaitu :

1.        Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih

2.        Masjid Kampung Pasir

3.        Masjid Rinching Hilir

4.        Masjid Batu Tiga

5.        Masjid Rinching Hulu

 

Surau  juga terdapat di setiap kampung. Ia merupakan  tempat pertemuan bagi orang Islam terutama sekali pada waktu  maghrib dan Isya.

 

Bangunan baru Masjid Raja Muda Musa Semenyih  telah dibina pada tahun 1964.  Pembinaan  masjid  ini dibina melalui  derma dan sumbangan kerajaan pusat melalui  wakil Parlimen  Shariff Ahmad.

 

Jawatankuasa masjid yang awal ialah :

·          Imam        Ustaz Osman Abdul Ghani

·          Bilal          En Sari b. Hassan Rahmat

·          Siak          En Muhamad Ismail

 

Mesyuarat Agung diadakan  setiap 3 tahun sekali.

 

Tokong Cina Xian Shi Ye Guan

 

Tokong adaah  tempat sembahyang orang berugama Buddha. Terdapat  sekurang-kurangnya  tiga buah tokong di Kampung Baru Jaya.

 

Dalam tokong ini  terdapat pelbagai patung tuhan / dewa seperti kuan Yin dan kuan Tai Yin. Tersapat juga patung Sin Ming Lee dan rakan disebelahnya.

 

Sin Ming Lee  berani dan cerdik. Lahir di China  dan n berhijrah ke Malaysia. Tujuannya untuk menyara keperluan keluarga  yang miskin dan melarat di China.  Bekerja keras sebagai pelombong. Yap ah loy  dari Kuala Lumpur datang ke lombong Semenyih. Diapatinya Sin Ming Lee  dan rakan-rakan sangat cekap dan pintar dalam menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih timah.  Lalu dilantik sebagai penantu kapitan.

 

Penjahat dengkit dan tak puas hati dengan ketegasan Sin Ming Lee.  Lalu Sin Ming Lee  dan rakan-rakan dibunuh. Tapi darahnya dilihat berwarna putih.  Darah putih menunjukkan  tidak melakukan  kesalahan dan berada di pihak yang benar , dewa yang baik hati. Untuk kenang jasanya , dibina patung tokong Cina. Usianya  seratus  tahun.

 

1963 pembinaan  jalan raya dari kauala Lumpur ke Seremban dan melibatkan tapak  tokong ini.  Maka pada 29 September 1963, dipindahkan dan bangunan baru didirikan serta dirasmikan. 

 

Mereka yang datang ke sini  untuk menghalau hantu-hantu  khususnya yang berkaitan dengan  perniagaan.  Dirayakan setiap 10 tahun sekali.  Kemudian ditukar kepada 5 tahun sekali.

1987,  kutipan derma   untuk kubur sin Mibn Lee. Kutipan dilakukan  oleh Lee Choon Nyen, Wong Yee, Pang Yu, Liua Foon Swe, Liow Kon Loong, Lock Fatt dan Lock Choy. Kubur dan tulang-temulang  di Melaka dipindahkan ke Batu 19, Jalan Kajang.  RM 37,000 diperlukan untuk   bangunan kubur.

 

Antara kegiatan  yang dilakukan di tokong ini ialah :

1.        pementasan opera Cina

2.        Nyanyian  dan lagu Cina

3.        Kutipan derma

4.        Anugerah kepada pelajar  cemerlang  di Sekolah Sin Min dan Sekolah Sin Chun.

 

Kuil Seri Subramaniam

 

Kuil dibina bagi orang India yang beragama Hindu bersembahyang. Kebanyakan dibina  berhampiran  dengan kawasan ladang. Kuil hindu terdapat di :

1.        Pekan Semenyih

2.        Ladang Semenyih

3.        Kampung Rinching Tengah

4.        Sekolah Tamil Ladang Rinching

5.        Kampung Sireh

 

Kuil Seri Subramaniam  adalah satu-satunya  kuil yang rasmi.  Kerja  pembinaan dikatakan sejak 1968 lagi.

 

Encik Rasu orang pertama dilantik  untuk menguruskan pembinaan kuil tapi gagal mendapatkan tanah yang  sesuai.

