Gambar Semenyih sekitar tahun 1950-1960-an
Gambar Semenyih sekitar tahun 1950-1960-an
Rupa dan gaya penduduk Semenyih sungguh mengasyikkan . Gambar-gambar hitam putih berjumlah lebih 200 keping dapat menyingkap kembali kenangan lampau. Sesungguhnya kewujudan Semenyih dalam peta Malaysia cukup memberi erti. Sekeping gambar cukup menghambat naluri kita tentang keindahan budaya dan kelainannya dengan zaman sekarang. Ada 1001 cerita di sebalik sekeping gambar. Ada manisnya. Anda sebagai seorang yang ingin mengimbau kembali wajah-wajah orang Melayu dan lain-lain kaum di Malaysia sekitar tahun 1950-an dan 1960-an pasti akan terhibur apabila menatap wajah-wajah yang dipersembahkan dalam bentuk album ini.
Mesyuarat Exco di Istana Sultan Selangor di Morib.
Mesyuarat Exco di Istana Sultan Selangor di Morib. 
 
Raja Ahmad selaku salah seorang Exco Kerajaan Negweri Selangor telah bermesyuarat di Istana Sultan Selangor di Morib pada 9 Jun 1959.