Semenyih hidup dan menyegarkan

Selamat sejahtera kepada semua warga Semenyih . Semenyih tidak lagi seperti dahulu. Semenyih tidak lagi sunyi dan sepi , kini riuh , kecoh dan heboh.

  • Pelbagai kemudahan terdapat di Semenyih hasil daripada peranan sektor kerajaan dan pihak swasta. Melalui pelan struktur Semenyih yang dipamerkan dahulu, ternyata Semenyih  menjanjikan sesuatu yang baru, benar-benar baru.
  • Sektor ekonomi semakin bercambah di Semenyih. Simpang jalan ke Pasar raya Fajar telah diperbaharui  berhampiran dengan Poliklinik Fatimah .  Pasar raya Econsave semakin rancak perniagaannya. Begitu juga dengan Pasar raya Billion  yang terletak  berhampiran dengan Bandar Teknologi.
  • Lebuh raya Seremban - Kajang ( KASEH) masih  lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2007. Kemudahan  lebuh raya ini akan merubah sama sekali wajah Semenyih. Kesesakan di hadapan Sunway Semenyih tidak lagi berlaku pada ketika itu nanti.
  • Bidang pendidikan    turut berkembang. Sekarang telah ada Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain , Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Kesuma.
  •  Di Semenyih juga terdapat Kem Setia Ikhlas yang ditujukan khusus  untuk pelatih Program Latihan Khidmat Negara sesi 2005.
  • Sebuah universiti sedang rancak dibina di Semenyih iaitu di Ladang . Uniersiti ini merupakan cawangan Universiti Nottingham di Britain.
  • Untuk pengetahuan semua, kawasan  tapak universiti ini merupakan kawasan pertempuran  tentera British dengan pengganas komunis di bawah pimpinan Law Yew, iaitu orang nombor dua selepas Chin Peng.

kahwin.diarak.gif


Sebarang maklumat tambahan sila email kepada malekhanif@yahoo.com atau telefon 019-2542660

Lycos MP3 Search

Artist or Song Name:

Warga Semenyih - jaga kebersihannya