 

Kemudian Encik Ponnusamy dipilih   hasil mesyuarat di sekolah rendah .Cikgu N Ponnusamy  dilantik sebagai ketua MIC Semenyih.  Penghulu Semenyih  turut hadir dalam mesyuarat tersebut . Masalah  tapak  yang sesuai dibangkitkan.  Penghulu berjanji membantu mencari tapak  yang sesuai. 

 

Duit diperlukan RM30,000. Wakil rakyat menyumbang RM 2000. Tan Seri Dato Lee Siok Yew  beri sumbangan RM1000.00 . Kerajaan melalui wakil rakyat Semenyih Pn Salmah memberi sumbangan RM24,000.00 .  Mula dibina  pada 24.12.1976 oleh kontraktor U. Mahalinggam dan Rakan-rakan  daripada Pajam.  Pembinaan kuil tergendala beberapa kali.

 

Patung-patung daripada N. Arumugam dari Ipoh.  Patung dibawa  dari india. Siap 20 .11.1977.  Bangunan tambahan yang baru diirasmikan oleh Tun Sambanthan .

 

Jawatankuasa kuil ialah Encik Subramaniam, D Ayasamy  dan En Karupaya.

 

1989 sebahagian bangunan dirobohkan untuk  dibina  bangunan tambahan yang baru.

 

Ada 3 patung iatu Virayagan , Murugan dan  Amuran.  Di luar ada 4 patung iaitu Vinagan , Muniandy dan Nayagaran.  Sekiranya  penganut agama Hindu  ingin dapatkan anak ( mandul ) , mereka akan memuja di sini.

 

Di kuil ini turut diadakan :

1.        majlis sembahyang

2.        perkahwinan

3.        perayaan-perayaan  agama Hndu.

4.        kelas tambahan kelas nyanyian

5.        kelas tarian klasik india.

 

Gereja Lutheran Semenyih

 

Gereja pula adalah pusat kegiatan agama Kristian.  Terdapat dua buah gereja di Semenyih yang mempunyai bangunan  khusus , iaitu di :

1.        Gereja Ladang Semenyih

2.        Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya.

 

Gereja Lutheran  Semenyih dibina pada tahun 1955-1956  dengan keluasan 9000 kaki persegi. Dibiayai oleh Majlis Gereja Eropah. Paeri-paderi yang lari dari perang  atau kekacauan di China 1950-an -1940an.  Ahlinya seramai 70-80 orang.  Hampir kesemuanya orang Cina.  Gereja in  turut menyediakan tadika iaitu Lutheran Kindergarten Semenyih   mulai tahun 1957.

 

Acara yang diadakan di gereja ini ialah  sembahyang, nyanyian dan sesi bercerita. Gereja ini menampung 150 orangh. Sumbangan   kepada orang tua diberikan  sermasa sambutan krismas. Kelas tuisyen percuma pernah diasakan . Sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1980. Paderi dan pengetua tadika ini  ialah Pastor Lee. Kutipan  yuran bulanan dikutip daripada setiap ahli.

 

Pejabat Pos Semenyih

 

Pada tahun 1990 sebuah bangunan Pejabat Pos  telah dibina di Pekan Semenyih. Sebelum ini pejabat ;os hanya menyewa sebuah   rumah kedai dua tingkat di kawasan yang berhampiran.

 

Balai Polis Semenyih

 

Balai Polis begitu penting di Semenyih. Pada poeringkat awal nya ia berperanan mengawasi kegiatan penduduk dari ancaman komunis, di samping pihak tentera. Balai polis Semenyih ini telah dibina pada tahun 1920-an. Bangunan baru telah didirikan  pada 17 Mei 1975 yang dibina oleh Jabatan kerj Raya. Bangunan baru telah dirasmikan oleh Pengarah Penguasa Polis Diraja Malaysia. Ada 24 buah  buah rumah polis. Ada 12 pegawai polis bertugas di sini.

 

Kes-kes yang biasa dilaporkan di balai polis ini ialah ;

1.        kecurian

2.        kemalangan jalan raya

3.        pergaduhan

4.        penagihan dadah

 

Perpustakaan

Sebuah perpuastakaan juga  terdapat di Semenyih. Ia ditujukan kepada sermua golongan, tidak kira   sama ada pelajar mahupun orang dewasa. Nsamun begitu pengnjung yang paling ramai ialah golongaj pelajar. Sebenarnya golongan pelajar pun tidak ramai mengunjungi perpustaaakmn awam negeri selangor ini..

 

PENDIDIKAN

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain.

 

Sekolah ini dahulu dikenali dengan nama Sekolah Menengah Semenyih sahaja. Mulanya menampung pelajar tingkatan 1 hingga 3. Kini  pelajar dari kelas peralihan  hingga tingkatan 5.

 

Sekolah ini telah dibina  pada tahun  1975 setelah ramai pelajar yang menyatakan keinginan untuk meneruskan pengajiaj di sekolah menengah. Sebelum itu  para perlajar yang ingin meneruskan pengajian terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Khir Johari Beranang atau Sekolah Tinggi Kajang.

 

Guru besar yang pertama ialah  Raja Alias bin Abdul Rahman. Ketika  itu beliau merupakan bekas guru besar Sekolah Rendah Semenyih . Antara guru  yang terawal mengajar  di sini ialah Cikgu  Yu Soo Chin, Cikgu Shamsiah Jantan, Cikgu Amar Singh  dan Tan Poh Beng.

 

Pada tahun 1990,  sekolah ini menampung  1300 pelajar dari berbagai kaum.

 

Tahun 2005,  sekolah ini menampung 2997 pelajar dari kawasan Semenyih.

 

Sekolah menengah lain yang terdapat di Semenyih ialah :

1.        Sekolah Teknik, Kajang

2.        Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma

3.        Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching

 

Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih

Sekolah rendah dikebangsaan dibina  bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Antara sekolah tersebut ialah :

1.        SRK Semenyih

2.        SRK Hulu Semenyih

3.        SRK Rinching Hilir

4.        SRJKC Sin Min

5.        SRJKC Kampung Baru ( Sin Chun )

6.        SRJJKT Ladang Semenyih

7.        SRJKT Ladang Dominion

 

SRJK Tamil Ladang Dominion 

 

Sekolah ini dibuka pada tahun 1938 oleh majikan  ladang iaitu Ladang Dominion. Para pekerja india yang membawa  anak dan isteri mereka ke sini memerlukan kemudahan  pendidikan yang selesa.  Pada peringkat awal,  segelintir daripadanya pernah bekerja ladang di Seri Langka.

 

Guru besar yang pertama sekolah ini Mr Suntharam.

 

SRJK Cina Sin Min

Tahun 1918 dibuka kepada pelajar Cina sekitar Semenyih.  Perngerusi pertama   ialah Mr Lai Ming San.  Lolasi  sekolah ini ialah No 20 , Jalan Besar, Semenyih. Mulanya tapak sekolah ini disewa.

 

Guru Besar yang pertama ialah Mr Chong Moh yih. Muridnya seramai 30 orang.

 

Mr Chiang, Chu Jong dan Lee Heng Chou  cuba  membina bangunan tetap dan mula berkempen di kalangan masyarakat Cina Semenyih.  Bangunan baru di No 3, Jalan Besar Semenyih.

 

Guru Besarnya ialah Mr Yap Teng Yun . Kemudian Mr Thong Teng Kong.

 

1923 Mr Yap Foh Zua  memberi derma untuk membina bangunan  baru. 926  guru besarnya ialah Mt Thong Teng Kong.

 

.1936 , 3 bilik darjah baru dibina sebagai  tambahan bilik darjah sedia ada.

 

1941 Jepun menyerang Tanah Melayu.  Semua dokumen musnah.  Pengerusi sekolah iaitu Mr Pau Woon Tou dibunuh  oleh Jepun. Begitu juga   dengan Guru Besar Sek Shiang Chun.

 

1951 wujud sekolah lain  iaitu  SRJKC Kampung Baru .

 

SRJK Cina Kampung Baru.

 

Sekolah ini dibina tahun 1951  berikutan  perpindahan   penduduk dari Kachau, Bangi dan Broga.  Semua  orang Cina yang  tinggal sebagai  setinggan di pinggir hutan dan ladang  dipercayai telah  bersimpati dan membantu komunis.

 

General Brigg selaku Pengarah Keamanan dan Keselamatan Tanah Melayu ketika itu  telah mengarahkan semua penduduk yang dipercayai membantu komunis supaya dipindahkan ke Kampung Baru agar mudah dikawal.  Rumah-rumah di Kachau telah dibakar oleh pihak keselamatan British  dan dipaksa pindah pada malam itu juga.

 

Bagi  menjaga kebajikan penduduk, SRJK Cina Kampung Baru telah dibina.

 

Pusat Kesihatan Semenyih

 

Terdapat sebuah  pusat kesihatan di Semenyih. Ia dikenlai sebagai Puat Kesihatan Besar Semenyih.  ‘Klinik Semenyih’ ini  dikendalikan oleh  Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Hospital Kajang.

 

Klinik ini dibuka pada tahun 1924. Kemudian bangunan baru telah didirikan dan  dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk  Mohamad Samsunddin tahun 1961 .   Kemudahan yang ada di klinik ini , antaranya ialah :

1.        Klinik pesakit luar

2.        Klinik gigi

3.        Klinik ibu dan Kanak-kanak

4.        Asrama

5.        Makmal

6.        Bilik untuk pelajar PHN

 

Klinik ini mempunyai 2 orang doktor , 2 pembantu kesihatan (MA) , 7 bidan, 5 jururawat dan 3 amah.

 

Fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi  turut bekerjasama dengan Klinik Semenyih ini.  Doktor pelatih UKM membuat praktikal amali di klinik  ini. Doktor pelatih ini juga mengadakan sesi kempen kesihatan  , pap smear , pemeriksaan  gigi , ceramah pendidikan kesihatan dan amalan pemakanan  di Kampung Pasir, Kampung Sungai Purun dan lain-lain di Semenyih.

 

 

Jabatan Haiwan

 

Jabatan Haiwan ini berfungsi  memberi khidmat nasihat   berkaitan dengan penternakan hiwan. Ini termasuklah neasihat dari segi :

1.        bakai yang baik

2.        cara dan kaedah pemakanan

3.        pemeliharaabn dari serangan penyakit

4.        pemassaran

Pada tahun 1980an banyak ladang babi di Semenyih  . Antaranya  Ladang ternak babi di Sungai Purun ( seberang sungai Semenyih ) , di tepi Sungai Saringgit berhampiran dengan Tasik Semenyih dan di Bandar Teknologi sekarang. Namun bgitu kebananyakan daripadanya telahpun ditutup  atau dipindahkan ke tempat lain.

 

PERTANIAN

 

Pada peringkat awal, sektor yang memajukan Semenyih ialah sektor pertanian. Sektor ini telah menggerakkan perkembangan pekan Semenyijh. Kesannya  wujud pelbagai kaum di Semenyih, adanya rangkaian jalan raya  yang memuaskan  dan kemudahan yang diwujudkan beriringan.

 

Tanaman yang ditanam di sini ialah  getah . Kemudian sebahagian  ladang getah ditukar kepada  tanaman kelapa sawit kerana  harganya lebih kompetitif di dunia . Tanaman  sawit  begitu meluas sekali di Semenyih. Sebahagiannya besar diusahakan  secara ladang. Manakala selebihnya ditanamkan di kebun-kebun kecil. Terdapat sekurang-kurangnya 15 ladang di Semenyih.

 

Beberapa buah ladang menyediakan  kawasan perumahan untuk pekerjanya. Antara ladang yang menyediakan   rumah-rumah pekerja ialah :

1.        Ladang Dunedin

2.        Ladang Geleworie

3.        Ladang Semenyih

4.        Ladang Sydney

 

Selain itu di sekitar perkampungan orang Melayu, terdapat dusun buah-buahan yang dipunyai oleh  orang Melayu. Mereka menanam  pokok durian, rambutan langsat dan manggis.  Kini ramai juga orang  Cina mengusahakan  dusun durian  dengan baka bermutu tinggi seperti D24..

 

SEKTOR PEDAGANGAN DAN PERNIAGAAN

 

Pasar raya

Di Semenyih terdapat  buah pasar raya  iaitu :

1.        Pasar raya Econsave di sebelah pasar baru

2.        Pasar raya Fajar di Semenyih Sentral

3.        Pasar raya Bilion di Bandar Teknologi

 

Dua buah lagi pasar raya baru dibuka di Kajang  iaitu Mydin Mart iaitu di Taman Bukit Mewah, Kajang. Pasar raya Giant di Taman Prima Saujana .  Pasar raya Fajar, Biillion, Mydin dan Giant dibuka  hampir serentak iaitu pada tahun 2005.  Ini menunjukkan betapa rancaknya pembangunan Lembah Kelang . Kerancakan ekonomi itu menjalar ke Kajang dan seterusnya melimpah ke  Semenyih.

 

Stesen minyak

 

Semenyih juga terdapat 3 buah stesen minyak  iaitu :

1.        Stesen minyak BP

2.        Stesen minyak Petronas

3.        Stesen minyak Esso

 

Stesen minyak BP ini asalnya ialah stesen minyak Mobil. Oleh kerana beberapa persaingan, stesen ini beralih kerjasama kepada stesen minyak BP. Stesen ini dahulunya hasil kerjasama dengan Datuk Dagang Sungai Lalang iaitu Malek bin Yatim. Selepas allahyarham meninggal dunia, kerjasama  tersebut mungkin telah ditamatkan.

 

Stesen  minyak Petronas diusahakan  oleh keluarga allahyarham Encik Mohamad.  Kini  , stesen minyak ini diuruskan oleh oleh isteri dan anak-anaknya.

 

Bank perdagangan

 

Di Semenyih juga ada  beberapa buah bank iaitu :

1.        Public Bank                                1984

2.        Bank Simpanan nasional              1987

3.        AmBank Finance                        2001

4.        Maybank                                   2004

5.        Hong Leong Bank                       2005

 

Banak Fasifik   pernah  juga beroperasi di Semenyih  iaitu di sebelah stesen minyak BP/ Mobil. Kini bank tersebut diambilalih oleh Maybank dan dipindahkan ke tanpak yang baru.

 

Ang Giap adalah satu ‘jenama’  yang terkenal di Semenyih. Ang Giap sejak beberapa tahun dahulu memebeli beberapa bidanfg tanah di Semenyih dan menjalankan sektor pruncitan khususnya dalam bidang pembinaan,  sewa rumah kedai, perabot dan  restoran.

 

Pasar

 

Di Semenyih terdapat dua buah pasar. Pasart di Semenyih lebih diminati  kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding dengan  pasar Kajang, pasar Bangi apa lagi  di Putrajaya.

 

Penduduk dari Kajang  sering  ke Semenyih untuk mendapatkan bekalan ikan , daging sdan sayur  yang lebih murah Mereka juga  ingin mengelakka dari kesesakan jalan raya di Kajang dan  susah mencari   ‘parking’ .

 

Pasar malam

 

Di Semenyih   juga terdapat beberapa pasar malam dan  pasar  pagi. Pasar malam terdapat di :

1.        Taman Paling Jaya     ( hari Rabu jam 6.00  - 10.00 malam )

2.        Pekan Semenyih        ( hari Sabtu jam 5.00  - 10.00 malam )

3.        Taman Desa Kenanga (hari khamis jam 6.00  - 9.00 malam )

4.        Bandar Rinching         (hari Isnin jam 6.00  - 9.00 malam )

5.        Bandar Teknologi        (Isnin &  khamis jam 6.00  - 9.00 malam )

6.        Taman Seri Haneco     (hari Selasa jam 6.00  - 9.00 malam )

 

Tapak pasar malam di pekan Semenyih telah diubah   4 kali kerana  jumlah pembeli dan pengunjung yang ramai dan yang terkahir Januari 2005.  Tujuan  perubahan  tapak  ini bagi  memudahkan pengnjung datang, mengurangkan kesesakan jalan raya  keselesaan membeli –belah dan  dapat menampung tempat parkiong kereta. Tapak pasar malam yang baru ialah di sisi Semenyih Sentral.

 

Restoran

 

Makanan yang popular di Semenyih ialah tauhu , cucur udang dan nasih ayam di gerai Malek Tahu. Gerai Malek  Tauhu ini terletak berhadapan dengan padang Semenyih. Gerai ini dibuka setiap hari  7 hari seminggu dari jam 11.00 hingga 4.00 petang. Waktu puncaknya ialah jam 12.00 tenga hari.

 

Restoran Cina memang banyak terdapat di Semenyih kerana orang Cina suka  makan di restoran dan  berkemampuan berbuat demikian.  Kita dapati setiap restoran Cina  ini penuh dengan pelanggan pada jam 6.00 petang.

 

Semenyih Sentral yang dibuka pada tahun 2005 juga ada beberapa buah 3 buah restoran iaitu  Restoran  D’ Angerik, Restoran Yus 2 dan Restoran Haji Irwan. Restoran Yus 2 merupakan cawangan Restoran  Yus yang ke-4. Tauke restoran ini  bernama Encik Yusuf, berasal dari Kampung Rinching Hilir , Semenyih.

 

 

KAMPUNG SUNGAI KEMBUNG

 

Kampung ini dibuka 1901. Asal namanya  ‘rotan yang kembung’.

 

Tahun 1995 ,penduduknya sekitar 400 orang.   Pekerjaan pendudk menoreh getah . Mereka naik teksi sapu untuk ke Pekan Semenyih.  Peti pos diletakkan di Kedai Abdul Hamid.  Telefon, air dan leketrik ada dibekalkan. Tidak ada sekolah rendah, murid-murid bersekolah di  Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.   Ramai Melayu dari Sumatera, Indonesia.

 

Semasa Jepun 1941-1945, kampung ibi pernah jadi  kubu dan tempat pertahanan  tentera Jepun.

 

1948 -1960 berlaku dharurat.  Abdul Manan selaku ketua komunis dan tali barut komunis  berpakat dengan ketua Kampung Sungai Kembung dan lain-lain ketua kampung  di Jenderam , memujuk penduduk  kampung menentang kerajaan British di Tanah Melayu.  Turut hadir Tuan Imam Haji Abas, Abdul Malek Haji Salim dan Haji Osman bin Ali.  Komunis digesa keluar tapi belum ada kata putus.   

 

Tokoh komunis dari indonesia  Tan Malaka pernah datang ke Jenderam  kerana mempunyai tali persaudaraan  dengan sebahagian penduduk kampung. Di Jenderam , ramai orang Melayu  simpati, menyokong dan terlibat dengan pergerakan  komunis.

 

Kes itu dilaporkan  kepada polis.  Pasukan pengawal kampung ditubuhkan di Kampung Sungai Kembung  . Anak kampung dibekalkan  dengan senjata api.

 

Apabila Rancangan Brigg dilaksanakan, rumah penduduk  kampung di Jenderam telah dibakar dan penduduk diarahkan  pinsdah ke  Keluang, Johor. Sebuah kem tentera   terdapat di Keluang, Johor bagi mengawasi  mereka.

 

Ada dua keramat di Kampung  Sungai Kembung . Salah satu daripadanya ialah  Datuk Batin Keramat Lidah Hitam.

 

Pada peringkat awal  kampung ini termasuk dalam  mukim Bangi / Sepang  . Wakil rakyat Yang Berhormat Dato Abu Bakar Baginda telah membina jalan tanah merah.

 

Selepas tahun 1960,  Sungai Kembung dimasukkan ke  dalam mukim Beranang. Yang Berhormat Abdul Hamid Bachee  telah membina jalan tar hingga ke Kampung Rinching Hilir.  Zaman YB Marwilis Yusof , penduduk bertambah dari 40 kepada 400 orang.

 

Kampung Sungai Kembung Baru dibina  untuk mengatasi  kekurangan tanah  .

 

Antara tokoh kampung  ialah :

1.        Dato Osman bin Ali                     -guru besar

2.        Haji Abdul Latif bin Ali                 -guru

3.        Wahab Ali                                  -penyarah universiti / penyair

 

Rujukan :

1.        Utusan Malaysia

2.        Abd Malek Abd Hanif  http://smeh.tripod.com/gefizikal.htm

3.        Cikgu Chong Tat Keong

4.        Puan Rahmah Hashim, UKM

5.        Raja Alias Raja Abdul Rahman